Pancake Untuk Ammar Yahya




Saya memang terasa sangat sedih melihat video kemalangan melibatkan bas yang membawa pelajar UPSI. Rasanya semua rakyat Malaysia juga sedang bersedih mengenangkan kejadian yang meragutkan banyak nyawa. Mengikut, statement Bomba juga banyak jenazah yang tidak sempurna di dalam longkang. Rasanya penghadang besi yang menyebabkan banyak kematian kerana bas terbalik di atas besi dan mengheretnya. 
Apa pun alasan yang diberi oleh pemandu yang masih hidup itu, saya tetap percaya bas dipandu laju. Keluar pulak dashcam menunjukkan saat bas terbalik, lagi sah beliau memandu laju. Nak kata, malaikat maut menunggu dia di situ, dia tak pula mati. Aduhaai lagi sakit hati. Kalau negara ni tak ada undang undang, layak jer pemandu tu disepak terajang. 
Ohh sebelum itu, ramai pulak mengecam owner dashcam yang dikatakan tidak berhenti. Jangan lah mudah mudah mengecam kerana kita tidak tahu apa yang dia hadapi. Mungkin dia pun tak tahu cara membantu atau mungkin keadaan tidak mengizinkan dengan keadaan jalan gelap dan kereta laju, mungkin membahayakan. 
Bukan semua orang tahu cara nak membantu. Tapi dia membantu secara lain dengan kongsi video dashcam untuk membantu penyiasatan polis. Kalau saya lah, saya yang pengsan dulu melihat keadaan macam tu. Belum lagi melihat darah dsb. Tak semua orang cekal macam abang bomba atau polis. Kena lah faham tidak semua orang diberi kekuatan yang sama. 
Pemerhatian saya yang takut memandu kereta di lebuh raya, memang lori dan bas di Malaysia dipandu laju dengan kurang berhemah. Kadang bila kita pandang dia, dia pulak pandang kita semacam. Mereka kadang kadang memotong dan berada di lorong kanan. 
Kerajaan kena bertegas supaya menguatkuasakan peraturan lori dan bas tidak dibenarkan berada di lorong tengah dan kanan. Biarlah mereka lambat pun kerana kemalangan melibatkan lori dan bas akan melibatkan nyawa orang lain. 
Mereka kena rancang perjalanan, tak boleh nak mengejar trip jer. Pastikan pengusaha membayar mereka gaji bulanan, bukan mengikut trip. Semoga arwah yang terlibat dalam kemalangan tersebut mendapat mati sahid kerana dalam perjalanan menuntut ilmu. Aamiin.  

Pagi hari raya kedua, saya menyediakan pancake atas permintaan Ammar. Masa kami di Tesco sehari sebelumnya, saya beli honey untuk masak honey chicken crispy. Terus Ammar minta dibelikan tepung segera Pancake. Nana cakap tak payah beli, minta jer Tok Mama buatkan pancake untuk Ammar. 
Balik rumah, terus dia minta pancake. Saya pujuk dia untuk buat keesokannya kerana saya dah pun masak kuah kacang dan nasi impit yang juga kegemaran Ammar. Takut nanti dia tak makan kuah kacang pulak kalau dah ada pancake. 
Jadinya, keesokan pagi saya menyediakan pancake sebagai menunaikan janji pada Ammar. Bukan sahaja Ammar tapi Aliya juga suka makan pancake dengan honey. Cuma bila di sini, tepung sedikit starchy, jadi kena tambah susu sedikit sehingga adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Pancake Mudah Untuk Ammar Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 cawan tepung gandum½ sudu besar baking powder - tak guna sebab guna tepung naik sendiri1 biji telur¾ cawan susu segar1 ½ sudu besar mentega - dicair1 ½ sudu besar gula½ sudu kecil esen vanillaSedikit garam 
Cara cara:Satukan semua bahan dan pukul rata dengan whisk sehingga tidak berketul. 
Pastikan kuali benar benar panas, baru tuang adunan ikut cawan sukatan supaya saiz pancake sama besar. Nota: saya guna 3 sudu besar atau ¼ cawan adunan. 

Bila keluar lubang, terbalikkan. 


Masa hidang letak seketul kecil butter atas dan tuang madu. Atau sedap juga dimakan dengan cocklat. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/06/pancake-untuk-ammar-yahya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tulang Belakang Mana Boleh Tinggal Ramai Puji Penghargaan Shukri Yahya Pada Isteri Tercinta

Tulang Belakang Mana Boleh Tinggal Ramai Puji Penghargaan Shukri Yahya Pada Isteri Tercinta

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 120 hits
Siapa je tak kenal Shukri Yahya pelakon lelaki dengan aura tenang dan senyum menggoda tu Dah lapan tahun dia jadi suami kepada wanita pilihan hatinya Tya Adnan yang bukan saja cantik luar dalam tapi juga semakin hari makin sejuk mata memand...
Ustadz Yahya Waloni Wafat Saat Khutbah Jumat Ini Kata Uas

Ustadz Yahya Waloni Wafat Saat Khutbah Jumat Ini Kata Uas

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 149 hits
Kabar duka datang dari Makassar Ustadz Yahya Waloni wafat saat khutbah Jumat di Masjid Darul Falah Minasa Upa Kelurahan Gunung Sari Kecamatan Rappocini 6 Juni 2025 Usai khutbah kedua beliau jatuh terduduk dan langsung lemas kata warga Minas...
Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter

Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar Pampers Anak Dia Disindir Mudah Lekat Jodoh Netizen Tampil Backup Noor Nabila

Kenapa Thailand Dan Kemboja Berebut Kuil Preah Vihear Ini Jawapannya

Beli Tudung Di Muaz Kl

Galakan Berpuasa Di Bulan Muharram

Kisah Hari Raya Aidilfitri 2025

Lunch Bubur Nasi Segera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Interaksi Antara Betaserc Dan Ubat Darah Tinggi

Nutox Moisturizer Harga Murah Guardian Member Price

Late Lunch Di Richiamo Coffee Kpj Tawakkal Kl Specialist Hospital

Sambal Tumis Sardin Petai Paling Legend Bau Je Dah Lapar

Unity Coba Cintaku Chord

Adim Mf Kanai Santuang Palalai Chord