Panas Walaun Tit Masuk Gua Musang Pas Kalah Pemimpin Pas Tetap Sombon




PENULIS: Dalam perjalanan ke Nenggiri (sehari sebelum mengundi) saya hubungi pakar penganalisis dan strategi UMNO, kata saya nak belajar dengan UMNO bagaimana nak tackle pengundi Melayu. Dia ketawa sahaja dan memaklumkan kepada saya BN lead 4 mata iaitu sehari sebelum tarikh mengundi. Kemenangan ini dianggap luar biasa kerana sebelum ini dalam siri PRK kesemua penyandang memenangi semula atau dalam maksud lain mempertahankan kerusi. Kali ini Pas tewas dan kesemua dakwaan penganalisis politik tidak boleh diguna pakai di Nenggiri termasuk saya sendiri. Ia benar-benar membuatkan kita hairan bagaimana undi Melayu berpihak kepada BN. Saya tidak menyebut PH kerana undi PH biasanya akan solid kepada Kerajaan Perpaduan. Ini kerana undi UMNO khasnya yang berlaku undi sabotaj dari ahli mereka sendiri. Jadi semua andaian sebelum ini oleh penganalisis politik tersasar. Pertama kawasan majoriti Melayu akn dikuasai Pas, kedua kawasan luar bandar akan dikuasai Pas, negeri Kelantan totok Pas, penyandang pasti menang, orang Melayu menolak Anwar dan Zahid, diesel Melayu topak Kerajaan Perpaduan. Semua itu tidak berlaku di Nenggiri. UMNO sudah bangkit? Kemenangan di Nenggiri mempunyai indikator yang sangatt besar kepada UMNO sendiri. Parti ini sudah bangkit dan mahu tidak mahu saya kena ucapkan tahniah lah kepada Dr Akmal kerana kejayaannya menarik anak-anak muda Nenggiri menyokong Kerajaan Perpaduan. Hanya dalam tempoh setahun undi BN meningkat 3384 undi, manakala Pas kehilangan hampir 700 undi. Maksudnya pengundi UMNO yang dulu mengundi Pas kerana termakan hasutan persepsi telah kembali ke pangkal jalan. Ada dua PDM, satu hanya seorang sahaja yang pilih ‘syurga’ dan satu lagi PDM hanya 5 org pilih ‘syurga’ yang lain semua ‘neraka’ jika mengikut tafsiran orang Pas. Saya bukan mahu mengambil kredit tetapi dalam hati kecil berkata formula yang pernah saya sebut (2023) mesyuarat media dan rakan-rakan parti saya sewaktu PRN dahulu… “Jangan fokus kepada ceramah-ceramah tetapi lebih kepada personal touch”. Tapi ada suara sumbang menafikan. Malas nak gaduh dalam mesyuarat. Siapa lah saya untuk parti mendengar pandangan saya. Tapi UMNO menggunakan formula ini, menurut pakar strategi parti itu 2 minggu sebelum pilihan raya ketika saya hadir mesyuarat di pejabat UMNO. Alasan saya ketika itu ialah siri ceramah-ceramah mega atau kelompok era sekarang ini 80% dihadiri oleh orang luar atau ahli parti dan bukan pengundi kawasan. Pengundi atau orang kampung dah tak minat datang ceramah. Jika ada 30 orang hadir ceramah kelompok hanya 6-7 orang pengundi kawasan yang lain semua orang luar yang turun berkempen dan jika 500 hanya 100 pengundi sahaja. Pas tertipu di Nenggiri Pas juga tertipu di Nenggiri kononnya yang hadir itu ramai tanda sokongan tetapi rupanya penyokong atau ahli mereka dari luar. Ia tidak berkesan dan ceramah kelompok era sekarang adalah lebih style group study macam di IPT. Dalam skala yang kecil 10 orang hadir, jauh lebih penting jika kesepuluh orang itu pengundi bukan pengampu politik. Ia lebih berkesan selain ziarah rumah ke rumah bercakap dari hati ke hati dengan pengundi. Yang lain banyak gunakan media sosial cuma cara kita sekarang ini salah. Saya tidak boleh memperincikan strategi di sini tetapi apa yang saya katakan pendekatan itu salah. Proposal mengenainya hampir 90% siap hanya tunggu masa pimpinan sudi mendengarnya. Personal touch rumah ke rumah, berborak di warung cara yang santai, ziarah orang-orang sakit dan hadir ke majlis kenduri dan sebagainya itu ramuan paling mujarab untuk kempen di luar bandar terutamanya. Bila pengundi dapat luahkan pemasalahan setempat, mereka akan rasa lebih dihargai.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/08/panas-walaun-tit-masuk-gua-musang-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Polis Buka Kertas Siasatan Kenyataan Sensitif Pemimpin Pas

Panas Polis Buka Kertas Siasatan Kenyataan Sensitif Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 95 hits
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan bersedia berdepan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Zawawi Othman di mahkamah bagi mempertahankan hak peneroka di Gua Musang termasuk di Nenggiri Takiyuddin sebelum ini mendakwa Kesedar tidak...
Rentasan 1629 Panas Istana Murka Pemimpin Pn Derhaka

Rentasan 1629 Panas Istana Murka Pemimpin Pn Derhaka

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 113 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1629 1 ISTANA MURKA PEMIMPIN PN DERHAKA 2 TAK JADI ISLAM SEBAB TAK IKUT DIA 3 DAP NAK TUKAR AGAMA RASMI MALAYSIA
Dun Nenggiri Yang Kalah Bersatu Yang Dapat Malu Pas

Dun Nenggiri Yang Kalah Bersatu Yang Dapat Malu Pas

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 108 hits
HarapandailyAHMAD MURSI nbsp PRK Nenggiri adalah PRK yang dirancang dari awal oleh Bersatu yang yakin boleh menang Strategi disusun dengan rapi untuk pastikan menang bergaya dan paling bermaruah Dengan bantuan Pas Nik Amar sebagai speaker D...
Gua Musang Memang Kubu Kuat Umno Tapi

Gua Musang Memang Kubu Kuat Umno Tapi

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 278 hits
malaysiakini comPRK NENGGIRI Bagi PN kawasan parlimen Gua Musang memang diakui menjadi kubu kuat BN sejak dulu lagi namun ia tidak bermakna parti itu akan berdepan laluan mudah untuk merampas kembali kerusi Nenggiri Pengarah Operasi PN untu...
Kes Bunuh Di Gua Musang Kelantan Awari Dijel 40 Tahun Bunuh Jururawat Depan Anak

Kes Bunuh Di Gua Musang Kelantan Awari Dijel 40 Tahun Bunuh Jururawat Depan Anak

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 116 hits
NORLIZAH ABASPUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengetepikan hukuman mati ke atas banduan akhir dan menggantikannya dengan penjara maksimum 40 tahun kerana membunuh jururawat sembilan tahun lalu Dalam kes menyayat hati itu Moha...
Tanah Pejabat Kesedar Gua Musang Milik Kerajaan Negeri

Tanah Pejabat Kesedar Gua Musang Milik Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 142 hits
Che IbrahimSetahu ambo tanah tersebut adalah tanah milik Kerajaan Persekutuan yang didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Kawasan seluas 200 ekar itu menempatkan berbagai jabatan agensi Persekutuan Kalau tanah milik Kerajaan Ne...
Pas Kalah Di Nenggiri Kerana Pengsekongkolan

Pas Kalah Di Nenggiri Kerana Pengsekongkolan

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 216 hits
ULASANTahniah atas kejayaan besar BN diNenggiri PIRAKE N43 Nenggiri telah pun selesai keputusan rasmi calon BN Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan majoriti besar sebanyak 3 352 undi mengalahkan calon Pas Rizwadi Ismail yang dipinjamkan k...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi