Pal3stin Pemuda Ph Serah Memorandum Ke Kedutaan 4merika Syarikat


 
May 22, 2021 Pemuda Pakatan Harapan (PH) menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi mendesak agar republik itu memastikan gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipatuhi.
Daripada rancangan awal untuk mengadakan himpunan bantahan, ia semalam bertukar kepada protes yang sepatutnya hanya dihadiri 10 orang wakil untuk menyerahkan memorandum bantahan – yang turut disiarkan secara langsung di saluran maya.
Namun ketika berkumpul di Jalan Tun Razak hari ini, kira-kira jam 3 petang, polis membenarkan hanya dua wakil sahaja menyerahkan memorandum di depan pintu masuk kedutaan AS.
Kedua-dua wakil itu merupakan Ketua Pemudah PH merangkap Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin, dan Naib Ketua Pemuda PKR Syed Badli Shah Syed Osman.
Dalam memorandum bantahan itu, Pemuda PH menghargai usaha Presiden AS Joe Biden serta kerajaan Mesir dalam mencapai gencatan senjata itu, meskipun berpandangan ia sepatutnya berlaku lebih awal sebelum 200 rakyat Palestin terkorban, selain ribuan yang cedera.
Selain menyeru AS untuk memastikan Israel mematuhi gencatan senjata yang dicapai, Pemuda PH turut menggesa AS menyemak semula hubungan diplomatiknya dengan Israel dan menghentikan penjualan senjata api dan dana ketenteraan kepada Israel.
“Rekod menunjukkan, kerajaan AS memberi dana sebanyak AS$3.8 bilion setiap tahun kepada negara penjenayah Israel,” kata Shazni ketika membacakan memorandum itu kepada pemberita yang hadir, selepas penyerahan memorandum.
“Malah kami berdiri teguh bersama Resolusi yang dicadangkan di dalam Dewan Senat Amerika Syarikat oleh Senator Bernie Sanders bahawa Kerajaan Amerika Syarikat perlu menghentikan rancangan menjual senjata sebanyak AS$735 Juta kepada Israel.
“[…] Kami mendesak agar kerajaan AS terutamanya Presiden Joe Biden membuktikan kepada rakyat Amerika dan juga kepada dunia ini, bahawa kepimpinannya sememangnya percaya dan mempertahankan hak asasi manusia dan bahawa semua nyawa itu penting tidak kira #BlackLivesMatter atau #PalestineLivesMatter,” tambahnya.
Menurut Shazni, gencatan senjata yang dicapai kali ini tidak harus dilihat sebagai penamat, sebaliknya hanya satu fasa dalam usaha panjang untuk membebaskan Palestin daripada penjajahan Israel.
Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipersetujui pada 2 pagi Jumaat (2300GMT Khamis) dengan Mesir bertindak sebagai perantara.
Kabinet Keselamatan Israel dilaporkan meluluskan syor untuk menamatkan serangan di Semenanjung Gaza yang dikepung sejak 10 Mei dan bersetuju dengan gencatan senjata terhadap serangan yang mengorbankan 232 penduduk Palestin, termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita itu.
Disoal pemberita mengapa Pemuda PH mengadakan protes di hadapan di hadapan kedutaan AS meskipun Biden memandang positif gencatan senjata itu, kata Shazni, ia ekoran dasar AS terhadap Israel termasuk dana yang disalurkan republik itu kepada Israel.
“Kalau AS mahu mententeramkan Asia Barat (dengan) sejujurnya, kita mahu AS3.8 bilion dana yang disalurkan kini (ke Israel) dihentikan sebagaimana yang didesak juga oleh kebanyakan warga AS sendiri,” katanya.
Sekitar waktu sama dengan penghantaran memorandum itu, satu kumpulan konvoi berkenderaan dilihat melalui sepanjang Jalan Tun Razak sambil membawa bendera Palestin.
Kira-kira 15 kenderaan motokar dan beberapa motosikal dilihat mengibarkan bendera Palestin dan Malaysia, dan membunyikan hon, terutamanya apabila melalui kawasan berhampiran kedutaan AS.
Difahamkan, ia dianjurkan bukan oleh mana-mana NGO atau parti politik, tetapi inisiatif masyarakat yang menamakan diri mereka sebagai Pemuda Malaysia.  








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/pal3stin-pemuda-ph-serah-memorandum-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Ph Mahu Adakan Himpunan Kekejaman Israel Di Hadapan Kedutaan As

Pemuda Ph Mahu Adakan Himpunan Kekejaman Israel Di Hadapan Kedutaan As

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 333 hits
Menara Kuala Lumpur disinari dengan lampu berwarna bendera negara Palestin sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin berikutan ketegangan di antara Palestin dan Israel ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette Kuala Lumpur Foto HAFIZ SOH...
Pemuda Amanah Gesa Sidang Parlimen Khas Bincang Isu Pal3stin

Pemuda Amanah Gesa Sidang Parlimen Khas Bincang Isu Pal3stin

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 242 hits
May 16 2021 PEMUDA Amanah Negeri Perak menggesa satu Sidang Parlimen Khas diadakan berhubung isu keganasan Rejim Zionis ke atas bumi Gaza Pengarah Komunikasinya Mohd Ikhmal Mohd Iskandar berkata pendirian Malaysia tidak cukup hanya dengan P...
4 Strategi Perniagaan Yang Anda Perlu Tahu Jika Nak Rangka Crm Untuk Syarikat Anda

4 Strategi Perniagaan Yang Anda Perlu Tahu Jika Nak Rangka Crm Untuk Syarikat Anda

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 345 hits
Saya sedang sediakan slide untuk satu webinar tentang CRM yang perlu saya berikan dalam masa terdekat ini Aktiviti ceramah secara bersemuka dalam kelas hampir terhapus sama sekali sejak tahun lepas The post appeared first on
Scam Vaksin Wakil Syarikat Disyaki Cuba Tipu Kerajaan Pulau Pinang

Scam Vaksin Wakil Syarikat Disyaki Cuba Tipu Kerajaan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 332 hits
May 23 2021 10 38 AMKetua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menunjukkan surat tawaran dua juta dos vaksin Covid 19 daripada sebuah syarikat baru baru ini PETALING JAYA Wakil syarikat Xintai Development Enterprise Ltd yang dipercayai cuba m...
Kes Zahid Uksb Beri Suapan Lebih Daripada Keuntungan Syarikat

Kes Zahid Uksb Beri Suapan Lebih Daripada Keuntungan Syarikat

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 293 hits
suaramerdeka comSaksi pertama perbicaraan pertuduhan rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengemukakan dokumen berkaitan sebuah syarikat yang dilantik sebagai kontraktor melaksanakan kerja kerja pembekalan dan perkhidmatan untuk Ke...
Cepatkan Vaksinasi Benarkanlah Syarikat Swasta Bawa Masuk Vaksin Doktor Pakar

Cepatkan Vaksinasi Benarkanlah Syarikat Swasta Bawa Masuk Vaksin Doktor Pakar

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 232 hits
Mungkin strategi pemberian vaksin perlu ditukar Kita sudah TIDAK ADA masa Cukup lah mesyuarat mesyuarat tiada berkeputusan Cadangan saya 1 Beri pada yang hendak buat masa ini Ramai dah orang daftar Mereka masih tertunggu tunggu Opt in dafta...
Foxconn Dalam Perbincangan Beli Pegangan Syarikat Pembuat Cip Di Malaysia

Foxconn Dalam Perbincangan Beli Pegangan Syarikat Pembuat Cip Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 302 hits
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini VOCKET Nama Foxconn cukup terkenal dalam pembuatan iPhone yang menjadi pilihan ramai di seluruh dunia Setakat hari ini syarikat dari Taiwan itu mempunyai sekurang k...
Exco Terengganu Serah Diri Kepada Polis Terima Surat Tawaran Kompaun

Exco Terengganu Serah Diri Kepada Polis Terima Surat Tawaran Kompaun

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 401 hits
MALAYSIA DATELINESelepas dua kali kantoi melanggar SOP akhirnya Exco kerajaan negeri Terengganu Dr Azman Ibrahim menyerah diri kepada polis dan meminta dikompaunkan Beliau sendiri telah menghubungi Ketua Polis Daerah Setiu pagi ini selepas ...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu