Pan Tak Layan Isu Video Babitkan Menteri Kabinet Khalid Samad


“VIDEO-VIDEO ini kita tak nak layan. Kalau kita layan ia akan menghasilkan satu budaya mengeluarkan video banyak-banyak. Silap-silap semua Menteri keluar video.”
Demikian pendirian Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad berhubung video seks yang mengaitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki yang mengaku terbabit dalam video berkenaan.
Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, tiada perbincangan dibuat parti berkenaan kerana ia tidak relevan untuk dibincangkan.
“Kita (Parti Amanah Negara) tak bincang. Bagi kita tak relevan. Kalau kita layan ia akan menghasilkan satu budaya mengeluarkan video… banyak-banyak pula.
“Kita tak layan, kita tidak mahu menggalakkan politik seperti ini,” katanya dalam sidang media dalam Majlis Aidilfitri anjuran Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) di Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur, hari ini.
Menurutnya, pihak yang benar-benar serius membuktikan berlaku salah laku berkenaan sepatutnya menggunakan saluran yang lebih bertanggungjawab.
“Orang yang betul-betul serius kalau ada video itu dia tak sebar luas dia akan bawa pergi ke polis ke atau ke pihak yang bertanggungjawab.
“Awak sebar luas ni tidak menunjukkan benar-benar serius tetapi lebih pada nak jatuhkan air muka orang. Jika betul-betul ada (bukti) pergi kepada pihak berwajib. Tak perlu sebar,” katanya.
Ditanya adakah sokongan rakyat terhadap kerajaan akan terjejas, Khalid berkata, ia terpulang kepada kebijaksanaan rakyat untuk menilai.
“Terpulang… kena tanya rakyat. Tapi saya rasa kalau rakyat berfikir seperti mana yang saya sebut kalau betul-betul perkara ini serius, betul-betul bukan berniat jahat caranya bukan dibuat seperti ini.
“Dia ambil video dan pergi kepada polis atau jabatan agama, buat laporan. Itu saja. Tak perlu sebar.
“Ini semua memang ada niat jahat. Jadi kita seru rakyat jangan layan benda ni,” katanya.
Sebelum ini, negara digemparkan dengan penyebaran video lucah yang didakwa mirip Mohamed Azmin bersama seorang lelaki di sebuah bilik.
Seorang lelaki dikenali sebagai Haziq menjadi tumpuan selepas mendakwa dirinya adalah individu dalam klip video yang dikaitkan dengan menteri berkenaan.
Bagaimanapun, Mohamed Azmin menafikan pembabitannya dalam video itu dan menganggapnya sebagai tuduhan jahat serta kejam.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mesyuarat Biro Politik memaklumkan kedudukan Mohamed Azmin sebagai Timbalan Presiden parti itu kekal dan menyerahkan siasatan kepada polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga merasakan perkara itu tidak benar dan dilakukan individu yang mempunyai agenda politik.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/pan-tak-layan-isu-video-babitkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Demokrat Pan Gabung Koalisi Tkn Sebut Belum Bahas Soal Jatah Menteri

Isu Demokrat Pan Gabung Koalisi Tkn Sebut Belum Bahas Soal Jatah Menteri

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 525 hits
Kami sampai sekarang enggak pernah bicara mengenai portofolio kementerian Benar suwer deh ucap Arsul
Ahli Parlimen Dilarang Timbulkan Isu Video Mirip Menteri Dalam Parlimen

Ahli Parlimen Dilarang Timbulkan Isu Video Mirip Menteri Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 505 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen tidak dibenarkan mengemukakan atau menimbulkan isu berkenaan klip video intim mirip seorang menteri kanan pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula 1 Julai ini Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yus...
Haziq Sudah Serah Surat Tunjuk Sebab Isu Dikaitkan Dengan Klip Video Intim

Haziq Sudah Serah Surat Tunjuk Sebab Isu Dikaitkan Dengan Klip Video Intim

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 481 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Amk Nafi Menyokong Penuh Azmin Dalam Isu Video Haziq

Amk Nafi Menyokong Penuh Azmin Dalam Isu Video Haziq

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 592 hits
Isu video AMK nafi kenyataan Naib Ketuanya AMK Malaysia dukung penuh keputusan Biro Politik berhubung penularan video seks Merujuk kepada satu laporan Utusan Malaysia yang memetik kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia saudara...
Mengingati Semula Isu Klip Video Lingam

Mengingati Semula Isu Klip Video Lingam

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 756 hits
LAPORAN KHAS Pada 1995 DAP kalah di parlimen Bukit Bintang buat kali pertama sejak kerusi itu dipertandingkan pada 1986 Namun kekalahan DAP bukan melalui peti undi Sebaliknya parti itu kalah melalui pengisytiharan oleh seorang hakim yang se...
Isu Ekstradisi Zakir Naik Dibincang Dalam Kabinet

Isu Ekstradisi Zakir Naik Dibincang Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 450 hits
TELUK INTAN Kerajaan akan mengadakan perbincangan secara terperinci di dalam Kabinet berhubung proses menghantar pulang pendakwah terkenal Dr Zakir Naik sekiranya menerima permohonan secara rasmi daripada kerajaan India Timbalan Menteri di ...
Ini Respon Kj Berikutan Tersebarnya Video Hubungan Intim Libatkan Menteri

Ini Respon Kj Berikutan Tersebarnya Video Hubungan Intim Libatkan Menteri

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 491 hits
Kecoh kecoh dan kecoh Lagi kita disebarkan lagi dengan satu video lucah melibatkan seorang menteri Malaysia di dalam sebuah bilik hotel Berikutan itu Khairy Jamaluddin dalam satu postingnya turut meluahkan rasa kecewa terhadap tahap politik...
Sekat Portal Sebar Video Mirip Menteri

Sekat Portal Sebar Video Mirip Menteri

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 526 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyekat akses kemasukan ke sebuah portal yang memuat naik video lucah mirip seorang menteri kanan semalam Sehingga semalam portal tersebut didapati memuat naik video berkenaan namun hari ini portal ter...
Pelantikan Latheefa Kejutan Untuk Pastikan Menteri Kabinet Tidak Terlalu Selesa Dr M

Pelantikan Latheefa Kejutan Untuk Pastikan Menteri Kabinet Tidak Terlalu Selesa Dr M

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 891 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa pelantikan peguam dan bekas ahli PKR Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM itu mempunyai unsur kejutan Kadang kadang perkara seperti itu terjadi Sebagai contoh apabila ...
As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Quick Diet Dinner Recipes Veg

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim

Buat Duit Online Tanpa Kerja Lebih Masa Solusi Income Automatik Untuk Orang Sibuk

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Pak Su Ammara

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Lelaki Palestin Cedera Dilanggar Ketika Solat Tentera Simpanan Israel Disiasat

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway