Pakatan Harapan Dan Badi Kuasa


KEPUTUSAN PRK Semenyih menghantar mesej bahawa putik penolakan terhadap Pakatan Harapan (PH) oleh orang Melayu telah diterjemahkan.
Bagi yang mengikuti dengan dekat perkembangan sejak 10 bulan yang lepas, keputusan tersebut tidaklah juga mengejutkan kerana sentimen kehilangan keyakinan dirasakan di mana-mana termasuklah dalam kalangan pengundi yang turut menyumbang dalam mengeluarkan BN dari tampuk kekuasaan dalam Revolusi Senyap 9 Mei 2018.
Dengan hanya 25-30 peratus pengundi Melayu yang menyokong PH dalam PRU14, sokongan segmen ini merupakan komponen paling rapuh dan boleh beralih pada bila-bila masa. Setelah 10 bulan, apa yang dibimbangi mula menjadi kenyataan. PH sekali lagi dililit oleh fenomena yang paling ditakuti (dan tidak disedari) oleh mana-mana ahli politik iaitu badi kuasa.
Sejak 10 Mei 2018, PH cuba menggambarkan Malaysia pasca BN sebagai Malaysia Baharu. Namun dalam semua syarahan kuliah atau syarahan umum yang saya berikan, saya hanya meletakkan frasa ini sebagai Malaysia (Baharu). Saya sengaja meletakkan perkataan “baharu” dalam kurungan kerana sebagai ahli akademik, kami harus berhati-hati dan melakukan hedging. Dengan kata lain, ungkapan Malaysia Baharu tidak lebih dilihat sekadar satu strategi perhubungan umum bagi membezakan era Pakatan dan era BN.
Eksperimen yang gagal
Saya merenung kejatuhan parti-parti dominan di beberapa negara seperti LDP Jepun, PRI Mexico dan Kuomintang Taiwan. Namun tidak pula saya terdengar istilah Jepun Baharu, Mexico Baharu ataupun Taiwan Baharu bagi menggambarkan transisi kuasa yang berlaku.
Setelah 10 bulan, adjektif “baharu” tersebut dijangkakan terus kekal di dalam kurungan. Saya kini telah mula memikirkan artikel ilmiah yang ingin saya tulis selepas PRU15 tiga atau empat tahun dari sekarang (mungkin lebih awal dari tempoh itu?).
Tajuk tentatif artikel jurnal ini mungkin berbunyi : “Eksperimen yang Gagal: Perbandingan antara DPJ Jepun dan Pakatan Harapan Malaysia”. Tajuk ini merupakan satu perbandingan dan peringatan yang telah meluas dibangkitkan oleh para penganalisis (dan rakyat Jepun di Malaysia sendiri) terhadap parti yang pernah diberikan harapan oleh rakyat Jepun untuk menjadi lebih baik daripada LDP.
Namun harapan hanya tinggal harapan dan rakyat Jepun kembali memilih LDP sehingga kini setelah melihat DPJ hanya menanam tebu di bibir.
Ya, benar. Saya antara pengundi Melayu yang meletakkan PH di koridor kuasa pada 9 Mei 2018. Namun ia bukanlah secara automatik mencadangkan yang saya menyokong PH ataupun membenci BN sepenuhnya.
Seperti juga banyak taulan dan kenalan yang saya temui, itu sahajalah cara yang tinggal untuk mengeluarkan elemen-elemen kleptokrasi dari kekuasaan. Itu sahajalah juga cara yang tinggal untuk mengajar UMNO erti ketewasan, erti kerendahan diri dan erti empati terhadap keluh kesah rakyat. Jalan lain sudah tidak ada.Bagi ahli akademik seperti saya, penembusan pengaruh politik di universiti juga begitu jelas dirasakan dan benar-benar menyakitkan. Dengan kata lain, saya memberikan undi saya pada PH agar keadaan di universiti turut dapat dipulihkan. UMNO harus dikomakan dan terserahlah kepada takdir sama ada mereka akan sedar semula atau terus menemui penghujung riwayat.
Wain lama botol baharu
Namun seperti yang pernah diungkapkan tokoh revolusi Poland, Lech Walesa setelah berjaya menjatuhkan rejim komunis di negara itu: “We know lots of revolution, great revolutions, and magnificient people, who after taking over power, produced systems that were much worse than the ones they destroyed”.
Dalam maksud lain, tokoh pmbaharuan sehebat Mikhail Gorbachev ini mengingatkan mengenai badi kuasa yang amat menggerunkan. Justeru, apa yang disaksikan rakyat dalam tempoh 10 bulan ini merupakan manifestasi badi kuasa yang menelurkan semula apa yang pernah dilakukan BN-UMNO sebelum ini – keangkuhan, keasyikan dengan autoriti dan keterputusan dengan rakyat (bawahan).
Jika sebelum ini ketika menjadi pembangkang, PH sering bersandar dengan mantra “rakyat bukan bodoh” dan “jangan memperbodohkan rakyat”, maka tibalah giliran pembangkang kini untuk menggunakan mantra yang sama terhadap PH.
Dalam kata lain, ia hanyalah “wain lama dalam botol baharu” yang didalangi sentimen kerakusan, keegoan dan kedangkalan. Tidak perlu saya jejerkan satu persatu apa yang telah dilakukan PH dalam 10 bulan ini. Sekadar menyatakan bahawa tingkah laku PH kini menyebabkan BN kelihatan begitu “baik dan telah mula dirindui”
Siapa pernah menyangka Najib akan kembali menjadi item hangat? Siapa pernah menyangka bahawa ceramah orang seperti Ahmad Maslan kini begitu menarik untuk didengar? Siapa pernah menyangka UMNO dan Pas kini boleh “bercium mulut”? Kesemua ini menandakan keperluan rakyat atau orang Melayu (khususnya golongan luar bandar, peneroka FELDA, nelayan atau pekerja kelas bawahan yang menjadi “mangsa” kerajaan PH) mencari sandaran kelegaan psikologi terhadap ketidaktentuan yang mereka hadapi.
Establishment
Turut menjadi masalah utama PH ialah mereka turut dipengaruhi oleh sebuah establishment belakang tabir yang berkuasa. Mereka ini bukan sahaja terdiri daripada tokoh politik parti tertentu yang berada dalam kerajaan, namun terdiri daripada aktivis masyarakat sivil, peguam, ahli akademik, wartawan media dan sebagainya.
Peranan mereka samalah seperti golongan neokonservatif di Amerika Syarikat dalam era Presiden Reagan dan Presiden George Bush yang bilangannya kecil, namun mampu membingkai dan mempengaruhi pembentukan pandangan dan polisi.
Jangan salah faham. Ini bukan teori konspirasi. Sebagai ahli akademik, saya sentiasa cukup skeptikal dan tidak pernah tertarik dengan teori konspirasi. Malah, mana-mana pelajar saya yang cuba menggunakan analisis teori konspirasi dalam tulisan ilmiah mereka akan saya tegah dan jerkah.
Namun dengan melihat percaturan, kenyataan dan juga strategi yang dilancarkan oleh establishment ini selepas PRU14, agak munasabah untuk dihujahkan yang kumpulan ini mempunyai pengaruh yang substantif dan berjaya mendesak serta meyakinkan kerajaan PH untuk mengambil beberapa keputusan tidak popular (dibaca dalam istilah akademik sebagai reformasi institusi atau struktural).
Inilah antara punca makro yang menjurus terhadap keputusan PRK Semenyih apabila orang Melayu melihat PH gagal menjadi pelindung kepada kegelisahan orang Melayu.
Kepada PH, masa untuk berubah ialah sekarang. Kotakan janji-janji anda sedapat mungkin. Henti menyalahkan rejim BN. Hentikan strategi pelencongan. Hentikan retorik double speak. Hentikan tangisan picisan. Pertauti dan santuni masyarakat luar bandar dan kawal establishment belakang tabir yang disebutkan sebelum ini.
Saya ingin menujukan kepada PH satu ungkapan yang digunakan oleh bekas tokoh pembangkang Filipina, mendiang Beningno Aquino yang dipercayai dibunuh oleh rejim Marcos pada 1986: “We do not have to destroy in order to build”.
Oleh
Prof Madya Dr Muhamad Takiyuddin merupakan pensyarah Program Sains Politik UKM. Buku terbaharu beliau ialah “Bantuan Demokrasi dan Pendanaan Asing di Malaysia” terbitan Universiti Malaya.
Artikel Sinar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/03/14/pakatan-harapan-dan-badi-kuasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Dan Badi Kuasa Kritikan Terpedas Ahli Akademik Ke Atas Pakatan Harapan Dap

Pakatan Harapan Dan Badi Kuasa Kritikan Terpedas Ahli Akademik Ke Atas Pakatan Harapan Dap

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 425 hits
https i0 wp com pakdin my wp content uploads 2019 03 20190314 pakatan harapan badi kuasa jpg fit 600 2C400 ssl 1Dr Kamarul Yusoff menulis Saya secara peribadi tidak mengenali Prof Madya Dr Muhamad Takiyuddin yang merupakan pensyarah Program...
Pakatan Harapan Losing The Perception War

Pakatan Harapan Losing The Perception War

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 381 hits
With the announcement of the marriage of PAS and Umno after secretly dating during the run up to the general election last year as well as in several by elections since they are now halal as husband and wife I leave it to the readers to fig...
Kepentingan Melayu Tetap Dijaga Oleh Pakatan Harapan Bukan Umno Atau Pas

Kepentingan Melayu Tetap Dijaga Oleh Pakatan Harapan Bukan Umno Atau Pas

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 343 hits
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerjasama politik yang sedang digembleng UMNO dan PAS seolah olah cubaan untuk mengasingkan Melayu dan kaum lain Kerjasama diantara UMNO dan PAS itu juga di...
Igauan Buruk Pakatan Harapan

Igauan Buruk Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 373 hits
Igauan Buruk Pakatan Harapan Tindakan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyifatkan kerjasama Umno dan PAS dengan Taliban akan menghakiskan lagi sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan kata penganalisis politik Pensyarah Universiti Ma...
Prk Rantau Dr Streram Kekal Sebagai Calon Pakatan Harapan

Prk Rantau Dr Streram Kekal Sebagai Calon Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 401 hits
PETALING JAYA Penyelaras Dewan Undangan Negeri PKR Rantau Dr S Streram dipilih sebagai calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil DUN Rantau 13 April ini Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemilihan pakar bius berkenaan dipers...
Mufti Perli Pun Kesal Sokong Pakatan Harapan Yang Tongong Tak Habis Habis

Mufti Perli Pun Kesal Sokong Pakatan Harapan Yang Tongong Tak Habis Habis

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 424 hits
Penulis Rozmi Mokhtar Mufti Perlis Kesal Sokong PH Mufti Perlis Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini memuat naik satu hantaran di halaman facebook miliknya menyindir KERAjaan Pakatan Harapan Beliau yang terkenal dengan panggilan Dr Maza...
Pakatan Harapan Wants Us To Become Gays Not Talibans

Pakatan Harapan Wants Us To Become Gays Not Talibans

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 455 hits
Just because the Jews and Christians have abandoned God that does not mean Muslims must also do the same So why are the Pakatan Harapan people forcing Muslims to become like the Jews and Christians These people want Muslims to become just l...
Non Malays Fear That An Umno Pas Alliance Will Result In A Pakatan Harapan Defeat

Non Malays Fear That An Umno Pas Alliance Will Result In A Pakatan Harapan Defeat

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 364 hits
Well known social worker and PSM politician Dr Michael Jeyakumar today warned that any formal political cooperation between Umno and PAS should worry Malay Muslims saying both parties represent a conservative ideology that is not in tune wi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities