Pandora Papers Bukan Tisu Papers


JOLOK MENTARI
Tiga kali permintaan Anwar untuk bahas
Pandora Papers ditolak.ORANG kampung, Mamat Gagap, Mail Capek, Mina Songeh, Munah Bikung tidak tahu apa itu Pandora Papers (PP). 
Mereka yang tinggal di hulu, persisir pantai, jauh di pedalaman ataupun peniaga kecil di kaki lima dan warung juga tidak tahu, apa dia PP. 
Walaupun dunia sejak seminggu lalu kalut dan hebuh membicarakan PP, namun mereka tidak pun ambil peduli.

Bukan sahaja mereka, golongan yang lebih memikirkan soal hidup mati dan makan minum di era pandemik ini, juga tidak mempedulikannya. Bukan itu cuma, setengah wakil rakyat khasnya daripada kerajaan juga ada yang belum mengerti apa dia PP itu. 
Mungkin sedang membelek mencarinya dalam kitab kuning yang lusuh.

Kita percaya tidak semua 220 orang ahli parlimen yang bersidang beberapa hari lalu, mengerti dan faham mengenai PP itu. Sebab itu ada ahli parlimen tidak mempeduli pun apa yang diperkatakan oleh wakil lain yang obsesi mengenai PP itu. Tidak berkibas telinga dan tercengik hidung pun, semasa orang lain sibuk mempersoalkan PP

Malahan ada yang menganggapnya seperti Tissue Papers (TP) kertas lembut berminyak yang digunakan untuk mengelap hingus dan peluh saja. Selepas digunakan ia dibuangkan begitu merata. Atau pun ada yang menganggap PP itu seperti mask pelitup muka menahan virus.

Sebab itu mereka tidak concern. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengkritik tidak terdengar sepatah kata pun daripada wakil kerajaan khasnya daripada fraksi parti membela bangsa dan agama berhubung bahaya dan petaka yang didedahkan PP itu.

Mungkin hal sama turut dirasai oleh speaker dan timbalan speaker yang menolak atau tidak melayan permintaan Anwar Ibrahim (Port Dickson) yang meminta PP dibahaskan di parlimen. Tiga kali permintaan Anwar menerusi Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ditolak

Penolakan dan keengganan speaker melayan perkara itu sebagai aneh oleh ketua pembangkang. Kerana perbahasan itu bukan untuk menghukum mana-mana individu warganegara ini yang nama mereka dikait dalam laporan PP itu, tetapi sekadar untuk diminta penjelasan dan menjawab, pun tidak dibenarkan. 
Sebenarnya perbahasan PP di parlimen penting bagi mereka yang dikaitkan dalam laporan itu menyamak dan menyucikan diri mereka. Ia juga bertujuan untuk membersihkan persepsi awam terhadap laporan PP tersebut. Perbahasan akan membuat kesimpulan sejauh mana benar dan palsunya laporan PP itu. 
Tidak semua mengerti.
Mengenai PP itu, kalau tidak rajin menekuni dan malas membaca sukar untuk memahaminya, ia akan berakhir membiarkan sahaja PP itu berlalu, seperti kertas tisu atau mask tadi. Sekiranya perkara dibangkit dalam PP itu benar ia penting untuk membaiki negara dan membela negara atas kerugian negara dan damage dengan pendedahan oleh PP itu, maka negara tetap akan merana kerana ia tidak dirawat.

Keadaannya seperti membiarkan luka tanpa dibaluti dan diubati. Maka negara terus luka dan berdarah terus sakit dan merana dengan apa yang berlaku seperti didedah oleh PP itu. Begitu juga dengan nama-nama mereka dikait dalam laporan itu akan terus diprejudiskan dan nama itu membusuk dalam benak khalayak. 

Sedikit latar belakang PP.

Apa dia laporan PP? Ia merupakan suatu laporan mengenai kebocoran laporan dari 12 juta dokumen yang mendedahkan aktiviti penghindaran cukai, atau menyembunyikan kekayaan di luar negeri yang dilakukan oleh beberapa golongan; pemimpin negara, orang politik, hartawan, seleberiti, pemimpin agama dan juga pengedar dadah. 
Mereka menyimpan wang mereka di bank-bank di luar negara yang kebal atau selamat untuk disiasat atau diketahui. Atau melaburkan aset dan hartanah atas nama syarikat yang tidak menyebut nama mereka dan menggunakan proksi.

Kegiatan itu seperti mana dilaporkan membabitkan beberapa nama pemimpin dunia, antaranya Raja Jordan Raja Abdullah II, bekas PM United Kingdom, Tonny Blair, bekas Perdana Mentri Pakistan Imran Khan, bekas Perdana Menteri Russia Vladir Putin dan lain-lain.

Dokumen berkenaan telah diteliti oleh lebih 600 wartawan dari 117 buah negara yang meneliti 14 sumber (firma) selama berbulan-bulan. Hasilnya mendapati 336 orang politik dari 90 buah negara memiliki akaun di luar pesisir dan 118 buah syarikat yang dimiliki warga Malaysia.

Data yang bocor itu diperolehi dari International Consortium of Inverstigative Journalists (ICIJ), di Washigton DC yang berkerjasama dengan 140 organisasi media global.

Modus operandi.

Perlu juga diketahui modus operandi mereka melakukan aktiviti mengebas dan membawa wang dari negara masing-masing itu. Mereka akan menubuhkan syarikat luar pesisiran (offshore) dan menyimpan di bank-bank di luar pesisiran. Mereka tidak menggunakan nama sendiri atau syarikat yang beridentiti, sebalik menggunakan proksi. 
Terdapat negara yang membenarkan mereka berbuat demikian, yang dianggap negara syurga untuk golongan pengembas wang negara ini, antaranya negara Kepulauan Cayman dan Kepulauan Virgian Bratain, Swizerland dan Singapura. 

Kenapa kita sibuk?

Kenapa kita sibuk dan pembangkang seperti kucing kejatuhan anak dalam parlimen menuntut kertas PP dibahas, kerana ia membabitkan individu dari warga negara kita sama. Beberapa orang ahli politik, hartawan disebut sama dalam laporan itu. 
Sebenarnyan bukan itu sahaja, jauh untuk memburukan mereka, kenapa menyebabkan Ketua Pembangkang gegar, tentu maklumat yang diperolehi lebih daripada apa yang didedahkan itu. Mungkin baginya begitu bimbang dengan kegiatan itu maka ia perlu diledakkan kepada umum. 

Dengan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang, pusat penyampai dan lapor maklumat, (information centre) Anwar tentu mendapat dan menerima maklumat lebih daripada itu atau setanding dengan maklumat diperolehi kerajaan menerusi pelbagai salurannya eksklusifnya. Apakah kerana terdapat maklumat yang sangat tidak wajar didedahkan maka speaker beriya-iya menguncikan ruang daripada laporan itu dibahaskan?

Secara logiknya kalau laporan PP itu tidak mencalarkan orang-orang tertentu khasnya dalam kerajaan atau hartawan yang menguasai politik Malayisa, tentu parlimen tidak keberatan untuk membenarkan laporan berkenaan dibahas. Tetapi apabila ia disekat demikian rupa, maka adalah sesuatu yang tidak kena. Jika tidak ada mengada tempua tidak mudah bersarang rendah

Parlimen dalam menangani isu itu seperti cuba mengawal agar tempoyak, cencaluk dan budu tidak pecah dan terlerak begitu meluas.

Langkah parlimen itu menyebabkan timbul persoalan umum apakah parlimen bertindak untuk kepentingan awam atau pun menjadi pelindung kepada individu berkuasa tertentu. 
Hal ini dipersoalkan oleh Ketua Pembangkang dengan penuh rasa hairan terhadap sikap speaker yang tidak membenar PP dibahas dengan menyoal apakah speaker sudah jadi peguam bela? Suatu sikap kontradik dengan peranannya, dimana speaker seharusnya menjaga kepentingan awam bukan sesetengah individu. 
Mungkin ada yang bertanya apakah hasil dan faedahnya kalau laporan itu dibahas. Jika ia dibahas, setidak-tidaknya ia dapat membuktikan tuduhan dalam kertas PP itu. Dan jika ada bukti jelas maka kerajaan boleh bertindak ke atas individu berkenaan dengan berkesudahan harta atau aset mereka dirampas dan dipulangkan kepada negara. [wm.kl. 8:04 am 14/10/2021]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/10/pandora-papers-bukan-tisu-papers.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Why Act Like A Lawyer For Those Linked To Pandora Papers Anwar Asks Speaker

Why Act Like A Lawyer For Those Linked To Pandora Papers Anwar Asks Speaker

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 372 hits
Azhar Harun rejected the motion to debate the outflow of funds saying they were small but Anwar said it should nevertheless be debated KUALA LUMPUR After his latest motion to request for the Pandora Papers expos to be debated in Parliament ...
Pandora Papers Dedahkan Kekayaan Negara Diseludup

Pandora Papers Dedahkan Kekayaan Negara Diseludup

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 231 hits
FAIZ FADZILKontroversi Pandora Papers bukanlah isu yang baharu malah pendedahan mengenai simpanan luar pesisir sebegini telah berlaku beberapa kali dalam dekad yang lepas Setiap kali pendedahan ini dibuat khususnya ketika pentadbiran Najib ...
Pandora Papers Inikah Negaraku

Pandora Papers Inikah Negaraku

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 378 hits
Menurut laporan tersebut seramai 1 500 Rakyat Malaysia termasuk tokoh tokoh politik dan korporat serta anak anak dan isteri mereka terbabit menyimpan wang secara rahsia di pusat kewangan luar pesisir yang dianggarkan berjumlah lebih RM1 8 t...
Memang Anwar Sudah Tua Tapi Yang Muda Dimana Pandora Papers Jangan Tangguh Dan Tertipu

Memang Anwar Sudah Tua Tapi Yang Muda Dimana Pandora Papers Jangan Tangguh Dan Tertipu

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 355 hits
KAK IDA ABDULLAHMemang benar sudah tua 74 tahun sudah usia beliau dan tidak sehari pun beliau give up utk bebaskan Malaysia dari cengkaman perompak yang diangkat rakyat sebagai pentadbir negara Kita yang letih menunggu dan tertanya tanya ma...
Tak Siasat Pandora Papers Ph Perlu Keluar Mou

Tak Siasat Pandora Papers Ph Perlu Keluar Mou

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 274 hits
Pakatan Harapan boleh mempertimbangkan untuk menarik diri daripada memorandum kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Pembangkang sekiranya tiada siasatan terhadap skandal Pandora Papers yang didedahkan beberapa hari lalu Ahli Parlimen Pasir Gud...
Anwar Kemuka Rayuan Mohon Usul Pandora Papers Dibahaskan

Anwar Kemuka Rayuan Mohon Usul Pandora Papers Dibahaskan

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 267 hits
bharian com Oktober 7 2021 12 24pmKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan notis rayuan terhadap usul ditolak Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Aziza...
Ini Berita Betul Betul Ya Bukan Kisah Najib Tak Ada Akaun Pandora Papers Ini Bukan Berita Pelesu

Ini Berita Betul Betul Ya Bukan Kisah Najib Tak Ada Akaun Pandora Papers Ini Bukan Berita Pelesu

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 305 hits
BOB KELANANGMAKIN PANAS RUPANYA KERTAS PANDORA NI Hebat Malaysia ni kecik jer saiz negara tapi sampai boleh bungkus banyak bank dan institusi kerana kerjabuat Malaysia hanya dengan 1MDB jer cukup boleh runtuh banyak institusi kewangan asing...
Mp Calls For Probe On Pandora Papers Tax Avoidance

Mp Calls For Probe On Pandora Papers Tax Avoidance

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 422 hits
Wong Chen asked Tengku Zafrul Aziz if a task force would be formed to examine details of the Pandora Papers information leak KUALA LUMPUR An opposition MP has called for investigations into details of tax avoidance revealed in the Pandora P...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Tshirt Family Day 2024 Tempahan Tshirt Family Day

Memahami Hipertiroidisme Dan Thyrotoxicosis

Mazda Cx 5 Suv Premium Dengan Fitur Modern Dan Performa Memukau

Silat Gayong

Kaki Pelancong Terpaksa Dipotong Semasa Berkayak

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat