Pakar Patologi Indonesia Percaya Kelawar Buah Bawa 6 Jenis Virus Termasuk Koronavirus
Wabak Koronavirus yang bermula dari negara Tembok Besar China kini sudah menjadi perhatian dunia. Bukan itu sahaja, wabak ini mendapat perhatian daripada Ahli Patologi Fakulti Kedoktoran Haiwan, Prof Agus Setiyono mengkaji punca wabak ini.
Menurut Prof Agus, wabak Koronavirus ini merebak daripada kelawar pemakan buah.
Dalam penyelidikan itu, pakar menemui enam jenis virus baharu pada kelawar tersebut dengan beberapa sampel daripada Bukit Tinggi, Bogor, Penjalu, Gorontalo, Manado dan Soppeng.
Enam virus tersebut adalah salah satunya koronavirus, bufavirus, polimavirus, alfaherpesvirus, paramyxovirus dan gammaherpesvirus.
Menurut Prof Agus lagi, koronavirus ini boleh berada di dalam tubuh kelawar buah tanpa menimbulkan masalah serius terhadap haiwan tersebut. Virus ini dikatakan tidak secara langusung hidup di dalam buah yang dimakan kelawar.
Haiwan ini juga berkemungkinan menjadi induk penyebaran virus tersebut kerana kelawar ini tidak boleh menentu keberadaannya secara umum, tambahnya lagi.
Prof Agus menilai penyebaran koronavirus tersebut dari kelawar yang terbang jauh untuk dapatkan tempat tinggal mengikut musim buah yang dimakan mereka.
Kelawar mempunyai imun yang cukup bagus. Pelbagai virus berada di dalam tubuh seekor kelawar.
Petik daripada Kompas.com, Prof Agus memberi nasihat untuk melakukan pencegahan terhadap wabak koronavirus ini iaitu jangan bersentuhan dengan kelawar atau memakannya.
Kedua adalah tidak makan daripada sisa buah yang sudah di sentih oleh kelawar meskipun ia sangat manis untuk di makan.
Ketiga adalah bagi masyarakat yang mengamalkan makanan seperti sayur atau lauk dari kelawar di mohon untuk mempertimbangkan semula.
Sumber: Kompas.com
The post Pakar Patologi Indonesia Percaya Kelawar ‘Buah’ Bawa 6 Jenis Virus, Termasuk Koronavirus appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/02/05/pakar-patologi-indonesia-percaya-kelawar-buah-bawa-6-jenis-virus-termasuk-koronavirus/