Pakej Fpp Layanan First Class Bersalin Pada Harga Murah Setanding Hospital Swasta


Pasti ada ibu yang sedang menunggu masa untuk bersalin teringin untuk melahirkan anak dalam keadaan selesa. Yelah dalam tempoh ini, ibaratnya ibu sedang bertarung nyawa. Cuma untuk bersalin di hospital swasta kosnya agak tinggi. Bergantung juga kepada kes ibu itu sama ada melahirkan secara normal atau pembedahan.
Bagi anda yang belum tahu lagi kewujudan Pakej Full Paying Patient (FPP) di hospital kerajaan, ia adalah perkhidmatan yang setaraf seperti di hospital swasta ketika anda ingin melalui proses bersalin ini.
Bagaimanapun, bagi ibu yang berminat dengan pakej ini, anda perlu membuat pemeriksaan di hospital yang anda pilih untuk pastikan ada rekod awal. Selepas itu, boleh pilih doktor pakar untuk menyambut bayi anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej ini, pengalaman Puan Azwa Ahmad yang bersalin menggunakan pakej ini dikongsikan dengan cukup lengkap.
REVIEW PAKEJ FPP 
Alhamdulillah, telah selamat bersalin baby ke-3. Ada sedikit kelapangan untuk saya share dengan rakan-rakan semua tentang pakej bersalin Full Paying Patient (FPP) yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Bacalah dengan lapang dada kerana niat saya hanya untuk berkongsi memandangkan ramai di kalangan rakan2 saya tidak tahu tentang kewujudan pakej ini. Dan rasanya posting kali ini agak panjang kerana saya akan ceritakan dengan detail sebagai rujukan untuk ibu2 yang bakal bersalin nanti.
Bilik yang menjadi tempat menginap selama 4 hari 3 malam Ok, ceritanya begini. Dua anak sebelum ini saya bersalin di hospital swasta memandangkan pihak syarikat saya bekerja dulu menanggung sebahagian kos hospital. Jadi kali ini bilamana saya sudah tidak bekerja dan semuanya sendiri, maka saya mula survey kos bersalin di hospital swasta dan harga boleh cecah antra 5k-7k walaupun bersalin normal.
Jadi saya decide untuk bersalin di hospital kerajaan dengan pakej FPP. Kenapa saya pilih FPP? Di bawah adalah jawapannya.
1. Doktor pakar boleh pilih
Ini yang menjadi keutamaan saya dan suami apabila kami decide untuk pilih pakej FPP. Saya lebih selesa untuk bersalin dengan doctor wanita. Betul, jika direzekikan dapat doctor wanita, tak ambil pakej pun boleh. Tapi ini adalah sebahagian drpd ikhtiar kami untuk bersalin dgn doctor wanita dan beliau adalah pakar. Jika bersalin bukan FPP, doctor yang sambut adalah doctor biasa dan bukan pakar. Jadi nilai yang kita bayar adalah nilai kepakaran yang beliau miliki. Alhamdulillah Putrajaya mempunyai doctor pakar wanita. Jadi sepanjang check up dan bersalin, saya di bawah pemantauan Dr Hamidah ( tak semua hospital yang ada FPP ada doctor pakar wanita ya)
2. Suami boleh teman
Ini juga yang menjadi impian setiap wanita yang bersalin. Suami boleh teman sepanjang di wad dan LR. Memandangkan saya bersalin secara induce, ( 2 malam bermalam sebelum bersalin) jadi suami sentiasa menemani saya. Untuk pakej FPP, bilik yang disediakan adalah single dan double. Alhamdulillah direzekikan bilik single, ianya sgt memberi privacy sepanjang berada di ward.
ARTIKEL MENARIK [Bersalin Ni Ada Fasa-Fasa Sakit Yang Suami Tak Tahu, Fasa 4 Tu Ibarat Hidup & Mati]
3. Kemudahan yang selesa
Untuk pakej FPP, semua pesakit ditempatkan di ward 5A. Keadaan ward ini amat tenang, tidak ramai pesakit dan suasananya berlainan sekali dengan ward biasa. Untuk info, Putrajaya hanya mempunyai kelas pertama sahaja bagi ward biasa, cuma keadaan di 5A lebih selesa.
Bilik pula disediakan TV , peti sejuk, sofa/katil untuk peneman, dan nurse yang sgt2 membantu sepanjang saya berada di sana.
Dan daripada pemerhatian saya, tiada doktor pelatih atau nurse pelatih yang akan mengendalikan kita sepanjang di ward tersebut. Kesemua nurse adalah berpengalaman dan doktor yang melawat setiap pagi juga adalah doctor pakar.
Keadaan bilik yang luas dan selesa 4. Kos lebih murah
Bersalin di hospital kerajaan dengan pakej FPP kosnya 50% lebih murah berbanding di swasta. Sewaktu pendaftaran masuk ke hospital untuk bersalin, pesakit dikenakan deposit RM3000. Jika bil hospital kurang daripada 3k, pihak hospital akan refund semula semasa discharge nanti.
Jika lebih, pesakit perlu tambah bayaran Sebagai cth, jika pesakit warded selama 6 hari, pada hari ke4 bil hospital mencecah 3k, pesakit perlu membuat pembayaran segera jika masih ingin menikmati semua kemudahan pakej FPP.
Dan bagi kes saya, walaupun anak& mak ditahan satu hari akibat kuning, kosnya masih tidak melebihi nilai deposit dan dapat refund sewaktu discaj.
LAGI ARTIKEL MENARIK [Amalkan Makan Bayam & Buah Oren Dalam Pantang, Antara Tip Kempiskan Perut Lepas Bersalin Mama Boleh Cuba]
Ok, bagaimana jika anda berminat dengan pakej ini?
Buat temujanji awal. saya cadangkan, pada usia kandungan 3-4 bulan anda boleh walk in ke hospital. bagitahu nak booking utk pakej FPP. Macam di Putrajaya, doctor yang sy pilih ini jadualnya telah penuh drpd feb- jun 2020. Jadi kalau nk pakej FPP, perlu booking awal dan sekurang-kurangnya 3x check up di hospital tersebut. Dan setiap kali check up kos di antara RM100-200…
Dan untuk info, tidak semua hospital mempunyai pakej FPP. Antara hospital yang ada
Hospital Selayang
Hospital Sg Buloh
Hospital Ampang
Hospital Serdang
Hospital Pulau Pinang
Hospital Sultanah Aminah
Hospital Sultan Ismail
Tapi kena tanya juga ya sebab tak semua hospital ada doctor pakar wanita..
Semoga perkongsian ini memberi manfaat terutamanya pada sesiapa yang sedang survey hospital untuk bersalin nanti.

Kredit: Azwa Ahmad
BACA ARTIKEL NI [Anak Lelaki Kita, Dah Besar Tetap Nak Manja, Layanlah. Itu Buat Dia Makin Rapat]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Pakej FPP, Layanan ‘First Class’ Bersalin Pada Harga Murah, Setanding Hospital Swasta appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pakej-fpp-layanan-first-class-bersalin-pada-harga-murah-setanding-hospital-swasta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hospital Swasta Setuju Rawat Pesakit Covid 19

Hospital Swasta Setuju Rawat Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 229 hits
Persatuan Hospital Swasta Malaysia telah bersetuju secara dasar untuk merawat pesakit Covid 19 di kemudahan mereka kata Timbalan Menteri Kesihatan I Noor Azmi Ghazali Menyedari kemudahan kesihatan awam di tahap genting susulan gelombang ket...
Hiburan Biar Dr Kay Je Yang Tengok Nad Zainal Mahu Doktor Wanita Dan Hospital Sama Untuk Bersalin Anak Kedua

Hiburan Biar Dr Kay Je Yang Tengok Nad Zainal Mahu Doktor Wanita Dan Hospital Sama Untuk Bersalin Anak Kedua

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 436 hits
Pelakon Nad Zainal yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama sahaja lagi memberitahu media bahawa dia memilih untuk melahirkan anaknya itu nanti di pusat perubatan yang sama ketika melahirkan anak sulungnya Fahad Ibrahim Sumber Tamba...
Hospital Swasta Persiap Katil Untuk Kes Covid 19

Hospital Swasta Persiap Katil Untuk Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 170 hits
PETALING JAYA Hospital swasta kini membuat persiapan sekiranya mereka diarah menerima pesakit Covid 19 berikutan peningkatan besar kes sejak kebelakangan ini yang semakin membebankan hospital awam Surat kepada ahli Persatuan Hospital Swasta...
Pakar Kesihatan Bingung Kerajaan Guna Ordinan Darurat Dapatkan Kerjasama Hospital Swasta

Pakar Kesihatan Bingung Kerajaan Guna Ordinan Darurat Dapatkan Kerjasama Hospital Swasta

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 270 hits
Pakar berkata pemegang taruh penjagaan kesihatan swasta terutama hospital berusaha mendapatkan kerangka kerjasama awam swasta sejak awal 2020 PETALING JAYA Keputusan kerajaan untuk menggunakan ordinan darurat bagi memanfaatkan aset kesihata...
Menyesal Makan Rempeyek Ni Ketagih Dah Rempeyek Murah Kuala Lumpur

Menyesal Makan Rempeyek Ni Ketagih Dah Rempeyek Murah Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 603 hits
hai assalammualaikum Menyesal Makan Rempeyek Ni Ketagih Dah Selalu kalau nak makan rempeyek jumpa waktu raya je Dekat Kuala Lumpur ni memang susah nak nampak rempeyek kalau ada pun harga mahal juga Pastu suami bawak balik rempeyek Kegemaran...
5299 Program Pukat Care Anjur Jualan Murah Hasil Laut Dengan Potongan 70 Peratus One News 16 01 2021

5299 Program Pukat Care Anjur Jualan Murah Hasil Laut Dengan Potongan 70 Peratus One News 16 01 2021

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 386 hits
102 jenis hasil laut dijual dengan potongan harga sehingga 70 peratus sepanjang perlaksanaan PKP bertujuan meringan beban golongan terjejas Pengasas program PUKAT Care Azmi Mohd Ali berkata hasil jualan akan turut disumbangkan kepada golong...
Zhiyun Smooth X Gimbal Murah Untuk Smartphone

Zhiyun Smooth X Gimbal Murah Untuk Smartphone

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 244 hits
Bagi mereka yang suka buat vlog CN percaya stabilizer antara gadjet utama yang perlu ada Kenapa perlu ada stabilizer Bukan semua smartphone mempunyai fungsi anti gegar jadi amat perlu stabilizer untuk menghasilkan video yang tidak bergegar ...
Spesifikasi Laptop Murah Untuk Kelas Online Di Rumah 2021

Spesifikasi Laptop Murah Untuk Kelas Online Di Rumah 2021

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 446 hits
Minimum Spesifikasi Laptop Untuk Kelas Online Webcam Yes Processor Intel i5 4th Generation Graphic Card Intel HD Graphic RAM 4Gb DDR3l Storage SSD 128Gb Operating System Windows 10 Speaker Yes Wifi Yes Screen 12 5 Inch Assalamualaikum dan s...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin