Pandang Pertama Oneplus 7t T Untuk Terbaik
OnePlus 7T, OnePlus 7T Pro dan OnePlus 7T Pro McLaren Edition adalah tiga peranti baharu OnePlus. Kebiasaannya, variasi ‘T’ itu untuk kemaskini yang kecil sahaja berbanding dengan model OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro. Kesemua variasi baharu ini dijana dengan cip yang lebih baik, efisien, dan sedikit lebih kuasa. Manakala bagi kamera pula, OnePlus hanya mengoptimasikan sedikit dari segi perisian. Oh ya, sistem pengecasan pantas juga telah dinaiktaraf kepada versi ‘T’ juga – yang mana ini adalah sesuatu yang baru dan tidak pernah OnePlus lakukannya sebelum ini.
Kami telah menerima OnePlus 7T set rasmi Malaysia sedikit lebih awal dan telah mengujinya sedikit dari segi kamera dan prestasi. Dalam penggunaan yang ringkas, peranti ini memberi satu perasaan baharu bagi peranti OnePlus. Untuk ketahui lebih lanjut, artikel ini adalah artikel pandang pertama kami – mari baca!
Apa Bezanya?OnePlus 7OnePlus 7TOnePlus 7 ProSkrin6.41″ Optic AMOLED
FHD+
HDR106.55″ Fluid AMOLED
FHD+
90Hz
HDR10+6.67″ Fluid AMOLED
QHD+
90Hz
HDR10+CipsetSnapdragon 855Snapdragon 855+Snapdragon 855RAM/Storan6/128 GB atau 8/256 GB8/128 GB atau 8/256 GB6/128 GB atau 8/256 GB atau 12/256 GBKamera Utama48MP, f/1.7
5MP (bokeh)48MP, f/1.6
12MP, f/2.2 (telefoto)
16MP, f/2.2 (sudut ultra lebar)48MP, f/1.6
8MP, f/2.4 (telefoto)
16MP, f/2.2 (sudut ultra lebar)Kamera SwafotoPada Takuk Kecil 16MP, f/2.0Kamera Pop-Naik 16MP, f/2.0Bateri3700mAh3800mAh4000mAhSistem PengecasanDash Charge 20WWarp Charge 30T (30W)Warp Charge 30 (30W)Berat182g190g206gHargaBermula Sekitar RM1700 – RM1900
Tidak RasmiBermula Sekitar RM1900 – RM2300
Harga Rasmi MY NovemberDari RM2999 – RM3799
Harga Rasmi MYJelas di sini, OnePlus 7T adalah gabungan dari OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro. Tetapi, OnePlus 7T adalah sedikit lebih berkuasa – kerana ia dijana cip Snapdragon 855+. Kemudian dari segi kamera, 7T mempunyai lensa telefoto yang lebih baik. Kenapa? Ini kerana, 7T adalah peranti OnePlus pertama dengan sokongan mod makro. Lain-lain adalah sama sahaja, kecuali bateri yang lebih besar dari 7 tetapi lebih kecil dari 7 Pro dan sistem pengecasan yang digunakan adalah Warp 30T. Ia sama sahaja 30W, tetapi OnePlus menggunakan perisian untuk mengoptimasikan lagi kepantasan proses peranti dicas.
Tidak lupa juga yang saiz skrin OnePlus 7T adalah lebih besar dari OnePlus 7. Pendapat saya, saiz 7T adalah sudah cukup baik dan selesa di tangan. Berbeza dengan 7 Pro yang terasa seakan Galaxy Note 10+.
Pengalaman PenggunaanPeranti yang dijana Snapdragon 8xx, mana ada yang tidak hebat. Dengan kerjasama bersama Qualcomm Snapdragon 855+, peranti OnePlus 7T memang cukup hebat dan mengagumkan. Dipadankan pula dengan skrin kadar segar semula 90Hz, ia memberikan satu pengalaman penggunaan yang sukar untuk dilupakan. Yang pertama adalah skrin, skrin OnePlus 7T sama sahaja seperti OnePlus 7 Pro – iaitu hebat belaka. Cuma, ada takuk yang mengganggu pengalaman penggunaan. Tetapi, syukur – takuk yang digunakan adalah kecil dan tidak begitu menjengkelkan. Menonton video dengan resolusi 1080p 60fps HDR di YouTube membuatkan air liur saya meleleh. Sokongan HDR10+ pada peranti ini amat hebat, warna hitam yang gelap gelita, kecerahan yang amat cerah, warna yang sungguh tajam, butiran dalam video yang amat jitu dan setiap pergerakan haiwan, aksi pergaduhan, letupan atau percikan air – sangat lancar.
Pembesar suara pula adalah lebih kurang sama dengan OnePlus 7 Pro. Masih tidak dapat menandingi Pixel 4 XL atau Samsung Galaxy S10+, tetapi cukup baik. Pengoptimasian Dolby Atmos yang memberikan kesn bass yang dalam, bunyi yang jelas dan secara keseluruhan seimbang.
OnePlus 7T menjalankan sistem operasi OxygenOS 10, berasaskan Android 10. Jadi kawalan gestur seakan Android Pie sudah tiada, tetapi kawalan gestur OnePlus baharu yang tersendiri dikekalkan. Kawalan gestur ini mirip sahaja dengan Android 10 yang asal, jadi ia mirip dengan penggunaan iPhone X. Mudah digunakan, Antaramuka tidak banyak beza, dari segi ikon ada sedikit perubahan, Tona warna yang berbeza dan lebih kemas. Bagi mereka yang sudah biasa dengan OxygenOS, pasti akan mengecam sahaja sistem operasi ini. Apa yang menarik adalah, OnePlus mengembalikan kemampuan mengubah tema pada tetapan. Perkara ini mengingatkan saya kembali kepada OnePlus One, yang menjalankan CyanogenMod yang rasmi. Terdapat kemampuan mengubah tema seperti ini, cuma tema yang boleh dipilih dan diubah adalah dari apa yang OnePlus tawarkan sahaja.
Tatalan, peralihan animasi, buka-tutup-tukar antara aplikasi amat pantas dan lancar. Apabila membuka aplikasi Twitter, Instagram atau laman web Amanz – menatal dari atas ke bawah dan kembali dari bawah ke atas – seakan bermain dengan pemutar kegelisahan. Memuaskan. Ya, Razer Phone dan Asus ROG Phone menawarkan kadar segar semula 120Hz, tetapi rekaannya tidak selesa dan terlampau berkotak atau terlampau ranggi. OnePlus 7T ini lebih dekat dengan peranti normal.
Bermain permua sudah tentu hebat. Tidak dinafikan yang peranti ini mampu memerikan pengalaman yang mengasyikkan. Skor tanda aras juga amat hebat. AnTuTu menerima skor 463899, AnTuTu AI pula adalah 187334 dan akhir sekali Geekbench 5 menerima skor 2617. Kini, terbinanya satu aplikasi ‘Game Space‘ – yang mana adalah hab permua. Ia sama sahaja dengan mod gaming yang sedia terbina pada peranti OnePlus. Cuma dalam aplikasi ini, ia menyusun dan mengumpulkan semua permua dan juga mod gaming termasuk mod Fnatic dalam satu tempat. Ujian permua saya adalah Call of Duty Mobile. Bermain satu pusingan memang gempak dan epik. Tiada isu memanas, tiada masalah lengah masa atau sela masa dan semuanya baik-baik sahaja. Dengan pembesar suara stereo terbina, setiap letupan dan bunyi tembakan seakan menonton filem peperangan dan skrin AMOLED yang hebat memberikan pengalaman bermain yang menjadikan saya lupa akan dunia realiti.
Kamera
Sebaik sahaja saya mencuba kamera peranti ini, saya terus jeritkan perkataan “WOW!“. Berdasarkan pengalaman penggunaan OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro, saya dapat katakan yang OnePlus 7T mempunyai kamera yang jauh lebih baik dari segi beberapa aspek. Kamera swafoto pada saya, OnePlus 7 Pro masih lebih baik. Tetapi, lain-lain prestasi kamera 7T memang memuaskan dan puas hati. Disebabkan kelebihan OnePlus 7T adalah pada mod makro, jadi apa yang saya cuba adalah mengambil gambar jarak dekat terlebih dahulu. Mod makro pada peranti ini amat mudah untuk digunakan, tiada masalah fokus, menekan butang pengatup juga pantas dan hasilnya adalah menakjubkan. Lihat sampel-sampel di bawah.
Dari segi warna, butiran, kabur pada latar dan ketajaman – mod makro pada OnePlus 7T memang terbaik. Lebih mengejutkan, kesemua lensa biasa, lensa telefoto dan lensa sudut ultra lebar menyokong mod ini. Ujian seterusnya adalah kamera utama. Mod yang diuji adalah mod bokeh dan ujian pada setiap lensa. Juga, hasilnya amat meriah sekali. Cuma, pada saya warnanya terlampau tajam dan terlampau tipu. Mungkin OnePlus terlampau lebih-lebih pada bahagian HDRnya. Ia mungkin baik-baik sahaja pada mata orang lain. Tetapi pada saya, jika OnePlus kurangkan sikit ke’HDR’annya dan lebih ke realiti – ia sudah cukup hebat.
Click to view slideshow.Saya tidak sempat menguji dengan baik kemampuan rakaman video, cuma kini dalam OxygenOS 10 – OnePlus telah mengaktifkan kemampuan rakaman video pada lensa sudut ultra lebar. Lain-lain seperti rakaman 4K 60FPS dan 4K 30FPS, masih sama dan tiada perubahan drastik.
KesimpulanSecara keseluruhan, pengalaman menggunakan OnePlus 7T ini adalah sama sahaja dengan OnePlus 7 Pro. Kecuali pada bahagian kamera. Ia ibarat menggunakan OnePlus 7 Pro pada badan OnePlus 7. Pendapat saya, OnePlus sepatutnya melancarkan OnePlus 7T ini bersama-sama dengan OnePlus 7 Pro dan bukannya OnePlus 7 yang biasa. Bagi mereka yang pentingkan skrin, prestasi dan kamera – peranti ini adalah peranti yang patut dimiliki. Prestasi yang dahsyat, kamera yang hebat dan skrin yang memuaskan, pasti mereka yang memiliki peranti ini akan tidak menyesal membelinya.
Tiada harga lagi buat masa ini. Di Malaysia, XianFeng hanya akan menjual OnePlus 7T dengan variasi 8/128 GB sahaja. Di India, harga peranti ini adalah sekitar RM2300. Jadi harapnya, harga rasmi kelak boleh didapatkan pada harga bawah RM3K. Atau lebih hebat, bawah RM2.7K. OnePlus 7T, OnePlus 7T Pro dan OnePlus 7T McLaren Edition dijangka akan tiba ke pasaran Malaysia secara rasmi pada bulan November ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://penlawak.blogspot.com/2019/10/pandang-pertama-oneplus-7t-t-untuk.html