Panas Zed Zaidi Sound Direct Zarina Anjoulie Anggap Gimik Marketing Tauke Jambu Tak Salah Video
Panas!! Zed Zaidi ‘Sound Direct’ Zarina Anjoulie, Anggap Gimik Marketing Tauke Jambu Tak Salah [VIDEO]
TEKNIK penggunaan gimik bagi mempromosikan produk seperti yang dilakukan pelawak Tauke Jambu dianggap sebagai satu trend terkini dan kreatif.
Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi berkata, apa yang dilakukan pelawak itu dianggap memperbaharui zaman dan membantu melariskan produk miliknya dengan cara tersendiri.
“Memang trend macam tu skarang, tapi jangan samakan dengan video saya semalam, itu bukan gimik
“Itu dia (Tauke) punya marketing dan produk dia tu mungkin ada kena mengena dengan perkahwinan.
“Bagi saya perkara ini memperbaharui zaman, mungkin dengan cara ini lagi laku dan dapat tumpuan lagipun dia pelawak, lebih kreatif la,” ujarnya kepada mStar
VIDEO DIBAWAH:-
View this post on Instagram
A post shared by ZED ZAIDI (@rozaidijamil)
Zed diminta mengulas tentang isu marketing yang dilakukan segelintir selebriti bagi melariskan produk jualan mereka.
Pada 23 November lalu, tular video TikTok kononnya Tauke berkahwin sekali lagi dengan seorang wanita dikenali sebagai Shu sehingga mengundang kecaman netizen.
VIDEO GIMIK TAUKE JAMBU BERKAHWIN
Beberapa hari kemudian, pelawak itu memuat naik video iklan penuh dia dan wanita berkenaan melakonkan babak pernikahan bagi mempromosi produk kesihatan.
Sementara itu, mengulas tentang video TikTok memperlihatkan dia menegur pelakon kontroversi Zarina Anjoulie dalam sebuah program, Zed berkata ia bukan satu gimik yang disengajakan.
Kata Zed, dia menggunakan peluang menjadi tetamu undangan dalam program YouTube yang dikendalikan Zarina dan Tauke Jambu itu dengan menegur sikap pelakon berkenaan yang sering menimbulkan kekecohan netizen.
“Sebenarnya semalam saya hanya dipanggil sebagai panel program bual bicara di saluran YouTube, saya tak tahu yang Anju (Zarina) adalah salah seorang host dalam program tersebut.
“Dalam program tu kupas fasal isu komen nitizen yang negatif sampai orang lain boleh terpengaruh, isu PKP, isu persatuan dan isu yang kes Anju dan artis artis lain.
“Dia pula banyak kontoversi masa PKP, ada kes saman menyaman. Apabila ada kes macam tu orang akan buat aduan pada saya,” ujarnya.
Menerusi perkongsian Zed Zaidi di Instagram miliknya, Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul membaling botol kepada Zed Zaidi disebabkan bengang dengan apa yang diperkatakan
Selepas dipujuk oleh pihak produksi, aktres tersebut kembali reda dan meneruskan semula perbincangan dalam program tersebut secara profesional.
Bagaimanapun netizen berpendapat insiden kekecohan itu hanyalah gimik yang dirancang demi menagih perhatian.mSTAR
Panas!! Zed Zaidi ‘Sound Direct’ Zarina Anjoulie, Anggap Gimik Marketing Tauke Jambu Tak Salah [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Saya bersumpah atas nama Allah – Najib
Pasukan Khas siasat buku Tommy Thomas
Drama bertama gay, keluarga Danish serah pada peguam
Di Malaysia pecah rumah, di Indonesia rompak bank
Dah macam budak suruhan PPBM
Kanser Elyana sudah hilang
Pembunuhan karakter bukan pembunuh biasa-biasa
Sikap Pas akan memenangkan UMNO
Ahmad Fadhli, belajarlah hormati UMNO
Abang polis pun kena (Video)
Juruterbang rakam kelibat 12 UFO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021
Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]
The post Panas!! Zed Zaidi ‘Sound Direct’ Zarina Anjoulie, Anggap Gimik Marketing Tauke Jambu Tak Salah [VIDEO] appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/12/09/panas-zed-zaidi-sound-direct-zarina-anjoulie-anggap-gimik-marketing-tauke-jambu-tak-salah-video/