Panduan Blogging Bagaimana Untuk Tingkatkan Trafik Dan Visitor Pada Blog


Panduan Blogging : Cara & Tips Untuk Naikkan Trafik Dan Visitor Pada Blog | Assalamualaikum... hi korang semua... kali ni daku nak share dalam bentuk panduan lengkap bagaimana untuk tingkatkan trafik blog dan visitor terutama untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan blog. Kebanyakan blogger dan pemilik website memang memiliki tujuan yang sama untuk blog dan website mereka yaitu untuk meningkatkan traffic website dan panduan ni adalah untuk mereka yang ingin menjadi seorang blogger from zero to hero. 



Sebelum tu, suka untuk daku ingatkan yang daku ni bukannya seorang blogger terkenal yang hebat. Daku juga bukannya otai atau sesiapa yang pakar tahap sifu untuk blog. Aku hanyalah seorang blogger yang teringin untuk lihat trafik blog sendiri jadi tinggi! Nak juga visitor blog sendiri makin ramai! Nak juga kedudukan blog sendiri makin hari makin meningkat! Bukannya untuk tunjuk lagak tapi demi untuk mencapai sebuah kepuasan dan demi untuk buktikan pada suami dan famili yang blogger ini juga boleh berjaya.

Entry ini di tulis sebenarnya adalah untuk menjawab soalan daripada salah seorang pembaca blog. Beliau minta supaya daku kongsikan cara dan tips bagaimana untuk tingkatkan trafik dan visitor pada blog. Berapakah jumlah post yang perlu beliau publish dalam sehari dan apakah ada cadangan lain untuk beliau guna pakai dalam usaha untuk naikkan followers di blognya.


Maka kat sini akan dikongsikan langkah-langkah yang pernah daku buat semasa dalam usaha untuk naikkan trafik di blog Sis Hawa Dot Com yang tidak sepertinya ini. Daku juga akan kongsikan dalam bentuk bukti akan hasilnya selepas apa yang telah dilakukan dan semoga dengan perkongsian ini dapatlah kiranya memberi inspirasi pada blogger-blogger baru di luar sana supaya tidak mudah berputus asa.


Cara Untuk Tingkatkan Traffic Blog Bertambah Ada Banyak 

Untuk pengetahuan blogger-blogger baru di luar sana, sebenarnya cara bagi menaikkan trafik blog ni ada banyak. Untuk dapatkan tips dan teknik dari blogger-blogger sebagai cara untuk tingkatkan trafik blog juga tidaklah susah. Ini kerana ada saja blogger yang sudi berkongsi info mengikut pengalaman masing-masing. 

Teringat masa mula-mula daku jadi blogger dulu, macam-macam entry cara untuk nak naikkan blog ini daku search kat Google. Berpeluh sehari suntuk cari info untuk nak naikkan blog. Tips-tips cara nak naikkan trafik blog daku baca satu persatu. 

Sebagai sebagai salah seorang blogger ya daku juga ada cara yang dilakukan untuk menambah traffic untuk blog dengan caraku sendiri supaya jumlah pengunjung ke website bertambah-tambah. Ini berdasarkan pengalaman selama daku berusaha untuk naikkan trafik blog ini sejak mula jadi blogger sejak tahun 2017 yang lalu. Jangan tak percaya yang banyak cara nak naikkan trafik blog telah ku cuba dan ada yang menjadi malah ada yang hanya sia-sia. 


11 Langkah Bagaimana Untuk Menjadi Blogger Dan Tingkatkan Trafik Serta Visitor 
Inilah cara yang pernah daku lakukan untuk meningkatkan traffic atau pengunjung website blog ini hingga boleh berada pada tahap ini sekarang. Malah cara untuk tingkatkan trafik blog yang daku kongsikan ini bukanlah rahsia kerana hakikatnya ramai yang telah mengalami cara yang sama untuk untuk naikkan trafik blog masing-masing. 
Yang penting, sebagai blogger baru perlulah sedar yang cara untuk tingkatkan traffik (traffic blog) ini sebenarnya bermula dari asas dan setelah itu bolehlah terus dikekalkan sebagai usaha untuk menaikkan traffic blog tersebut secara berperingkat. 



1. Cari Kelebihan Diri Sendiri Untuk Diketengahkan Tanya pada diri sendiri. Kenapa nak tulis blog? Apa yang ada pada diri sendiri yang tidak ada pada orang lain. Tanya soalan demi soalan hingga dapat jawapan yang diinginkan.

2. Tentukan Kategori Utama Blog Mengikut Kepakaran Yang Ada
Setelah tahu kelebihan diri sendiri cari pula apakah topik utama yang ingin diketengahkan. Apa yang patut untuk dikongsikan dengan orang lain? Sebagai contoh jika berkerja sebagai seorang guru maka boleh ketengahkan topik pendidikan dan jika hanya seorang surirumah saja maka boleh ketengahkan topik keibubapaan. Jika hobi suka bersukan boleh tulis topik yang berkaitan dengan stamina

3. Tetapkan Topik Utama Blog Supaya Tidak Tersasar Jalan
Setiap kali menulis hindari dari ingin share terlalu banyak topik terutama dari kategori yang kita sendiri tak pandai. Tak perlu nak letak semua jenis topik dalam blog dengan alasan untuk orang lain nampak blog kita ada macam-macam story, itu semua hanya akan membuatkan diri sendiri rasa tak happy dan hilang fokus untuk menulis. 
4. Pecahkan Topik Utama Menjadi Beberapa Kategori Untuk Mudahkan Pembaca
Apabila dah tahu ingin tulis blog mengenai tajuk apa, maka pecahkannya menjadi beberapa kategori kecil supaya lebih mudah untuk dilabelkan. Cara ini juga akan lebih senang untuk pembaca blog nanti. 
5. Tambahkan Menu Sampingan Untuk Mempelbagaikan Lagi Bahan Bacaan
Setelah berjaya tetapkan topik utama dengan memecahkannya kepada beberapa kategori, bolehlah ditambahkan beberapa kategori tambahan yang disukai dan sering dilakukan. Sebagai contoh jika suka tengok wayang maka boleh tambahkan kategori review filem dan jika sukakan kereta boleh tambahkan topik tentang penjagaan kereta, enjin dan sebagainya.


6. Tulis Entry Dengan 'ISI' Yang Sepatutnya
Setiap artikel yang ditulis perlulah mempunyai isi yang sepatutnya. Jangan sesekali tulis entry yang gah hanya pada tajuk tapi isi di dalam tiada apa pun yang menarik untuk di baca. 
7. Tulis Entry Dengan Menggunakan Teknik SEO 
Artikel yang di tulis dengan menggunakan skill SEO boleh bantu untuk muncul di 1st pages Google Search. Suka untuk diingatkan yang ilmu SEO ini luas dan perlukan kerajinan. Daku sendiri belajar hanya dengan bantuan Google cuma perlukan banyak masa untuk terus belajar dan belajar. 
8. Banyakkan Blogwalking Sebagai Tanda Perkenalan Dengan Blogger Yang Lain
Setelah berpuashati dengan blog sendiri dengan pelbagai artikel yang dirasakan menarik maka lancarkan misi blogwalking dari masa ke semasa. Nak orang kenal diri sendiri dulu perlu muncul untuk hulur salam perkenalan dengan orang lain. 
9. Join Pages Berkaitan Blogger Di Facebook 
Di Facebook ada banyak pages yang berkaitan dengan blogger. Boleh join untuk berkenalan dengan lebih ramai blogger di sana. Ini juga dapat memudahkan proses blogwalking. Ohya bila blogwalking tu sila pastikan FOLLOW blog tersebut dan setelah itu komen di artikel terbaru dengan beritahu telah follow blog sebagai tanda perkenalan. Barulah si empunya blog tersebut tahu siapakah gerangan yang telah sudi singgah di blog mereka.

10. Add Blogger Sebagai Kenalan Di Facebook Dan IG
Blogger boleh juga di add kat fecebook sebagai friendlist dan sila follow di IG juga. Bila dah follow rajin-rajinkanlah diri untuk like dan komen status terbaru mereka, barulah mereka semakin terbuka hati dengan kehadiran kalian di dalam komuniti mereka. Sebagai jiran baru kenalah lebih ramah

11. Share Link Entry Terbaru Di FB, Instagram, Twitter Dan Lain-Lain 
Akhir sekali bolehlah rajinkan diri untuk share link artikel terbaru blog di FB, IG, twitter dan sebagainya untuk tarik lebih ramai pembaca ke blog.


     Baca Juga : Apa Itu Influencer? (Inilah Ciri Seorang Influencer Dan Kepentingannya)


Konsisten Menulis Dengan Topik Yang Diri Sendiri Tahu Adalah Kunci Utama Untuk Berjaya 

Ramai yang anggap menulis blog ini mudah. Apa ada hal copy paste saja semuanya dan kemudian boleh jana income dengan wang hasil iklan di blog. Tapi sebenarnya cara tu sama sekali silap. Susah juga sebenarnya nak naikkan traffik tambah dengan nak konsisten tuh. Sebagai contoh Innity dan Adsense yang sama sekali tidak akan melayan mana-mana blog dengan hasil entry copy paste.

Kerana itu jika benar-benar nak jana income dengan platform blog tolonglah belajar untuk menjadi seorang blogger yang boleh menulis artikel sendiri. Jangan lagi hanya sekadar copy paste 100% hanya dek kerana nak naikkan trafik blog dengan cepat. Dari guna cara itu baik usaha Google tips untuk nak naikkan trafik blog ni.





Untuk Naikkan Visitor Tidak Bermakna Perlu Post Entry Baru Setiap Hari 

YA! Blog memang perlu selalu di update tapi tak bermakna mesti tulis dan publish entry baru setiap hari. Tak bermakna juga perlu tulis beberapa artikel sehari. Ooooo penat tu!! Seeloknya lebih pentingkan kualiti berbanding kuantiti. Ini bermakna biar publish beberapa hari satu artikel asalkan artikel tersebut di tulis dengan isi yang bagus supaya dapat beri info yang sepatutnya pada si pembaca.

Tugas utama blogger ini adalah memberi jawapan kepada soalan yang ada di fikiran si pembaca bukannya sekadar membuang masa mereka dengan artikel yang sekadar di copy paste semata-mata. Take your time untuk menulis kerana itu adalah jauh lebih baik dari berikan bahan bacaan yang kurang berkualiti sehingga boleh membuatkan si pembaca rasa malas untuk datang lagi ke blog kita di depan hari.


      Baca Juga : BLOG - PLATFORM MEDIA YANG BERKUASA HEBAT!


Tulis Dengan Mengambil Kira Dari Sudut Si Pembaca

Menulis blog ini juga bukannya boleh di tulis secara menonong saja dengan alasan ini blog aku jadi ikut suka hati aku. Menulis blog memang boleh berkongsi cerita peribadi, pengalaman, kenangan, rasa sedih, kecewa, gembira dan sebagainya tapi janganlah pula satu blog hanya nak cerita kisah hidup semata-mata.

Melainkan jika memang niat menulis blog hanya untuk suka-suka. Jika niat nak lebih dari itu maka perlu menguruskan blog dengan cara yang lebih profesional. Jika satu blog semuanya nak kongsi cerita sedih kena tinggal kekasih je siapa yang nak terus baca? Boring kot! Nak tulis topik cinta tak salah tapi pelbagaikanlah topik. Mungkin hari ini cerita tentang putus cinta dan dalam masa yang sama selitkan juga tips bagaimana untuk pujuk hati sendiri yang sedang sakit. Barulah ada sedikit sebanyak 'ilmu' dan 'info' kepada si pembaca.



Tetapkan Niat Berblog Untuk Jana Income Bukan Untuk Suka-Suka
Suatu ketika dulu blog ini sering digunakan untuk menjadi tempat perkongsian cerita peribadi. Tapi! Sekarang ini dunia penulisan blog sudah berubah. Ini kerana blog adalah salah satu pemberi maklumat untuk sesiapa saja yang mencari info menggunakan Google Search.

Maka, dek kerana itulah blog ini sekarang tidak ubah seperti kamus bergerak yang akan memberi pelbagai info berkaitan apa saja yang ingin diketahui. Kerana itu jugalah, pihak-pihak pengiklan semakin hari semakin gemar menggunakan blog sebagai salah satu medan pengiklanan yang terbaik.


      Baca Juga : CARA SURIRUMAH JANA INCOME MELALUI BLOG



Akhir Sekali Jangan Lupa Untuk Periksa Analisis Data Blog Sendiri

Bila dah bina blog jangan lupa pula untuk pasang Google Analytics pada blog masing-masing. Ini untuk diperiksa analisis data untuk blog sendiri sama ada semakin meningkat atau sebaliknya. Blog ini sendiri pada 6 bulan pertama hanya mampu mencatat 1000 pelawat saja sehari. Itupun daku dah bersyukur sangat-sangat.

Alhamdulillah kini selepas 2 tahun 7 bulan berlalu, semakin hari semakin ramai pelawat singgah membaca blog saban hari. Syukur sangat-sangat rasanya bila berjaya juga capai 100,000 pageviews sebulan.

INFO TRAFIK DARI BLOGSPOT (300,000 PV SEBULAN)

INFO TRAFIK DARI GOOGLE ANALYTICS (106,000 PV SEBULAN)

Daku juga suka check kedudukan blog sendiri di website ALEXA. Walau ada dari rakan-rakan blogger berkata yang website Alexa ni dah lama namun daku tetap juga singgah ke sana. Bukannya apa, at least bila check begini diri sendiri boleh tahu sama ada blog semakin naik atau sebagainya. Jika naik kita akan semakin bersemangat dan jika menurun at least kita akan rasa down sekejap saja then akan kembali semangat semula. 
RANKING DI ALEXA - pada kedudukan 9,000+

Sedihnya Masih Ramai Yang Tidak Tahu Apa Itu Blogger Sedangkan Hari-Hari Asyik Guna Google Search 

Terus terang hingga kini daku masih tetap berasa sedih kerana hingga ke hari ini tidak semua orang sedar akan kelebihan platform blog ini. Dalam masa yang sama masih ramai juga yang tidak kenal dengan dunia blog walaupun hakikatnya hari-hari asyik menggunakan Google Search bagi mendapatkan pelbagai maklumat.

Oh awak..... sedarlah awak yang Google Search itu adalah untuk menyampaikan segala macam hasil tulisan para blogger yang sentiasa berusaha membaca, mencari info dan menulis demi untuk menyampaikan sebarang jenis maklumat kepada si pencari maklumat seperti kalian semua di luar sana.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/07/cara-untuk-tingkatkan-trafik-dan-visitor-blog.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trafik Blog Julai 2019 Uv Pv Br Bilangan Entri

Trafik Blog Julai 2019 Uv Pv Br Bilangan Entri

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 334 hits
Trafik blog Julai 2019 UV PV BR bilangan entri Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Hoyeahhh my favorite month Ogoosss sudah maii Kenapa favorite EHEMMM biarlah rahsia gitchuww hahaha Okay back to the main point bagaimanakah trafik b...
Teknik Seo Tingkatkan Traffic Blog

Teknik Seo Tingkatkan Traffic Blog

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 174 hits
Image by Search Engine LandTeknik SEO Tingkatkan Traffic Blog Search Engine Optimization adalah sangat penting untuk dipelajari kerana SEO memainkan peranan dalam meningkatkan traffic blog atau website Kebanyakkan pengguna internet akan men...
Amirudin Saya Tak Hadir Kerana Terperangkap Dalam Trafik

Amirudin Saya Tak Hadir Kerana Terperangkap Dalam Trafik

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 193 hits
Selain itu penyokong kuat Azmin Ali tersebut menjelaskan programnya yang jauh juga antara sebab kenapa beliau tidak menghadiri mesyuarat MPP semalam
Blog Wani Sukarno Dah Cecah 5 Juta Pageviews

Blog Wani Sukarno Dah Cecah 5 Juta Pageviews

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 281 hits
Blog Wani Sukarno Dah Cecah 5 Juta Pageviews Salam semua lupa pulak nak buat coretan di blog Selalunya selepas capai 1 juta pageviews akan buat entri sebagai kenangan di blog Alhamdulillah tak ingat berapa hari bulan dah Blog Wani Sukarno d...
Polis Jemput Orang Ramai Bayar Saman Trafik Nikmati Diskaun 50

Polis Jemput Orang Ramai Bayar Saman Trafik Nikmati Diskaun 50

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 316 hits
Sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 Polis Diraja Malaysia menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi pelbagai jenis saman trafik yang layak mendapat pengurangan nbsp Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Ko...
51 000 Saman Trafik Tertunggak Di Sarawak Milik Warga Asing

51 000 Saman Trafik Tertunggak Di Sarawak Milik Warga Asing

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 349 hits
MALAYSIAKINI Polis akan mencari mekanisme sesuai bagi menyelesaikan masalah 51 101 saman trafik tertunggak yang melibatkan warga asing di Sarawak Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata jumla...
Pengumuman Top Komentator July 2019 Blog Suriaamanda

Pengumuman Top Komentator July 2019 Blog Suriaamanda

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 265 hits
Hi korang Alhamdulillah hari ni kita dh masuk ke bulan yang baru Selamat datang August please be awesome please be a great one and please be different berikan SA kesihatan yang berpanjangan untuk SA harungi ujian hidup ini lagi 4 bulan je k...
Tingkatkan Daya Saing Jokowi Minta Umkm Lokal Pertahankan Ciri Khas Produk

Tingkatkan Daya Saing Jokowi Minta Umkm Lokal Pertahankan Ciri Khas Produk

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 162 hits
Presiden Joko Widodo mendorong Usaha Mikro Kecil dan Menengah untuk go digital dan go internasional Dia optimis produk UMKM lokal dapat menembus pasar internasional meski ekonomi global tengah bergejolak seperti sekarang ini
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025