Pan Gon Hantar Surat Undur Diri


 
Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon masih mempunyai baki kontrak sehingga Januari 2025. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon dan barisan kejurulatihannya dikhabarkan kecewa dengan situasi melanda skuad kebangsaan sehingga bersedia sekiranya terpaksa meninggalkan pasukan negara.Perkara itu didedahkan sumber terdekat dengan pengurusan pasukan kebangsaan, berkata Pan Gon dan barisan kejurulatihannya telah menghantar surat kepada FAM baru-baru ini, menyatakan kesanggupan “berpisah” dengan pasukan negara seandainya khidmat mereka tidak diperlukan lagi.
Sumber berkata, pengendali berusia 54 tahun itu dan barisan kejurulatihannya juga hanya meminta bayaran gaji selama tiga bulan sebagai pampasan jika ‘berpisah’ dalam masa terdekat.
Pengendali dari Korea Selatan itu mempunyai baki kontrak bersama Harimau Malaya sehingga Januari 2025.
“Saya diberitahu barisan kejurulatihan Harimau Malaya termasuk Pan Gon sudah menghantar surat itu dan bersedia jika khidmat mereka tidak diperlukan lagi dan hanya minta dibayar tiga bulan gaji jika ia berlaku dalam masa terdekat,” kata sumber kepada Bernama.
Sumber tidak menolak kemungkinan tindakan Pan Gon bersama barisan kejurulatihannya itu disebabkan rasa kecewa dan ketidakpuasan hati atas beberapa perkara yang berlaku dalam skuad kebangsaan sebelum ini.
Baru-baru ini Malaysia mengalami dua kekalahan berturut-turut 0-2 kepada Oman pada saingan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 sekali gus mengalami prestasi tidak menentu sejak saingan Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lalu.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman ketika dihubungi Bernama menafikan “dakwaan” itu.
“Pan Gon masih ada kontrak dan beliau profesional, pasukan masih ada baki dua perlawanan (Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027) pada Jun dan peluang belum tertutup,” katanya.
Bersama Malaysia, Pan Gon menikmati rekod yang memberangsangkan apabila berjaya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun, muncul naib juara Piala Raja Thailand 2022 dan naib juara Pestabola Merdeka 2023.
Selain itu, sentuhannya menyaksikan kedudukan Malaysia dalam ranking dunia meningkat dengan mendadak daripada posisi ke-154 kepada kedudukan terbaik di tempat ke-130.
Pan Gon membawa empat pembantunya iaitu jurulatih penjaga gol, jurulatih kecergasan dan juruanalisis ketika dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya pada Januari 2022 selain dibantu penolong ketua jurulatih tempatan, E Elavarasan.
Sebelum ini, beliau menggalas tugas sebagai pengarah pasukan kebangsaan Persatuan Bolasepak Korea dan pernah membimbing Hong Kong. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/03/pan-gon-hantar-surat-undur-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sukar Untuk Dia Ke Piala Asia B23 Kim Pan Gon

Sukar Untuk Dia Ke Piala Asia B23 Kim Pan Gon

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 272 hits
Foto FAMKUALA LUMPUR Tonggak pertahanan muda negara Azam Azmi Murad bakaI terIepas PiaIa Asia bawah 23 tahun di Qatar buIan depan Ia seIepas pemain berusia 23 tahun itu mengaIami kecederaan ketika beraksi bersama skuad senior Harimau MaIaya...
Hamidin Menafikan Pan Gon Berhenti Daripada Pasukan Harimau Malaya

Hamidin Menafikan Pan Gon Berhenti Daripada Pasukan Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 186 hits
Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan tidak menerima sebarang surat daripada jurulatih utama Harimau Malaya Kim Pan Gon yang dikhabarkan akan meninggalkan pasukan tersebut Menurut Hamidin desas desus itu adalah c...
Pan Gon Dan Pasukan Jurulatih Bersedia Untuk Berpisah Dengan Harimau Malaya

Pan Gon Dan Pasukan Jurulatih Bersedia Untuk Berpisah Dengan Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR Jurulatih utama Harimau Malaya Kim Pan Gon bersama pasukannya dikatakan kecewa dengan keadaan pasukan kebangsaan dan bersedia jika perlu untuk berhenti bertugas Sumber berhampiran pengurusan pasukan kebangsaan berkata Pan Gon d...
Lirik Lagu Undur Diri Wawa Shazwa

Lirik Lagu Undur Diri Wawa Shazwa

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 303 hits
Lirik Sayang Engkau Tancapkan LukaSehingga Buatku MeranaMenangis Semalam Penuh Sambil MengingatmuApakah Sudah Habis CintakuSakit Hati ini ku tahanKu menanggung beban sendirianEngkau yang aku banggakanKini telah hilangPudar dari semua ingata...
Kim Pan Gon Sedia Tinggalkan Harimau Malaya

Kim Pan Gon Sedia Tinggalkan Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 336 hits
Foto Sinar HarianKUALA LUMPUR SeIepas tumbang dua kaIi berturut turut menentang Oman yang menyaksikan MaIaysia terjerumus ke tangga ketiga KumpuIan D kem skuad Harimau MaIaya bakaI menerima satu Iagi tamparan yang mampu menggegarkan kem sku...
Magis Pan Gon Terus Ditagih

Magis Pan Gon Terus Ditagih

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 149 hits
Ketibaan Kim Pan Gon bersama empat pembantu untuk memulakan tugas ketua jurulatih Harimau Malaya dengan kontrak dua tahun pada pertengahan Februari 2022 kebetulan cuma seminggu selepas Aliou Cisse mengemudi Senegal menjuarai Piala Negara Af...
Dari Sekolah Cita Cita Nak Kahwin Dua Mengaku Diri Pencinta Wanita Video Lama Interview Datuk Red Tular

Dari Sekolah Cita Cita Nak Kahwin Dua Mengaku Diri Pencinta Wanita Video Lama Interview Datuk Red Tular

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 231 hits
Baru baru ini video lama yang memaparkan temubual Datuk Red bersama pihak media cerita tentang cita citanya sewaktu zaman sekolah kembali tular di platform media sosial Cita cita nak kahwin dua Dalam sesi temubual tersebut Datuk Red memberi...
93 455 Mohon Pengenalan Diri Melalui Mekar

93 455 Mohon Pengenalan Diri Melalui Mekar

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 243 hits
KOTA BHARU Jabatan Pendaftaran Negara menerima sebanyak 93 455 permohonan mendapatkan dokumen pengenalan diri melalui program Menyemai Kasih Rakyat di seluruh negara sejak tahun 2020 sehingga 15 Mac lalu Ketua Pengarahnya Badrul Hisham Alia...
Drama Pabila Dia Tersenyum

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Gambar Mahal Ds Bersalaman Yiddin Min Keluarga Pak Lah Tersentuh Kemu

Dua Lelaki Masing Masing Didenda Rm100 000 Ceroboh Tanah Pahang

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Surat Al Qasas Ayat 77 Arti Tafsir Dan Kandungan

Tak Rugi Invest Ini Sebab Kenapa Mak Ayah Kena Ambil Gambar Bayi

Isteri Di Rumah Kena Cantik Cantik Salima Habibi Pikat Suami Dengan Solekan Minyak Wangi

Kad Kredit Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya

Upgrade Diri Senyap Senyap Hasilnya Baru Tunjuk

Trump Sedang Memasak Dua Gajah Beseteru Rumput Hancur Terinjak