Pakatan Harapan Kerajaan Sepenggal




Baru lapan bulan berada di Putrajaya, sejujurnya ketika ini sudah bermacam-macam rungutan boleh didengar berkenaan kerajaan baru Pakatan Harapan ini.


Paling banyak menjadi bualan ialah berkenaan prestasi menteri-menteri yang dianggap tidak memuaskan, malah kadangkala di bawah "standard" yang sepatutnya.


Lebih buruk, berbanding menteri-menteri daripada PKR, DAP dan Amanah, menteri daripada Bersatu yang dipilih sendiri oleh Tun Mahathir Mohamad menerima paling banyak kritikan serta kecaman daripada orangramai.


Seorang bekas Ahli Parlimen UMNO yang kini memilih tidak menyertai mana-mana parti pernah berkata, kecuali Muhyiddin Yassin, sebenarnya tiada seorang pun menteri daripada Bersatu yang layak duduk sebagai anggota kabinet.


Prestasi mereka memalukan Bersatu dan Tun Mahathir, tambahnya.


Selain prestasi menteri-menteri yang tidak memuaskan, perkara lain yang menimbulkan sungutan ramai ialah kegagalan kerajaan Pakatan Harapan menunaikan banyak daripada janji-janji pilihanraya sebagaimana yang terkandung dalam manifesto PRU14 yang lalu.


Paling buruk ialah janji 100 hari yang sebahagiannya masih gagal ditunaikan, tetapi kerajaan dilihat seolah-olah tidak mengambil berat lagi mengenainya menjelang 200 hari, 300 hari dan tempoh seterusnya menjadi kerajaan.


Semua orang, termasuk Tun Mahathir sendiri, sudah tidak bercakap lagi mengenai manifesto 100 hari ketika ini, meskipun beberapa kelompok masyarakat seperti peminjam PTPTN dan peneroka Felda misalnya, tetap bising menuntut janji-janji yang tidak ditunaikan itu.


Seperkara lagi yang turut menjadi ketidakpuasan hati ramai ialah kerajaan Pakatan Harapan ini terlalu banyak melakukan tindakan "copy paste" daripada dasar kerajaan BN terdahulu serta melakukan "Pusingan U".


Ketika belum berkuasa, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan berjanji seolah-olah mereka adalah  "Superman" untuk menyelamatkan negara, menyelesaikan masalah ekonomi, menghapuskan tol, menurunkan kos sara hidup dan memberi kesejahteraan kepada rakyat.


Malangnya selepas berkuasa, mereka ternyata tiada idea sehingga terpaksa "copy paste" daripada apa yang pernah dilakukan oleh BN sebelumnya, malah ada juga membuat "Pusingan U" seperti mengembalikan semula tempoh operasi Pusat Transformasi Bandar kepada jam 10 malam, walaupun sebelumnya bertegas memendekkannya sehingga jam 7 malam saja.


Realitinya, semua kelemahan itulah yang menyebabkan bukan saja rungutan rakyat terhadap kerajaan boleh didengar di mana-mana, malah menjadikan Najib Razak semakin dekat di hati rakyat kebelakangan ini.


Najib yang baru-baru ini diberikan gelaran "Raja Troll" memang sejak akhir-akhir ini berjaya menjadikan kelemahan kerajaan, janji yang tidak ditunaikan, dasar "copy paste" dan "Pusingan U" oleh menteri-menteri sebagai bahan trollnya, sekaligus membandingkan dengan era kepimpinannya sebelum ini.


Semakin banyak troll Najib yang tidak mampu dijawab oleh menteri dan kerajaan, secara tidak langsung kedudukan Najib semakin popular di media-media sosial.


Daripada semua keadaan itu, ia bukan saja menyebabkan kerajaan ini semakin tidak diyakini, malah sudah ramai yang meramalkan tempoh Pakatan Harapan mentadbir Putrajaya hanyalah sepenggal saja.


Mereka yang putus harapan terhadap Tun Mahathir juga kian bertambah hari demi hari ketika ini. Ramai yang melihat beliau masih terbelenggu dengan stail kepimpinan dan kehendak lama seperti bersungguh-sungguh membangunkan industri kereta ketiga, sedangkan masa dan keperluan dunia sudah banyak berubah pada waktu ini.


Tun Mahathir, kata mereka, seharusnya melihat industri baru yang mampu menjana perolehan dan peluang pekerjaan berganda untuk negara, tidak sekadar memenuhi keghairahan peribadinya terhadap kereta.


Di sebalik semua itu, setelah lapan bulan berlalu, pertambahan peluang pekerjaan, ekonomi yang merangsang dunia perniagaan dan keadaan negara yang lebih baik berbanding ketika di bawah BN dahulu,  masih lagi belum ternampak tanda-tanda yang boleh dirasa dan dilihat dengan mata.


Lantaran itu, ungkapan kerajaan sepenggal ini sudah boleh didengar di merata-rata dan jika tidak ditangani dengan segera, tidak mustahil ia akan menjadi kenyataan yang mudah akhirnya.


Lebih cepat kerajaan sepenggal itu menjadi kenyataan kiranya Tun Mahathir lebih mementingkan agenda peribadinya mahu berkuasa melebihi tempoh dua tahun dan cuba memungkiri janji penyerahan kuasa kepada penggantinya, Anwar Ibrahim. (ShahbudinHusin 18/01/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/pakatan-harapan-kerajaan-sepenggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Nasib Adib Dibawah Kerajaan Pakatan Harapan

Apa Nasib Adib Dibawah Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 289 hits
NAK TUNGGU RULE OF LAW YANG MAHADHIR KHABAQ Masalah hilang nyawa pun boleh main main lagi pelik kes bedah siasat ni hanya boleh dengar dalam mahkamah je ADA APA RAHSIA BESAR Lokman dakwa beberapa menteri cuba ubah laporan bedah siasat AdibN...
Bantuan Kerajaan Baru 2019 Pakatan Harapan Yang Terkini

Bantuan Kerajaan Baru 2019 Pakatan Harapan Yang Terkini

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 578 hits
Bantuan Kerajaan Baru 2019 Pakatan Harapan Yang Terkini Nampaknya setiap pemimpin kerajaan ada cara tersendiri bagaimana mereka mahu mengumumkan dan menyalurkan bantuan kerajaan kepada yang memerlukan setiap tahun Datuk Seri Najib Razak man...
Menu Kari Babi Hotel Ada Tulisan Halal Netizen Salahkan Kerajaan Pakatan Harapan

Menu Kari Babi Hotel Ada Tulisan Halal Netizen Salahkan Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 477 hits
TERSEBAR di media sosial gambar menu kari babi ada gambar karikatur babi berwarna pink dan logo Hotel Earl s Regency namun diletakkan tulisan halal berwarna hijau Gambar itu mula tular di media sosial selepas dimuat naik oleh halaman Facebo...
Pakatan Harapan Menggunakan Kenderaan Kerajaan Untuk Berkempen Di Prk Cameron Highlands

Pakatan Harapan Menggunakan Kenderaan Kerajaan Untuk Berkempen Di Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 372 hits
Pakatan Harapan menggunakan kenderaan kerajaan untuk berkempen di PRK Cameron Highlands
Kenapa Banyak Lantikan Politik Dalam Pakatan Harapan

Kenapa Banyak Lantikan Politik Dalam Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 263 hits
Astro Awani Lantikan politik itu terang terangan bertentangan dengan manifesto pilihan raya mereka KUALA LUMPUR Kerajaan Pakatan Harapan harus memberi penjelasan kepada masyarakat berhubung tindakan pemimpin mereka yang membuat lantikan pol...
Setelah Mengucapkan Terima Kasih Kepada Tun M Ini Harapan Tmj Kepada Kerajaan Sekarang

Setelah Mengucapkan Terima Kasih Kepada Tun M Ini Harapan Tmj Kepada Kerajaan Sekarang

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 338 hits
Setelah Mengucapkan Terima Kasih Kepada Tun M Ini Harapan TMJ Kepada Kerajaan SekarangSetelah Mengucapkan Terima Kasih Kepada Tun M Ini Harapan TMJ Kepada Kerajaan Sekarang
Manogaran Mendakwa Bn Sabotaj Program Pakatan Harapan

Manogaran Mendakwa Bn Sabotaj Program Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 357 hits
CAMERON HIGHLANDS Barisan Nasional dan amalan taktik kotor terhadap pihak lawan berpisah tiada Kali ini ia berlaku dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands Pahang BN yang menguasai kerajaan negeri Pahang didakwa mensabota...
Najib Buat Hal Lagi Kupon Tebus Kaunter Pakatan Harapan

Najib Buat Hal Lagi Kupon Tebus Kaunter Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 310 hits
Ketiga tiga ini adalah antara janji janji yang sepatutnya ditunaikan Pakatan Harapan dalam 100 hari pertama mereka memerintah Oleh kerana sudah lebih dari 200 hari mereka memerintah janji janji ini sudah masak tempoh untuk dituntut Apabila ...
Batin Yang Tidak Sokong Pakatan Harapan Tidak Akan Dibayar Gaji

Batin Yang Tidak Sokong Pakatan Harapan Tidak Akan Dibayar Gaji

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 322 hits
Batin yang tidak sokong Pakatan Harapan tidak akan dibayar gaji kata Bob Manolan dari PKR
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

New Year Wish A Pm For All Malaysians

G2gchamp 2024

Freeport A Famosa Outlet Melaka

View Point Wang Kelian