Pandai Geleng Kepala Gosok Mata Ibu Maklum Ainul Bakal Pulang Beberapa Hari Lagi
Akhirnya bayi kesayangan rakyat Malaysia Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin bakal pulang ke tanah air beberapa hari lagi.
Ainul Mardhiah yang berada di London sejak 25 Mei untuk menjalani rawatan dan pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada mulut. Pembedahan yang berisiko tinggi dan mengambil masa 5 jam berjaya dilakukan pada 11 Jun lalu.
Artikel berkaitan:[Doktor Beritahu Ainul Tak Perlu Pembedahan Susulan. Tahap Kesihatannya Makin Baik]
Tumor seberat 200 gram yang membesar di dalam mulut Ainul Mardhiah dikeluarkan oleh sepasukan pakar diketuai Profesor David Dunaway. Semangat juang yang tinggi dan doa yang mengiringi si kecil ini, selepas kira-kira lima jam menjalani pembedahan membuang tumor tersebut, Ainul Mardhiah sudah sedarkan diri.
Si kecil berusia 10 bulan ini dimaklumkan oleh ibunya bakal berangkat pulang ke Malaysia beberapa hari lagi. Ibunya melalui Insta story berkongsi tentang perkembangan terbaru si kecil ini.
“Sedihnya sebab nak berpisah dengan nurse di wad ni. Semua nurse sangat baik hati dan suka beri pujian pada Ainul.
“Mereka jaga Ainul sangat baik dan lemah lembut.
“Goodbye nurse, tinggal lagi beberapa hari Ainul di sini. Ainul pasti akan rindu dengan kalian.”
“Minta maaf tak dapat update selalu pasal Ainul Mardhiah.
“Alhamdulillah Ainul sihat, ceria dan bertenaga setiap hari. Setiap hari akan ada perangai baru Ainul akan tunjuk.
Ainul ketika dalam rawatan & sebelum dibedah.
“InshaAllah nanti balik Malaysia mama harap semua pihak akan sentiasa peka dengan keadaan Ainul.
“Sekarang ni doktor di sini akan pastikan plan yang dibincangkan akan dilakukan dengan baik di Malausia.
“Terima kasih semua.”
Manakala bapa Ainul, Ahmad Safiuddin berkongsi perkembangan terbaru Ainul Mardhiah yang
“Assalamualaikum. Apa khabar semua?
“Alhamdulillah, hari demi hari kesihatan ainul bertambah baik dan dia pun semakin cergas.
“Sekarang ni Ainul dah pandai gosok mata kalau dia mengantuk. And kalau tutup lampu bilik bila dia belum nak tidur, Ainul akan geleng2kan kepalanya maksudnya dia tak mahu tidur lagi
“Semoga membesar dengan baik, anak. Mama dan walid akan sentiasa menjaga amanah dari Allah ini sehingga nafas kami yang terakhir!”
View this post on Instagram
A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on Jul 3, 2019 at 5:33am PDT
Ainul ketika bari tiba di London.
Rata-rata warganet mendoakan kesejahteraan Ainul dan berharap Ainul terus sihat dan membesar dengan baik.
“MasyaAllah. Alhamdulillah. Comelnyer Ainul Mardhiah. Didoakan semoga Ainul Mardhiah membesar dengan sihat dan bijaksana. Aamiin.
” Suhaini Binti Saperan
“Alhamdulillah… Seronoknya tengok baby ainul cergas & sihat… Semoga baby ainul cepat sembuh & dipermudahkan segala urusan… Aamiin” Dalilah Roswita Mohd Ali
“Alhamdulillah…dah nmpk chubby skit pipi Tu… Comel ainul
.” Shu Ismail
“Alhamdulillah Ainul cantiknya awak niiiiii
eeeiii tak sabar nak tengok Ainul membesar dengan sihat.” Nurul Saridaa
Ainul selepas pembedahan.
Sumber: ahmadsafiudinn, FB Ahmad Safiuddin & _nrlerwani
Artikel berkaitan:[Berat Naik, Ainul Mardhiah Makin Sihat. Bakal Pulang Tak Lama Lagi]
[Cepatnya Ainul Pandai! Lepas 2 Minggu Dibedah Boleh Meniarap & Capai Mainan]
The post Pandai Geleng Kepala & Gosok Mata, Ibu Maklum Ainul Bakal Pulang Beberapa Hari Lagi appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/pandai-geleng-kepala-gosok-mata-ibu-maklum-ainul-bakal-pulang-beberapa-hari-lagi/