Panduan Cara Tukar Penama Kwsp Dan Untuk Tida Penama
Last updated Jun 25, 2020
KWSP mengusahakan kaedah pengurusan wang simpanan ahli supaya ia dapat diuruskan dengan mudah apabila berlaku kematian ahlinya. Pada masa ini, KWSP menyediakan borang dengan menyatakan tugas penama. Penamaan adalah satu pengisytiharan secara bertulis dibuat ahli dalam Borang KWSP 4 bagi melantik atau menamakan seseorang atau mana-mana orang sebagai benefisiari atau wasi/pentadbir (bagi orang yang beragama Islam) ke atas simpanan KWSP apabila ahli itu meninggal dunia.
Penamaan itu bertujuan untuk membolehkan KWSP melepaskan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk menerima atau mentadbir (bagi orang yang beragama Islam) simpanan itu dengan segera tanpa mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir. Penamaan itu berkuat kuasa pada tarikh borang penamaan diterima di mana-mana pejabat KWSP.
Tahukah anda lebih 10 juta akaun KWSP tiada penama.Ini menyukarkan proses pembahagian faraid sekiranya pemilik akaun meninggal dunia.Untuk makluman, KWSP tidak boleh dihibahkan.Penama hanyalah orang yang bertanggungjawab sebagai pemegang amanah. Bukannya pemegang mutlak duit tersebut.KWSP perlu difaraidkan seperti biasa.
Sekiranya terjadi masalah seperti wang KWSP tidak diagihkan kepada waris, maka waris boleh memohon sijil faraid di mahkamah syariah seterusnya menghantar sijil tersebut kepada penama yang gagal mengagihkan duit tersebut.
Namun sekiranya masih tiada tindakan diambil, maka waris boleh menfailkan saman di mahkamah sivil untuk menuntut jumlah yang dituntut tersebut.
Untuk maklumat lanjut tentang proses undang-undang faraid KWSP anda dinasihatkan merujuk peguam yang lebih bertauliah.
Panduan urus tukar penama
Antara kepentingan membuat penamaan KWSP adalah supaya waris dapat memendekkan proses pengeluaran KWSP.
Selain itu, waris juga dapat mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga seperti Pejabat Tanah / Mahkamah.Dan yang paling utama supaya waris dapat mewarisi duit KWSP anda.
Siapa yang layak menjadi penama?
Berumur 18 tahun ke atas
Warganegara Malaysia ATAU Penduduk Tetap (PR)/Bukan Warganegara (Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
Penamaan boleh dibuat dengan melengkapkan borang KWSP 4 dan dihantar ke mana-mana cawangan KWSP berhampiran.
Antara dokumen lain yang diperlukan termasuklah:
Salinan MyKad / Kad Pengenalan Tentera
Salinan passport (bukan warganegara)
Salinan MyKad penama-penama
Pemegang akaun boleh menamakan sesiapa sahaja yang memenuhi syarat di atas.
Pemegang akaun juga boleh menamakan Amanah Raya Berhad (ARB) bagi menguruskan 100% bahagian simpanan ahli.
Panduan tukar nama KWSP jika tiada penama
Sekiranya ahli tidak menamakan sesiapa sebelum kematiannya, maka waris yang layak boleh memohon pengeluaran kematian di pejabat KWSP.
Waris juga layak mendapat bantuan kematian sebanyak RM2,500 sekiranya memenuhi syarat kelayakan berikut:
Ahli yang telah meninggal dunia adalah Warganegara, Penduduk Tetap (PR) dan Bukan Warganegara (yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998)
Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa) Tertakluk kepada status perkahwinan ahli
Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli
Ahli mati sebelum mencapai umur 60 tahun
Ahli masih mempunyai simpanan KWSP
Siapa yang layak memohon jika tiada penama?
Sekiranya ahli telah berkahwin, maka balu/duda ahli,
anak-anak (atau penjaganya), ibu bapa, adik-beradik atau Pentadbir Pusaka layam memohon.
Sekiranya ahli belum berkahwin, ibu bapa, adik-beradik ahli atau Pentadbir Pusak layak memohon pengeluaran kematian ini.
Berikut apa yang boleh dikeluarkan dari akaun ahli yang tiada penama:
Cara untuk membuat semakan
Bagi yang kurang pasti / lupa siapa penama yang telah didaftarkan, anda boleh menyemak semula melalui iAkaun KWSP atau dengan mengunjungi mana-mana pejabat KWSP berhampiran.
Sebab-sebab Penamaan akan terbatal
Untuk ahli beragama Islam:
Penama/Penama-penama meninggal dunia semasa ahli masih hidup
Mengemukakan Borang Pembatalan Penamaan (KWSP 4A)
Ahli membuat penamaan baru dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4)
Penama belum mencapai umur 18 tahun ketika permohonan pengeluaran kematian di buat oleh penama/waris
Penama tidak membuat permohonan pengeluaran dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kematian ahli
Untuk penamaan yang dibuat sebelum 1 Februari 2008, penamaan akan TERBATAL, sekiranya ahli membuat Pengeluaran Umur 55 Tahun (kesemua simpanan) pada atau sebelum 1 Februari 2008
Untuk bukan Islam:
Penama/Penama-penama meninggal dunia semasa ahli masih hidup
Mengemukakan Borang Pembatalan Penamaan (KWSP 4A)
Ahli membuat penamaan baru dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4)
Untuk penamaan yang dibuat sebelum 1 Februari 2008, penamaan akan TERBATAL, sekiranya ahli membuat Pengeluaran Umur 55 Tahun (kesemua simpanan) pada atau sebelum 1 Februari 2008
Sebarang pertanyaan lanjut tentang proses penamaan KWSP boleh rujuk pegawai bertugas.
Maklumat ini adalah maklumat rasmi yangboleh didapati di portal KWSP.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mediaterjah.com/2020/07/panduan-cara-tukar-penama-kwsp-dan-untuk-tida-penama/