Pakej Rangsangan Ekonomi Bagus Tetapi Pertimbang Pakej Seterusnya Dan Segerakan Agihan Bpn




PAKEJ Rangsangan Ekonomi (PRE), #PrihatinRakyat rata-rata mendapat sambutan positif. Kritikan akan sentiasa wujud, dan adakalanya ia kritikan berbaur politik yang tak relevan pada waktu ini. Saya telah mengulas sewaktu FB Live semalam dan banyak pihak lain juga telah menolak cubaan mempolitikkan situasi seperti dakwaan palsu bahawa PRE perlu kelulusan Parlimen dan sebagainya.
Hakikatnya, PRE ini adalah intervensi kerajaan yang paling besar pernah dibuat. Ini memberi gambaran bahawa kerajaan sedar dan maklum tentang apa yang sedang berlaku di peringkat bawahan. Membawa semangat tiada siapa yang akan tecicir, PRE ini dilihat amat menyeluruh dan menyentuh pelbagai segmen masyarakat.
Meskipun begitu, tidak salah rasanya untuk kita mencadangkan beberapa perkara untuk mengukuhkan lagi PRE, termasuk dari segi pelaksanaannya. Dua perkara utama bagi saya:
1) Inisiatif penting pastinya adalah pemindahan wang tunai terus kepada rakyat. Di sini, pengumuman bahawa Bantuan Prihatin Nasional akan diagihkan pada lewat April sedikit membimbangkan. Jika kekhuatiran Kerajaan adalah hendak mengambil masa mendapatkan data M40 yang kali pertama mendapat bantuan sebegini, maka agihkanlah secepat mungkin kepada golongan B40 yang paling terkesan. Saya risau banyak individu yang hilang mata pencarian sepanjang tempoh PKP tidak mampu tunggu sehingga hujung April sebelum mendapat “relief” dari Kerajaan.
2) Pemberian subsidi gaji RM600 adalah suatu langkah tepat. Cuma, timbul kekhuatiran ia terlalu kecil dan majikan masih perlu menanggung jumlah yang besar sekiranya hendak mengekalkan pekerja sedangkan perniagaan yang langsung tidak mampu menjana pendapatan dalam tempoh sukar ini.
Ini bermakna, kerajaan perlu mempertimbang untuk menilai semula jumlah RM600 sekiranya benar mahu memastikan pekerja sedia ada tidak kehilangan pekerjaan dan pendapatan dalam tempoh masa panjang.
Saya yakin semua ini boleh dipertimbangkan memandangkan kedudukan fiskal negara masih terpelihara buat masa sekarang – apatah lagi gambaran bahawa PRE yang telah diumumkan banyak menggunakan pembiayaan dividen GLC dan bukan terbitan hutang baru Kerajaan. Bermakna jika perlu, Kerajaan masih mampu berbelanja. Saya ulangi, defisit bukan keutamaan sekarang. Kalau perlu terbit special sukuk atau bon, tak perlu teragak-agak. Dari suatu sudut, adakalanya Kerajaan bukan hanya wajar fikir kos berbelanja, tetapi juga kos jika tidak belanja.
Barangkali Kerajaan bijaksana mahu “simpan peluru” untuk suatu lagi pakej lebih bersasar setelah penilaian penuh kesan COVID-19 dibuat kelak. Sebab kita tak tahu berapa lama dan berapa dalam kesan ekonomi dunia akibat krisis ini. Saya yakin PM dan Kabinet ada kebijaksanaan untuk mengurus situasi sebaik mungkin.
Apa sekalipun, strategi untuk mengatasi permasalahan ini haruslah jelas dan dapat memberi ketenangan kepada semua pihak. Saya berharap Kerajaan terus prihatin dan cakna bukan hanya kepada suara rakyat tetapi kepada situasi ekonomi – supaya tidak teragak-agak jika perlu tindakan susulan.
Buat masa sekarang, yang paling penting dalam tempoh mencabar ini adalah pertama, membantu wira barisan hadapan kita, dan kedua, pelaksanaan PRE ini. Sama-sama kita doakan pemimpin-pemimpin kita diberi kekuatan untuk melaksanakan yang terbaik untuk negara.
SHAHRIL HAMDAN
Ketua Penerangan UMNO Malaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/30/pakej-rangsangan-ekonomi-bagus-tetapi-pertimbang-pakej-seterusnya-dan-segerakan-agihan-bpn/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pakej-rangsangan-ekonomi-bag

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Segerakan Pakej Rangsangan Ekonomi Umum Bantuan Sebaik Dipastikan Dan Diluluskan Najib

Segerakan Pakej Rangsangan Ekonomi Umum Bantuan Sebaik Dipastikan Dan Diluluskan Najib

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 304 hits
Datuk Seri Najib Razak memahami ramai yang akan dukacita dan bertambah risau apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan dua minggu lagi ke 14 April Dalam satu hantaran di Facebook Najib menyeru rakyat mempercayai bahawa kr...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan One Off Pemandu E Hailing

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan One Off Pemandu E Hailing

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 323 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan One Off Pemandu E Hailing PM Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bantuan khas secara one off kepada pemandu e hailing yang terjejas teruk akibat penularan wabak Covid 19 Lebih Info akan
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Elaun Khas Anggota Keselamatan

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Elaun Khas Anggota Keselamatan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 309 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Elaun Khas Anggota Keselamatan PM Muhyiddin Yassin turut mengumumkan elaun khas kepada anggota keselamatan melalui Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat petang tadi Lebih Info akan kongsikan maklumat
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 361 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam PM Muhyiddin Yassin turut mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam melalui Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat petang tadi
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Sumbangan Untuk Pesara Kerajaan

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Sumbangan Untuk Pesara Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 710 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Sumbangan Untuk Pesara Kerajaan PM Muhyiddin Yassin turut mengumumkan Sumbangan Untuk Pesara Kerajaan dalam pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat petang tadi Lebih Info akan kongsikan
Pakej Rangsangan Ekonomi Bantuan Untuk Pelajar Ipt

Pakej Rangsangan Ekonomi Bantuan Untuk Pelajar Ipt

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 418 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Bantuan Untuk IPT PM Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa inisiatif dalam Pakej Rangsangan menghadapi Covid 19 sebentar tadi Lebih Info akan kongsikan maklumat berkenaan Pakej Rangsangan
Pakej Rangsangan Ekonomi Bantuan Untuk M40

Pakej Rangsangan Ekonomi Bantuan Untuk M40

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 286 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Bantuan Untuk M40 Kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif dalam Pakej Rangsangan menghadapi Covid 19 sebentar tadi M40 juga turut tidak terkecuali dalam menerima bantuan Lebih
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah Rm250 Bilion

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah Rm250 Bilion

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 408 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah RM250 Bilion yang baharu sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah RM250 Bilion Pakej ini melibatkan semua ...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Untung Mak Cik Kiah

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Untung Mak Cik Kiah

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 471 hits
Salam to all readers Sekali lagi Perdana Menteri kita Tan Sri Muhiyyidin Yassin melakukan siaran langsung petang semalam Kali ini berkenaan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat gara gara covic 19 ramai orang dapat impak Jadi bagi mengur...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada