Pakej Urut Bersalin Berpantang Seri Wangi
Seri Wangi sudah lama buat perkhidmatan urut bersalin tapi belum lagi hebahkan dalam blog seri wangi ni, sekarang sri wangi rasa perlu tulis dalam blog ni sebab sekarang susah nak cari tukang urut. Seri wangi buat pakej urut bersalin untuk ibu-ibu yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan yang dekat dengan kawasan Seri Wangi tinggal di Sungai Buloh. Seri Wangi akan pergi ke rumah pelanggan jadi usah risau kalau pelanggan tidak dapat ambil seri wangi di tempat tinggal seri wangi jika jauh. Call saja nanti boleh bincangkan pertemuan dan cara seri wangi ke rumah pelanggan. Seri wangi juga pergi di kawasan Pucong, Shah Alam dan Klang, itu boleh dirundingkan. Pakej urutan selama 3 hari kalau nak lebih pun boleh. Pakej termasuk urutan badan, bertungku dan berbengkung dan mandi babya. Talipon Seri Wangi untuk tempahan dan juga jika ada masalah semasa mengandung dan berpantang. Seri Wangi juga ada ambil pakej untuk penjagaan ibu dalam pantang, ini perlu dirundingkan dulu. Tel: 016-3747052.
URUTAN BADAN
Urutan seluruh badan untuk buang angin, pulihkan kembali tenaga, sakit-sakit badan selepas melahirkan, betulkan urat saraf yang kembang dan urutan kepala dan tapak kaki dan sengkak peranakan.
BERTUNGKU
Setelah berurut seluruh badan, Seri Wangi akan bakar tungku untuk tungku di perut dan badan. Bertungku di perut untuk pulihkan tempat peranakan kita agar cepat kecut dan darah kotor cepat keluar. Bertungku seelok-eloknya dibuat hari-hari hingga habis pantang agar perut cepat kempis dan ramping kembali.
BERBENGKUNG
Setelah selesai bertungku barulah Seri Wangi pakaikan bengkung tetapi sebelum berbengkung kenalah sapu dulu dulu kapur sireh+limau nipis/tapel/krim halia di perut agar perut cepat kempis dan peranakan cepat kecut, kalau rajin berbengkung dari pagi hingga ke malam selama berpantang, pasti perut akan cepat kempis dan pinggang kembali.
Pilis dan Param
Setelah semuanya selesai barulah pakai pilis di dahi untuk hindarkan pening kepala atau gelap mata. Sapukan seluruh badan dengan param agar badan tidak masuk angin. Ibu-ibu digalakkan memakai baju lengan panjang dan stokin dalam masa berpantang agar tidak masuk angin.
BERTANGAS
Bertangas ni untuk membersih alat virgina kita agar bersih dan tidak berbau ketika dalam pantang dan memulihkan luka jahitan.
Gambar Hiasan - Bertangas
Makanan yang perlu dielakkan dan yang boleh dimakan
Set Jamu Bersalin
Di sini Seri Wangi syorkan set-set bersalin yang biasa pelanggan beli, semua terbaik dan kita kenalah rajin makan jamu untuk pulihkan badan dan jangan malas amalkan jamu tersebut sepanjang dalam berpantang. Kalau malas nanti badan kita cepat terkena sakit sendi dan peranakan kita akan mengalami masalah seperti peranakan cepat turun, perut buncit dan ikutlah cara orang kampung berpantang.
Set Bersalin Anugerah
Set Jamu Mak DaraSet Jamu Salidah
Set Jamu Sendayu Tinggi
Set Jamu AMWAY
Set Jamu NR
PRODUK UNTUK LUARAN
SWISDERM adalah produk terbaik yang pernah Seri Wangi guna terutamanya untuk menyembuhkan luka-luka, parut, terkena air panas, minyak panas, bekas bisul jika disapu dengan cream swisderm ni ianya akan cepat kering dan menghilangkan bekas parut bisul dan juga scratchmark di perut mungkin akan berkurangan sekiranya bekas tersebut banyak dan tebal mungkin memakan masa untuk hilang atapun berkurangan. Jika ada kemushkilan bolehlah berhubung dengan Seri Wangi.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan pakej bersalin
https://www.facebook.com/PakejSelepasBersalinAfterbirth/
Tel: 016-3747052
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2014/04/pakej-urut-bersalin-seri-wangi.html