Pakar Perubatan Bimbang Peserta Demonstrasi Sumbang Kes Covid 19


AGENDA DAILY
Kira-kira 200 anak muda menyertai demonstrasi di ibu negara hari ini akan memudahkan lagi penyebaran varian Delta Covid-19. - Gambar Agenda Daily
Pakar perubatan melahirkan kebimbangan tindakan sesetengah pihak menyertai demonstrasi jalanan ketika negara sedang bergelut dengan Covid-19 akan memburukkan lagi situasi pandemik di negara ini.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata ini terutama apabila Lembah Klang kini menjadi kawasan hotspot penularan kes baharu Covid-19.
“Dalam situasi demonstrasi, adalah amat sukar untuk mereka (peserta) mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka pada setiap masa, dan terdapat juga kemungkinan mereka akan berkongsi bekas minuman dan lain-lain.
“Jadi, dengan varian baharu Covid-19 seperti Delta yang mudah sekali berjangkit dan terdapat pula pengumpulan ramai di sesuatu tempat, maka boleh berlaku kemungkinan penularan baharu,” katanya.
Dr Zainal Ariffin berkata demikian sebagai mengulas demonstrasi yang diadakan oleh kumpulan anak muda Sekretariat Solidariti Rakyat di Dataran Merdeka di sini, hari ini, kononnya untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan gagal menangani wabak Covid-19 negara.
Memetik Bernama Dr Zainal Ariffin berkata berdasarkan statistik setakat Rabu lepas (28 Julai), sebanyak 199 kes varian Delta sudah dilaporkan dalam negara, dengan Sarawak mencatatkan 93 kes, Selangor dan Pahang (masing-masing 18), Labuan (14), Kuala Lumpur dan Johor masing-masing (11).
“Mengambil kira faktor ini, saya fikir adalah sangat logik untuk pihak berkuasa tidak membenarkan sebarang perkumpulan beramai-ramai.
“Mana-mana pihak yang terlibat ini sepatutnya masih boleh menyuarakan pendapat mereka melalui platform lain yang lebih bersesuaian antaranya melalui penggunaan media sosial,” tambahnya.
Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Johor Dr Ng Kim Fong berkata beliau tidak terkejut sekiranya kes baharu Covid-19 melebihi ramalan awal Kementerian Kesihatan iaitu sebanyak 24,000 kes sehari pada September ini.
“Pastinya jumlah itu akan menjadi tinggi lagi dan ini memungkinkan tempoh lockdown (sekatan pergerakan) yang lebih lama untuk rakyat Malaysia.
“Oleh itu, atas apa pun alasan, rakyat kena melihat sudut kesihatan dalam setiap tindakan mereka. Bantu petugas kesihatan dan doktor mengawal situasi Covid-19 kerana kebanyakan katil di hospital Lembah Klang kini sudah penuh, menunjukkan keadaan semakin tenat,” katanya yang kini ditugaskan sementara di Hospital Serdang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/pakar-perubatan-bimbang-peserta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Harian Covid 19 15 573 Selangor Lebih 7 000

Kes Harian Covid 19 15 573 Selangor Lebih 7 000

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 320 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Wakil K Jaan Pembangkang Setuju Tangguh Parlimen Jika Ada Kes Covid 19

Wakil K Jaan Pembangkang Setuju Tangguh Parlimen Jika Ada Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 331 hits
MalaysiakiniKetua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan bahawa penularan virus Covid 19 varian berbahaya mungkin berlaku jika sidang parlimen khas diteruskan selepas beberapa individu didapati positif wabak ber...
Kes Baharu Covid 19 Di Pahang Kedah Melonjak Tinggi

Kes Baharu Covid 19 Di Pahang Kedah Melonjak Tinggi

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 349 hits
AGENDA DAILY Perbandingan kes Covid 19 bagi empat hari Tiga negeri merekodkan peningkatan kes jangkitan baharu Covid 19 yang semakin membimbangkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi Pahang merekodkan lonjakan tertinggi dengan ...
Kes Covid 19 Naik Mendadak Di Perlis Disebabkan Rentas Negeri Kata Mb

Kes Covid 19 Naik Mendadak Di Perlis Disebabkan Rentas Negeri Kata Mb

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 317 hits
Azlan Man berkata pematuhan rakyat Perlis terhadap SOP masih tinggi tetapi kes meningkat disebabkan kegiatan rentas negeri PETALING JAYA Kenaikan mendadak kes baharu Covid 19 di Perlis dipercayai berpunca daripada kegiatan rentas negeri kat...
Sabah Rekod 1 166 Kes Baharu Covid 19

Sabah Rekod 1 166 Kes Baharu Covid 19

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 290 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun KOTA KINABALU Sabah kekal merekodkan kes COVID 19 baharu melebihi paras 1 000 sejak 30 Julai lepas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata kes...
15 573 Kes Baharu Catatan Tertinggi Harian Covid 19

15 573 Kes Baharu Catatan Tertinggi Harian Covid 19

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 396 hits
bharian com Julai 23 2021 4 30pmPUTRAJAYA Malaysia sekali lagi mencatatkan kes harian COVID 19 tertinggi hari ini dengan 15 573 kes baharu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes berkenaan sekaligus ...
1 002 Kes Baharu Covid 19 Kontak Rapat Penyumbang Utama

1 002 Kes Baharu Covid 19 Kontak Rapat Penyumbang Utama

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 298 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun KOTA KINABALU Sabah hari ini merekodkan 1 002 kes baharu COVID 19 dengan kontak rapat terus menjadi penyumbang utama iaitu banyak 591 kes Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumah...
4 Hari Bersidang 70 Kes Covid 19 Cetus Kluster Parlimen

4 Hari Bersidang 70 Kes Covid 19 Cetus Kluster Parlimen

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 341 hits
RIBUT TIDAK MENJADI NYIOR CONDONG TEGAK KEMBALI1 Bidalan orang tua tua bila nyior condong bukan sahaja kera kura kura pun suka meniti 2 Sedikit polemik berlaku di parlimen pada 26 Julai baru baru ini sudah kita nampak bagaimana pihak pihak ...
Malaysia Mencatat Sejarah Kes Positif Harian Covid 19 Melebihi Angka 15 000 Pada Hari Ini

Malaysia Mencatat Sejarah Kes Positif Harian Covid 19 Melebihi Angka 15 000 Pada Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 334 hits
PUTRAJAYA Malaysia kali pertama mencatatkan kes harian Covid 19 melebihi 15 000 hari ini iaitu 15 573 kes peningkatan lebih 2 000 kes berbanding 13 034 kes yang dilaporkan semalam Angka ini menjadi rekod terbaharu kes tertinggi Covid 19 yan...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun