Panasonic Akan Henti Pengeluaran Kilangnya Di Malaysia




KUALA LUMPUR: Panasonic akan menghentikan pengeluaran bateri dan panel solar selepas bekas pengeluar terkemuka itu kini berdepan persaingan sengit dari syarikat China yang menghasilkan produk berkaitan pada kos lebih rendah.
Memetik laporan Nikkei Asia, gergasi elektronik dari Jepun itu akan menghentikan pengeluaran di kilang miliknya di Malaysia dan Shimane Prefecture, Jepun seawal Mac 2022.
Langkah itu menandakan 'jalan keluar' sepenuhnya Panasonic dalam perniagaan pengeluaran solar selepas syarikat berpangkalan di Osaka itu menamatkan kerjasama pengeluaran sel solar dengan Tesla tahun lalu.
Menurut laporan Nikkei Asia, Panasonic akan mendapatkan panel solar daripada pengeluar lain bagi memastikan ia kekal dalam industri tenaga menerusi perniagaan seperti pemasangan sistem penjanaan bagi kegunaan kediaman.
Dalam satu lagi laporan media, Panasonic berkata ia akan menamatkan penghasilan bateri solar akhir tahun fiskal 2021 sebagai sebahagian jalan keluar daripada perniagaan yang tidak menguntungkan itu.
Menurut syarikat itu, ia akan mengekalkan jumlah pekerja di kilang miliknya di Shimane Prefecture di mana peranti lain berkaitan penjanaan tenaga solar akan dihasilkan.
Kilang miliknya di Malaysia diuruskan Panasonic Energy Malaysia (PECMY) iaitu bahagian pengeluaran perniagaan Panasonic Solar dan turut mengeluarkan panel solar serta pembuatan wafer, bateri dan modul bersepadu.
Satu-satunya kilang yang beroperasi di seluruh dunia ketika ini terletak di Taman teknologi Tinggi Kulim, iaitu 50 kilometer bahagian timur Pulau Pinang.
Kilang yang dibina dalam masa sembilan bulan bermula dari perancangan hingga pentauliahan adalah pemegang rekod pembinaan kilang berskala besar terpantas di taman perindustrian.
Sementara itu, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, jumlah penjanaan tenaga solar baru tahun ini dijangka mencapai 117 juta kilowatt, meningkat 10 peratus dari tahun sebelumnya.
Susulan peningkatan pengeluaran oleh pengilang China, harga panel solar telah susut ke sekitar satu pertiga dari harga tahun 2012.
Berikutan harga yang lebih rendah ditawarkan pesaingnya di China, ia memaksa pengeluar Jepun menamatkan pengeluaran dengan perniagaan bateri dan panel solar Panasonic mencatat kerugian.
Pada masa ini, kebanyakan jualan adalah berdasarkan permintaan domestik, namun ia dijangka tidak berkembang selepas program insentif untuk penjanaan tenaga solar kediaman di Jepun telah ditamatkan sejak November 2019.
Panasonic telah membangunkan perniagaan bateri solar daripada Sanyo Electric, yang menjadi anak syarikat penuhnya pada 2011.
Teknologi asal yang dikenali sebagai HIT, dianggap memiliki kecekapan tertinggi di dunia dalam mengubah cahaya matahari kepada tenaga elektrik pada masa.
Pada 2009, Panasonic berusaha untuk menjadi antara tiga pengeluaran utama, tetapi ia kini di luar senarai lima teratas ekoran perang harga dengan syarikat China yang mewakili 30 peratus dari bahagian pasaran.
Bagaimanapun, Panasonic merancang untuk terus berada dalam perniagaan tenaga boleh diperbaharui, dengan memberi tumpuan kepada segmen lain seperti sistem pengurusan kuasa untuk bandar pintar.
Selepas menamatkan pengeluaran panel solar, kilangnya di Shimane akan menumpukan perhatian kepada pengeluaran perapi tenaga yang menukar elektrik yang diekstrak panel solar dari arus terus kepada arus alternatif.
Kilang miliknya di Osaka yang menghasilkan panel dalam kenderaan dijangka menjadi penempatan semula pekerjaannya.
Selepas Panasonic menarik diri, Kyocera dan Sharp akan menjadi syarikat utama di Jepun yang menghasilkan bateri dan panel solar.
Bahagian pasaran global kini dikuasai pengeluar China seperti JinkoSolar dan pengeluar Jepun yang pernah menerajui pasaran kini kehilangan tempat lapor Berita Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/02/panasonic-akan-henti-pengeluaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apple Memindahkan Lagi Pengeluaran Peranti Dari China India Vietnam Dan Malaysia Menjadi Pilihan

Apple Memindahkan Lagi Pengeluaran Peranti Dari China India Vietnam Dan Malaysia Menjadi Pilihan

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 242 hits
Pandemik dan perang perdagangan menyebabkan Apple memulakan proses untuk tidak lagi mengeluarkan peranti peranti mereka dari China tahun lalu Sebelum ini Vietnam dan India dipilih sebagai pusat pengeluaran produk kelas permulaan sahaja sepe...
Garismasa Apa Tumpuan Malaysia Sepanjang Januari 2021

Garismasa Apa Tumpuan Malaysia Sepanjang Januari 2021

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 314 hits
PKP seluruh negara kecuali Sarawak Agong isytihar darurat Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen tolak darurat Ekonomi mungkin ditutup Itu antara tumpuan netizen sepanjang Januari 2021 NormaBaharu GarisMasa HapusCOVID19 SUBSCRIBE now Astro Awan...
Sos Korea Adabi Sesekali Makan Ayam Korea Di Malaysia Sedap Jugak

Sos Korea Adabi Sesekali Makan Ayam Korea Di Malaysia Sedap Jugak

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 529 hits
assalamualaikum salam sejahtera Sabtu muncul lagi hari ni bebas dari phone if not selain dari jam 1 2 ptg phone ikut aje tuannya ke mana mana keliling rumah WFH ni kena alert dgn phone anytime office boleh call or whatsapp and kena jawab re...
Harapan Malaysia Jadi Tuan Rumah Kabur Peluang Buat Vietnam Dan Singapura

Harapan Malaysia Jadi Tuan Rumah Kabur Peluang Buat Vietnam Dan Singapura

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 292 hits
Sebelum ini dikatakan Malaysia berpeluang untuk menjadi tuan rumah bagi saingan Champions League dan Piala AFC 2021 yang dijangka bermula pada Jun depan Menurut Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John peluang untuk menjadi tuan rumah t...
Fugitive Broken Tooth May Be Hiding In Malaysia Says Report

Fugitive Broken Tooth May Be Hiding In Malaysia Says Report

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 206 hits
Wan Kuok Koi being driven away from the Macau prison by two unidentified men on Dec 1 2012 The Australian and US authorities are also probing into Wan s alleged illicit activities PETALING JAYA A Chinese triad boss Wan Kuok Koi is believed ...
Polis Siasat Anonymous Malaysia

Polis Siasat Anonymous Malaysia

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 175 hits
Polis telah membuka satu kertas siasatan terhadap Anonymous Malaysia yang memberi amaran kedua untuk melancarkan serangan siber hari ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata Bahagian Siasatan ...
Bangunlah Malaysia

Bangunlah Malaysia

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 262 hits
Anonymous Malaysia beri amaran keduaPETALING JAYA Sekumpulan penggodam menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous Malaysia memberi amaran kedua akan melancarkan serangan siber ke atas laman web kerajaan dan aset dalam talian menerusi OpsWak...
Singapore Suspends Travel Bubble With Malaysia

Singapore Suspends Travel Bubble With Malaysia

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 278 hits
Singapore has suspended the reciprocal green lane arrangement with Malaysia after Covid 19 cases in the latter country continued to spiral Singapore s Foreign Affairs Ministry announced the suspension this morning as part of its review on t...
Malaysia Juga Punya Kewangan Kukuh Tapi Penyamun Banyak Dan Rasuah Membengkak

Malaysia Juga Punya Kewangan Kukuh Tapi Penyamun Banyak Dan Rasuah Membengkak

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 223 hits
Dulu bila Singapura lebih dulu terima vaksin ada menteri PN bagi alasan sebab negara tersebut punya kewangan yang kukuh dan mereka boleh beli vaksin COVID 19 awal Sekarang ni Nepal Myanmar dan Bangladesh pun lebih dulu beli vaksin ADAKAH in...
Jangan Hina Diri Sendiri

Morning Di Pagi Jumaat

Cutting Cost Of Private Healthcare Can Drive Investors Away Says Group

T23 A Sculpted Ducati Scrambler 1100 Caf Racer By Auto Fabrica

Cube Building A Contemporary Landmark In The Historical Heart Of Dnipro

Court To Hear Bid To Restore Muslim Status Of Loh S Kids In February

Kedah Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Mufti Perlis Saman Gisbh Rm10 Juta


echo '';
8 Negara Yang Dinamakan Sempena Nama Individu

Cara Undi Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 Konsert Mingguan Dan Final

Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia


Gala Night Dinner Tremendous

Ayez Shaukat Fonseka Beri Bayangan Watak Samat Lebih Menyerlah Dalam Sekuel Takluk Lahad Datu

Here S What You Need To Know About Rewards Credit Cards

Semakin Banyak Kawasan Dinaiki Air

Tujuh Kanak Kanak Main Basikal Lajak Secara Berbahaya Ditahan Polis

Penjara 7 Tahun Dua Sebatan Untuk Syed Saddiq Munasabah Dan Berpatutan Hakim