Panas Ahli Parlimen Pkr Kata Ada Kemungkinan Ph Bekerjasama Dengan Umno Seperti Di Perak


perakinsights.com
June 14, 2021 6:45 pm

Ahli Parlimen PKR Abdullah Sani Abdul Hamid melihat kemungkinan kerjasama antara PH dan Umno pada masa akan datang.

Abdullah berkata, kemungkinan itu sesuatu yang perlu diambil kira, jika Umno akhirnya keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

“Lepas Parlimen bersidang, langkah seterusnya ialah cari keabsahan,” katanya kepada Malaysiakini.

Oleh itu, ahli Parlimen Kapar itu berkata PH kemungkinan akan perlu berunding dengan Umno.

Katanya lagi, kedua-dua pihak boleh bersama-sama membentuk kerajaan atau seperti yang dicadangkan di Perak sebelum ini, iaitu rundingan perjanjian keyakinan dan pembekalan (confidence and suppy agreement, CSA).

“Apa yang berlaku di Perak – itulah yang dimaksudkan dengan jajaran baru.”

Abdullah berkata dia tidak kisah sama ada Umno menyokong kerajaan baru mahupun menjadi sebahagian daripadanya, dan berharap DAP juga tidak akan ada masalah dengannya.

“Kita mahu bangunkan negara. Saya hargai jika DAP dan Umno dapat bekerja bersama,” katanya lagi.

Kenyataan itu susulan DAP yang keberatan untuk bekerjasama dengan Umno, terutama dengan sejumlah pemimpin Umno yang sedang berdepan dakwaan rasuah.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dipetik Mingguan Malaysia sebagai berkata, pendekatan “khemah besar” adalah untuk menyatukan pembangkang, bukannya tentang kerjasama dengan Umno.

Katanya, soal kerjasama dengan Umno hanyalah pandangan PKR manakala bagi PH, ia untuk menyatukan semua parti pembangkang dan mana-mana ahli Parlimen kerajaan yang sedia melawan perdana menteri dan menamatkan darurat dengan segera.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution ketika membangkitkan soal “khemah besar” itu berkata, PH boleh bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk Umno, jika mereka menerima agenda reformasi.

Sekutu PKR dalam PH, iaitu DAP dan Amanah, turut menggesa konsep itu tetapi dengan pendekatan berbeza – bersama-sama dengan parti pembangkan lain seperti Warisan, Upko, Pejuang dan Muda.

Bagaimanapun, Abdullah menekankan dalam politik, tiada yang kekal sebagai kawan atau musuh.

Katanya, kerjasama dengan Umno boleh dibuat menerusi rundingan, selepas darurat tamat pada Ogos ini atau sebelum PRU akan datang.

Dia juga tidak menolak parti pembangkang lain untuk menjadi sebahagian daripada aturan itu.

Dia juga menegaskan itu hanyalah pandangan peribadinya tetapi menekankan yang ia selaras dengan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/578817

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/panas-ahli-parlimen-pkr-kata-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gagal Angkat Anwar Jadi Pm Pkr Mula Sangsi Kepada Ahli Parlimen Sendiri

Gagal Angkat Anwar Jadi Pm Pkr Mula Sangsi Kepada Ahli Parlimen Sendiri

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 201 hits
Pemimpin dalam PKR kini dilihat telah mula hilang kepercayaan dan berasa waswas terhadap Ahli Parlimen mereka sendiri susulan dakwaan kononnya wujud cubaan untuk mendapatkan jawatan dalam Kerajaan Pusat Ini susulan kenyataan Pengarah Komuni...
Harga Ujian Covid 19 Di Seluruh Negara Mesti Sama Kata Ahli Parlimen Dap

Harga Ujian Covid 19 Di Seluruh Negara Mesti Sama Kata Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 304 hits
Dr Kelvin Yii berkata mengapa mesti ada perbezaan harga antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak bila ia menjadi sesuatu yang sangat penting ketika pandemik PETALING JAYA Kerajaan mesti mencari jalan untuk menyamakan harga ujian Covid 19 ...
Tak Boleh Paksa Penjawat Awam Potong Elaun Kata Ahli Parlimen Kapar

Tak Boleh Paksa Penjawat Awam Potong Elaun Kata Ahli Parlimen Kapar

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 360 hits
June 1 2021 Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid berkata kerajaan tidak boleh membuat pemotongan elaun selama tiga bulan pada satu kadar kerana tanggungan bagi penjawat awam berbeza PETALING JAYA Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani A...
Ada Ahli Parlimen Pkr Mahu Lompat

Ada Ahli Parlimen Pkr Mahu Lompat

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 238 hits
Bekas penyokong Azmin nafi ditawarkan untuk tukar sokonganHariz MohdDakwaan ada gerakan pihak tertentu sedang cuba mendapatkan perakuan berkanun daripada ahli ahli parlimen untuk jawatan dalam kerajaan pusat dilihat sedikit sebanyak mengang...
Pkr Dakwa Ada Gerakan Kumpul Sd Ahli Parlimen Sedang Berjalan

Pkr Dakwa Ada Gerakan Kumpul Sd Ahli Parlimen Sedang Berjalan

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 208 hits
malaysiakini comDiterbitkan 10 Jun 2021 9 35 pmDikemaskini 10 36 pmPKR mendakwa ada gerakan pihak tertentu sedang cuba mendapatkan perakuan berkanun daripada ahli ahli parlimen untuk mendapat jawatan dalam kerajaan pusat Pengarah Komunikasi...
Pkr Berjaya Adakan Sidang Diatas Talian Bersama Beratus Ahli Takkan Lah Parlimen Tak Boleh

Pkr Berjaya Adakan Sidang Diatas Talian Bersama Beratus Ahli Takkan Lah Parlimen Tak Boleh

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 290 hits
NORA JAMILAHPerghhhh sedas orangtua ni kena oleh YB Fuziah Apec pun bersidang atas talian Negara negara maju seperti UK pun buka parlimen atas talian Malaysia saja yang tak boleh Sebabnya jelas supaya mereka bebas menjarah simpanan wang neg...
Mp Pkr Lihat Kemungkinan Kerjasama Ph Umno

Mp Pkr Lihat Kemungkinan Kerjasama Ph Umno

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 178 hits
Kow Gah ChieAhli Parlimen PKR Abdullah Sani Abdul Hamid melihat kemungkinan kerjasama antara PH dan Umno pada masa akan datang Abdullah berkata kemungkinan itu sesuatu yang perlu diambil kira jika Umno akhirnya keluar daripada Perikatan Nas...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9