Panas Hati Hanya Allah Yang Tahu Doktor Tidak Beretika
Hari ni Saya Oncall. Masa buat round pagi tadi saya menjadi upset dan marah sangat. Biarlah saya cerita supaya jadi pengajaran kepada doktor2 yang follow Facebook saya ni. Nak jadi doktor memang boleh, habis medical school jadi la doktor. Tapi untuk jadi doktor yang beretika & professional itu belum tentu lagi.
Seorang pesakit saya pagi dimasukkan ke wad selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya semalam. Doktor MO kecemasan yang bertugas merasakan terdapat retak pada tulang tangan beliau.
Pesakit juga dirujuk kepada satu lagi Jabatan lain kerana satu lagi masalah beliau yang lain yang tidak berkaitan Ortopedik. Pesakit ini kemudiannya dimasukkan ke wad Ortopedik bagi rawatan lanjut.
Apa yang buat saya marah ialah pesakit telah di discharge tanpa dilihat terlebih dahulu oleh MO jabatan terbabit. Ini bukan pertama kali ia berlaku.
Pagi ini minta MO saya call balik MO jabatan berkenaan untuk periksa balik pesakit ini.
Sebaik beredar daripada pesakit itu saya panggil semua Houseman dan MO yang bersama saya. Ada dalam 6-7 orang Houseman. Saya bercakap penuh perasaan menahan marah. Suara pun bergetar.
“Dengar sini semua. Ini antara contoh MO yang tak bagus. Discharge patient tanpa periksa pesakit. Main pakai telefon sahaja. Nanti awak semua dah habis Houseman jangan jadi MO macam ni.
Semua pesakit yang dirujuk kepada kita, kita WAJIB tengok. Apatah lagi pesakit tu dalam wad. Memang tak ada alasan untuk tak tengok. Sesibuk macamana pun kita Oncall, kita WAJIB tengok. Jaga keberkatan rezeki kita. Kita dibayar untuk bekerja, untuk Oncall ni.”
Panasnya hati saya ni cuma Allah yang tahu.
Memang ada doktor yang macam ni sekarang. Etika sebagai doktor ke laut. Setiap pesakit yang dirujuk WAJIB diperiksa dan dilihat. Jika anda tak pasti, bincang dengan Pakar. Kalau perlu bawa Pakar untuk periksa pesakit tersebut. Pakar pun kena ambil tau kalau ada MO yang macam ni. Kena ambil tindakan. Kalau ada MO saya macam ni saya mohon bagitau saya segera.
Anda tiada alasan untuk tidak lihat pesakit apabila dirujuk. Anda discharge kerana tak mahu wad anda penuh ke?Nak wad kosong? Macamana anda boleh discharge pesakit tanpa dilihat? Kita bertugas mengikut ilmu dan kemahiran jabatan masing2. Sebab itu pesakit ini dirujuk kepada anda, your expertise. Nak discharge boleh, tengok & periksa la pesakit dulu!
Nyawa pesakit sentiasa perkara pertama yang harus diutamakan, bukannya tangan atau kaki pesakit. Life before limb. Selesai masalah yang membahayakan nyawa pesakit, hantarlah ke wad kami. Wad kami memang tak akan dan tak pernah kosong pun. Datanglah melawat.
Jika anda discharge pesakit tanpa diperiksa & pesakit sebenarnya ada masalah, apa akan jadi kepada pesakit? Sama juga kalau anda malas dan culas tengok kes di klinik, jika anda tidak panggil kes pembedahan kecemasan kat OT, jika anda buat pembedahan sambil lewa & tidak study kes sebelum pembedahan.
Macamana kalau doktor lain buat macam ni kepada isteri anda? Kepada mak anda? Kepada ahli keluarga anda?
Jaga keberkatan rezeki anda. Pastikan duit claim Oncall anda tu halal. Jadi darah daging anda, isteri & anak2 anda. Ini salah satu rahsia kejayaan diri & anak2 juga.
Ingat pesanan saya ni!
Dr Mahyuddin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://bankami.blogspot.com/2019/06/panas-hati-hanya-allah-yang-tahu-doktor.html