Pancing Karan Buat Sesb Rugi Rm25 Juta Hingga Rm30 Juta Setahun


Pancing Karan menyebabkan kerugian bukan teknikal RM25 juta hingga RM30 juta setahun kepada SESB


KOTA KINABALU: ‘Pancing karan’, panggilan orang tempatan merujuk kepada kegiatan membuat sambungan haram bagi mencuri bekalan elektrik, bukan sesuatu yang asing di Sabah terutama dalam kalangan penduduk kawasan setinggan pendatang tanpa izin.

Bernama yang mengikuti operasi membanteras kegiatan itu di Lorong Keleto, Kampung Bawang dan Kampung Suang Parai di sini selama dua hari berakhir hari ini, melihat sendiri tindakan tidak bertanggungjawab mereka yang terlibat menyambung kabel haram secara terus ke peti pembekal arus.

Kabel haram yang telah disambungkan pada tiang pembekal arus, kemudian direntang hingga ke kawasan awam termasuk merentas sungai sehingga mengancam keselamatan orang ramai yang tinggal di kawasan terbabit selain merugikan banyak pihak.

Ketua Pegawai Transformasi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Norhizami Abu Hassan berkata ‘pancing karan’ perbuatan yang tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menyebabkan gangguan serius kepada sistem bekalan elektrik, malah kematian orang awam.

“Justeru SESB bersama Pihak Berkuasa Tempatan melakukan operasi bagi membanteras kegiatan itu bagi menjamin keselamatan orang awam daripada terkena renjatan elektrik, selain memastikan bekalan tenaga elektrik tidak terganggu dan lebih stabil diberikan kepada pengguna yang sah.


“SESB juga mengalami kehilangan tenaga bukan teknikal dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM25 juta hingga RM30 juta akibat sambungan haram di kawasan penempatan setinggan ini. Diharap isu penempatan setinggan pendatang tanpa izin kita dapat selesaikan segera,” katanya kepada Bernama dan RTM.

Norhizami berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Kerajaan Sabah bagi mengenal pasti penempatan yang boleh diberikan bekalan elektrik secara khas menggunakan meter elektrik prabayar, dan perkara itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat selepas mendapat persetujuan semua pihak.

Mengenai operasi dua hari itu, beliau berkata seramai 73 petugas terlibat yang terdiri daripada 51 petugas SESB, tujuh petugas Suruhanjaya Tenaga manakala selebihnya Pihak Berkuasa Tempatan serta pihak berkuasa lain antaranya Polis Diraja Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat Sabah Jeffrey Nuri berkata tiga kes kematian renjatan elektrik akibat perbuatan ‘pancing karan’ direkodkan tahun ini, terbaharu membabitkan seorang lelaki dipercayai pendatang tanpa izin maut terkena renjatan elektrik di Lorong Keleto pada 4 April lepas.

“Kami di Suruhanjaya Tenaga memandang serius kegiatan ini, sehubungan itu orang awam diingatkan agar tidak terlibat melakukan sambungan haram kerana bukan sahaja tidak adil kepada pengguna lain bahkan melibatkan keselamatan orang awam,” katanya.

Beliau berkata mereka yang didapati terlibat dengan kegiatan itu akan diambil tindakan tegas di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan itu juga boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Seorang penduduk tempatan, Abdul Wahab Selamat, 51, berkata pihak berkuasa telah berulang kali mengambil tindakan terhadap kegiatan ‘pancing karan’ di Lorong Keleto, Kampung Bawang, dan Kampung Suang Parai, tetapi masalah terus berlaku kerana kedegilan mereka terlibat.

“Hari ini operasi datang bersihkan semua kabel ‘pancing karan’, tidak sampai seminggu pendatang tanpa izin sambung semula kabel haram, jadi pada pendapat saya lebih baik usir pendatang ini dan bersihkan kampung daripada setinggan,” katanya.

Seorang suri rumah, Noor Maizunah Zainul, 44, pula berkata bekalan elektrik di kawasan rumahnya di Inanam di sini kerap terputus akibat sambungan haram, malah terdapat pendatang tanpa izin mengambil upah RM50 bagi menyambung satu kabel haram tersebut.

“Dalam sebulan paling kurang empat atau lima kali terputus elektrik, masalahnya berpunca daripada pendatang tanpa izin yang membina penempatan setinggan sesuka hati dan ada yang bertindak agresif apabila penduduk tempatan cuba nasihat,” katanya. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/pancing-karan-buat-sesb-rugi-rm25-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Curhat Rugi Ratusan Juta Imbas Dari Ppkm Deddy Corbuzier Justru Dapat Sentilan Dari Warganet

Curhat Rugi Ratusan Juta Imbas Dari Ppkm Deddy Corbuzier Justru Dapat Sentilan Dari Warganet

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 411 hits
Ikhlas usaha ditutup sementara agar pandemi lekas berlalu kerugian Deddy disebut tak sebanding dengan mereka yang jualan untuk menyambung hidup
4 Cara Simpan Daging Dalam Pembeku Tahan Hingga Setahun

4 Cara Simpan Daging Dalam Pembeku Tahan Hingga Setahun

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 478 hits
4 Cara Simpan Daging dalam Pembeku Tahan Hingga Setahun Daging tak rugi beli banyak sebab boleh simpan lama Daging boleh disimpan dan tahan lama kalau betul cara pengendalian dan cara menyimpannya Kalau betul cara simpannya boleh tahan seta...
45 Juta Dosis Vaksin Dari Sinovac Hingga Pfizer Tiba Di Indonesia Sepanjang Agustus

45 Juta Dosis Vaksin Dari Sinovac Hingga Pfizer Tiba Di Indonesia Sepanjang Agustus

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 316 hits
Juru Bicara Vaksinasi Covid 19 Kementerian Kesehatan Siti Nadia Tarmizi mengemukakan Indonesia dijadwalkan menerima pengiriman sekitar 45 juta dosis vaksin tambahan yang datang secara bertahap sepanjang Agustus 2021
Pelanggar Ppkm Darurat Di Depok Didenda Hingga Rp 1 Juta

Pelanggar Ppkm Darurat Di Depok Didenda Hingga Rp 1 Juta

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 284 hits
Pelanggar Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat di Kota Depok Jawa Barat menjalani sidang tindak pidana ringan
Isuzu Rilis Program Ppkm Di Juli Agustus Ada Diskon Hingga Rp 50 Juta

Isuzu Rilis Program Ppkm Di Juli Agustus Ada Diskon Hingga Rp 50 Juta

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 304 hits
Isuzu Indonesia merilis program P P K M alias Promo Potongan Karoseri Murah yang berlaku nasional pada Juli Agustus tahun ini Jadi setiap pembelian Isuzu Elf baik tipe Standar maupun Heavy Duty dengan aplikasi bak dan boks akan mendapat dis...
Covid 19 Tingkatkan Ujian Saringan Hingga 1 Juta Sehari

Covid 19 Tingkatkan Ujian Saringan Hingga 1 Juta Sehari

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 422 hits
Situasi jangkitan harian Covid 19 yang kekal memburuk biar pun kerajaan Perikatan Nasional melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 atau lockdown Menangani keadaan getir itu mantan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dr Lee Boon Chye me...
20 Hingga 35 Peratus Penerima Vaksin Tidak Hadir Temu Janji Ppv Ums

20 Hingga 35 Peratus Penerima Vaksin Tidak Hadir Temu Janji Ppv Ums

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 460 hits
Pengarah hospital Universiti Malaysia Sabah Prof Dr Helen Benedict Lasimbang Bernama Kota Kinabalu Sudah dapat janji temu tetapi tidak hadir begitulah dilema dialami Pusat Pemberian Vaksin Universiti Malaysia Sabah di sini apabila 20 hingga...
Sering Digunakan Dalam Caption Medsos Hingga Meme 9 Kutipan Film Terkenal Ini Ternyata Keliru Lo

Sering Digunakan Dalam Caption Medsos Hingga Meme 9 Kutipan Film Terkenal Ini Ternyata Keliru Lo

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 366 hits
Kesalahan pada kutipan ikonik film film terkenal ini terus berlanjut karena nggak ada yang ngeh juga
Seramai 2 603 Orang Mangsa Daripada 8 104 Keluarga Berada Di 68 Pusat Pemindahan Sementara Di Pahang Setakat Pagi Ini

Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Malaysia Tamatkan Kemarau Emas Sepak Takraw Silat Dan Badminton Di Sukan Sea


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Senarai Sampah Untuk Ganjaran Diri

Hentian Rehat Rawat Seremban

Play88 Malaysia Online Casino The Trusted Choice

Perancangan Kewangan 2026 Cara Urus Duit Dengan Lebih Teratur

Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering