Pandang Pertama Redmi Note 8 Pro Peranti Kuad Kamera Paling Pro


Redmi Note adalah peranti “note” yang murah, tetapi tiada sokongan stylus seakan Galaxy Note. Namun begitu, peranti ini masih mendapat perhatian ramai kerana spesifikasinya dan harga jualannya yang murah. Hari ini Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan Redmi  Note 8 Pro telah pun sampai ke makmal Amanz.

Ini bermakna, kami dapat bermain-main dengan peranti ini dan sudah boleh memberi pendapat jujur kami. Redmi Note 8 Pro adalah peranti pertama di dunia dengan lensa 64MP. Lensa ini adalah dari Samsung, iaitu ISOCELL GW1. Mempunyai rekaan yang cantik, kelihatan premium dan berprestasi tinggi yang sesuai untuk dijadikan sebagai peranti gaming. Bagaimanakah prestasi peranti ini dan kamera 64MPnya? Baca artikel pandang pertama kami ini untuk ketahui lebih lanjut.
SpesifikasiRedmi Note 8 Pro hadir dengan skrin bertakuk kecil, atau lebih dikenali sebagai Dot Drop Display. Ia bersaiz 6.53″, panel IPS LCD, kecerahan sehingga 500nit dan menggunakan saiz bezel yang nipis. Peranti ini dijana dengan cip pemprosesan MediaTek G90T, iaitu cip baru dari MediaTek yang memfokuskan gaming. Ia boleh dikatakan jawapan MediaTek kepada Qualcomm Snapdragon 730G. Untuk memori, ia dipadankan dengan RAM 6GB dan storan dalaman berasaskan UFS2.1 64GB atau 128GB.

Paling menarik pada peranti ini adalah kameranya. Kamera belakang adalah kuad-kamera daripada lensa utama 64MP + 8MP ultra sudut lebar + 2MP lensa makro + 2MP lensa kedalaman dan kamera swafoto pula adalah 20MP. Bateri peranti ini agak besar, iaitu 4500mAh dengan sokongan penegcasan pantas 18W melalui USB-C.
PrestasiFokus pandang pertama kami adalah pada prestasi dan kamera. Kami akan mulakan dengan prestasi terlebih dahulu. Cip MediaTek G90T benar-benar memfokuskan gaming kerana kuasanya yang mencapai lebih 2GHz, iaitu 2.05Ghz dan sungguh efisien. Pengguna perlu ingat yang cip MediaTek sekarang tidak seperti cip MediaTek yang lepas. Isu memanas sudah dibaiki dan lebih “sejuk” berbanding sebelumnya dan penggunaan kuasa juga adalah lebih jimat. Disebabkan kami hanya berpeluang menguji peranti ini dalam masa yang singkat, ujian prestasi kami adalah dari segi buka/tutup/pasang aplikasi, tatal pada skrin dan juga ujian AnTuTu sahaja.

Membuka aplikasi tidak dinafikan amat pantas dan tiada masalah microlag terasa. Tukar dan tutup aplikasi juga laju dan peralihan animasi adalah memuaskan. Begitu juga apabila menatal dari kiri, kanan, ke atas atau bawah – langsung tiada masalah. Beralih ke ujian tanda aras AnTuTu, ia mencapai skor melebihi 200K. Skor yang kami terima adalah 226,854. Skor ini adalah lebih baik dari Snapdragon 730G dan juga setaraf dengan Snapdragon 835. Hebat bukan? Semasa pelancaran peranti ini di Malaysia, Xiaomi memperlihatkan skor sekitar 280K – yang pada saya itu adalah ujian dari makmal mereka dan sukar untuk kita percaya atau bandingkan dalam penggunaan di masa nyata. Walau bagaimanapun, skor sekitar 220K ini sudah memadai dan pada kami sudah lebih dari cukup untuk peranti dalam kelas ini.

Prestasi yang hebat ini tidak mustahil kerana MIUI 10 yang serba baharu. Tema default dalam mana-mana peranti Xiaomi adalah tema classic yang sepatutnya sama sahaja antara semua peranti, kecuali jika versi MIUI itu adalah lain. Dalam Redmi Note 8 Pro kami ini, MIUI 10 yang dijalankan adalah sedikit berbeza. Ia lebih kemas, cantik dan kelihatan selesa. Perkara paling jelas kelihatan adalah aplikasi panggilan telefon dan permesejan kini daripada Google, iaitu Google Phone dan Google Messages. Peranti ini tidak lagi menggunakan aplikasi Mi Message dan Mi Phone, agak pelik kenapa Xiaomi berubah ke arah ini – sedangkan Mi Message sudah cukup baik dengan sokongan seakan iMessage yang mana pengguna Xiaomi dan Xiaomi boleh berhubung menggunakan Internet secara percuma.

Animasi juga kelihatan berbeza, contohnya aplikasi tetapan – selepas dibuka dan kembali ke laman utama ikon gear akan berputar. Kemudian, panel widget dan akses pantas juga kelihatan lebih mesra pengguna dan secara keseluruhan ia kelihatan amat berbeza. Ini mungkin kerana Xiaomi ingin membuktikan yang aplikasi Google adalah baik dan lebih mesra kepada pengguna global. Bagi rekaan pula, ia mungkin persediaan terhadap kemaskini MIUI 11 yang mungkin akan dilancarkan secara global pada penghujung tahun ini.
Jika anda risau akan isu peranti janaan MediaTek memanas, Xiaomi mengatakan yang mereka telah temui jalan penyelesaian – iaitu dengan meletakkan sistem penyejukan cecair pada peranti ini. Jadi, ia dapat mengurangkan suhu apabila peranti ini mula memanas.
KameraAdakah lensa 64MP ini hanya gimik atau benar? Ia benar dan Xiaomi mengatakan poster-poster Redmi Note 8 Pro sekitar bandar Kuala Lumpur yang memaparkan imej Menara Berkembar Petronas diambil dari peranti ini dan saiz besar itu tidak disunting, malahan adalah hasil secara terus dari kamera dengan resolusi 64MP. Sudah tentu sukar untuk kami percaya, jadi kami menguji secara ringkas. Ujian pertama adalah kamera utama dengan mod 1x, zum 2x dan sudut ultra lebar. Lihat sampel di bawah. Hasilnya pada kami adalah amat memuaskan untuk peranti yang boleh dibeli pada harga bawah RM1000. Kemudian, warna dan butiran cukup tajam lagi jitu. Tidak lupa juga yang keseimbangan cahaya juga agak hebat.
Click to view slideshow.Ujian seterusnya adalah ujian mengambil gambar manusia dengan mod biasa dan mod bokeh pelangi. Kemudian diteruskan dengan ujian gambar di dalam pejabat dalam keadaan cahaya yang cukup-cukup makan serta ujian dalam keadaan kurang cahaya. Turut kami uji adalah kamera swafoto dengan cahaya semula jadi dalam mod auto, mod bokeh auto dan juga mod bokeh manual. Secara keseluruhan, ia lebih baik dari Redmi Note 7. Hasil rakaman pada Redmi Note 8 Pro boleh dikatakan menghampiri kamera pada peranti mercu yang lebih mahal. Cuma mod bokeh, jika cahaya terlampau terang akan lebih terdedah dan butiran tidak dapat disimpan dengan baik seperti iPhone XS atau Galaxy Note 10+.
Click to view slideshow.
Ujian terakhir kami adalah ujian lensa 64MP. Dari segi butiran ia amat mengejutkan. Kami yakin apa yang Xiaomi katakan mengenai cetakan poster di sekitar bandar Kuala Lumpur adalah benar. Saiz imej adalah 18.8MP tanpa crop dan kami crop imej ini kepada dua saiz 16:9. Anda lihat sampel di bawah yang kami bandingkan selepas imej dicrop. Apakah pendapat anda dengan prestasi kamera Redmi Note 8 Pro ini?
Click to view slideshow.Untuk video, kami hanya sempat menguji rakaman gerak perkahan 960FPS sahaja. Rakaman ini hanya terhad kepada 720P sahaja dan berikut adalah sampel dalam bentuk GIF.

Rekaan & Lain-LainDari jauh, peranti ini kelihatan nampak premium dan kelihatan amat mewah. Ini adalah kerana peranti ini dibina daripada kaca Gorilla Glass 5 untuk panel skrin dan panel belakang. Akan tetapi, apabila di tangan ia terasa sedikit murah dan secara tidak langsung mengingatkan pengguna yang ini adalah peranti kelas pertengahan. Walaupun Xiaomi dengan bangga membandingkan peranti ini dengan Galaxy A50 yang menggunakan panel glasstic – jujur kami katakan yang perasaan memegang Redmi Note 8 Pro lebih kurang sama. Cuma paras rupa adalah jauh lebih premium.

Pada bahagian hadapan, ia kelihatan kemas dengan bezel yang nipis, takuk kecil yang kemas dan juga kekisi earpiece pada bahagian atas kelihatan besar. Bercakap mengenai kekisi earpiece, ia mengingatkan kami kepada pembesar suara pada peranti ini. Xiaomi telah meningkatkan kemampuan pembesar suaranya dengan lebih kuat dan lebih baik. Beralih semula kepada rekaan, bahagian atas terdapat sensor infra merah untuk mengawal televisyen, kipas, dan lain-lain. Di bawah pula adalah port USB-C, bicu audio 3.5mm dan kekisi pembesar suara.

Di sisi kanan terdapatnya butang aras suara dan kuasa dan sisi kiri pula adalah slot kad SIM. Kembali semula kepada bahagian belakang, di bahagian atas tengah adalah sistem kuad-kamera dengan bonjol. Tetapi pada bonjol ini hanya terdapat tri-kamera dan pengimbas cap jari klasik untuk sekuriti. Lensa keempat adalah di sebelah bonjol di bawah lampu LED flash. Kemudian, bahagian tengah bawah pula adalah logo Redmi. Kemasan pada peranti ini adalah berkilat, jadi ia amat mudah menangkap kotoran cap jari.

Tidak lupa juga, pada peranti ini terdapat sokongan NFC yang mana merupakan peranti Redmi Note pertama dengan sokongan ini. Melalui sokongan ini, pengguna bebas membuat pembayaran nirtunai atau melakukan kerja-kerja pemindahan data. Unit pada kami ini adalah berwarna Mineral Grey yang pada kami kelihatan klise. Warna paling unik adalah Forest Green, ia berwarna hitam dengan kilauan hijau cair.
KesimpulanTidak dinafikan yang Redmi Note 8 Pro akan menjadi peranti paling berbaloi untuk dimiliki pada suku terakhir tahun 2019 ini. Ia mempunyai kamera yang hebat, prestasi mengagumkan dan rekaan yang sangat cantik. Harga pula seperti biasa dalam kategori mampu milik. Redmi Note 8 Pro dan dijual pada harga bermula dari RM1099 (RM999 untuk promosi Lazada/Shopee) untuk 6/64GB dan RM1199 untuk 6/128GB.

Jika anda keliru antara Mi 9T, Pocophone dan Redmi Note 8 Pro, ini adalah pendapat kami. Mi 9T untuk rekaan, skrin dan kamera; Pocophone untuk prestasi sahaja; Redmi Note 8 Pro adalah kamera, prestasi dan bateri. Sebagai pengguna bijak, anda pasti tahu untuk memilih yang mana. Jika anda masih dalam dilema, nantikan ulasan penuh kami akan datang. Beri kami masa untuk kupas lagi kemampuan peranti ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/10/pandang-pertama-redmi-note-8-pro.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pandang Pertama Apple Iphone 11 Pro Max Peranti Pilihan Profesional 2019

Pandang Pertama Apple Iphone 11 Pro Max Peranti Pilihan Profesional 2019

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 624 hits
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Apple iPhone 11 11 Pro dan 11 Pro Max dilancarkan di Malaysia Tahun ini unik kerana Malaysia menjadi negara barisan kedua menerima ketiga tiga peranti seminggu selepas pelancaran global Jelas sekali...
Redmi Note 8 Dengan Kamera 64mp Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Redmi Note 8 Dengan Kamera 64mp Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 221 hits
Xiaomi Malaysia kini telah mula mengacah kehadiran satu lagi telefon pintar baru ke pasaran tempatan iaitu siri Redmi Note 8 Siri Redmi Note 8 telah dilancarkan pada penghujung Ogos lepas Ia hadir dengan dua variasi peranti iaitu Redmi Note...
Nyahkotak Dan Pandang Pertama Apple Iphone 11 Pro Max

Nyahkotak Dan Pandang Pertama Apple Iphone 11 Pro Max

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 308 hits
Apple pada tahun ini telah memperkenalkan tiga variasi iPhone dibawah keluarga iPhone 11 Yang paling berkuasa dibawahnya adalah iPhone 11 Pro Max yang hadir dengan bukan sahaja paparan yang berkualiti tetapi juga dengan sokongan kamera yang...
Skor Dxo Mark Kamera Huawei Mate 30 Pro Mengalahkan Skor Samsung Galaxy Note 10 5g

Skor Dxo Mark Kamera Huawei Mate 30 Pro Mengalahkan Skor Samsung Galaxy Note 10 5g

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 423 hits
Skor DxO Mark kamera Huawei Mate 30 ternyata lebih tinggi dari skor yang diberikan pada kamera Samsung Galaxy Note 10 Sehingga untuk saat ini Huawei Mate 30 adalah smartphone Android dengan kamera terbaik setidaknya menurut hasil uji jepret...
Mingguan Amanz Redmi Note 8 Malaysia Oneplus 7t Pro Macos Catalina

Mingguan Amanz Redmi Note 8 Malaysia Oneplus 7t Pro Macos Catalina

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 215 hits
Minggu ini menyaksikan Xiaomi Malaysia melancarkan siri Redmi Note 8 untuk pasaran tempatan dimana dua variasi ditawarkan versi Pro dan biasa pada harga bermula RM599 Selain Xiaomi pihak Samsung Malaysia pada minggu ini telah memulakan pra ...
Pandang Pertama Vivo V17 Pro Betul Ke Pro

Pandang Pertama Vivo V17 Pro Betul Ke Pro

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 432 hits
Hari ini Vivo Malaysia telah pun melancarkan Vivo V17 Pro secara rasmi Ia adalah kemaskini kepada Vivo V15 Pro yang mana dilancarkan pada awal tahun Cip pemprosesan masih sama iaitu Snapdragon 675 tetapi harga lebih murah dan terdapat lebih...
Perbandingan Google Pixel 4 Xl Apple Iphone 11 Pro Max Dan Samsung Galaxy Note 10

Perbandingan Google Pixel 4 Xl Apple Iphone 11 Pro Max Dan Samsung Galaxy Note 10

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 251 hits
Google Pixel 4 XL dilancarkan semalam dengan cip Snapdragon 855 sistem dw kamera dan kemampuan dikawal dengan hanya menggunakan pergerakan tangan Pixel 4 XL bersaing secara langsung dengan Apple iPhone 11 Pro Max dan Samsung Galaxy Note 10 ...
Redmi 8 Diperkenalkan Hadir Dengan Bateri 5000mah Pengecas Usb C Dwi Kamera Belakang

Redmi 8 Diperkenalkan Hadir Dengan Bateri 5000mah Pengecas Usb C Dwi Kamera Belakang

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 317 hits
Redmi sedia terkenal dengan penawaran peranti berspesifikasi asas mereka dan hari ini mereka telah pun melancarkan telefon pintar dengan penawaran asas mereka yang terbaru iaitu Redmi 8 Redmi 8 hadir dengan skrin 6 22 inci dengan rekaan ber...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids