Pakar Bimbang Hutang Negara Cecah Rm58 Bilion Dalam 6 Bulan



(FMT) – Pakar ekonomi menggesa Putrajaya mengurangkan perbelanjaan dengan memetik angka Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kerajaan sudah meminjam RM58.1 bilion dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini.
Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata angka itu menunjukkan hutang kerajaan persekutuan meningkat daripada RM686.8 bilion pada akhir 2017 kepada RM799.1 bilion sekarang.
Beliau berkata angka BNM juga menunjukkan nisbah hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan trend menurun pada 2018, kini meningkat 4% daripada 48.7% pada akhir Q1 2018 kepada 52.7% pada akhir Q2 2019.
“Berita tidak gembira ialah peningkatan hutang tempatan, hutang luar negara kita menurun,” katanya, sambil menyatakan nisbah hutang berbanding KDNK meningkat daripada 34.5% pada Q1 2018 kepada 40.1% pada Q2 2019.
Walaupun kutipan cukai jualan dan perkhidmatan melepasi jumlah yang diunjurkan, katanya, hasil yang diperoleh masih jauh rendah berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST).
“Harapnya, trend ini (perbelanjaan) adalah jangka pendek. Jika ia berterusan kita akan menghadapi masalah yang serius.
“Nisbah hutang berbanding KDNK masih di bawah 55%, jadi ia boleh diurus, tetapi jika kemelesetan berlaku – dan kita menjangkakan – maka kita harus ingat bahawa KDNK kita untuk 2019 akan jatuh.”
Gabenor BNM Nor Shamsiah Mohd Yunus baru-baru ini berkata ekonomi meningkat 4.9% pada suku kedua tahun ini, dan dijangka terus berada di tahap pertumbuhan yang stabil sepanjang tahun ini, antara 4.3% hingga 4.8%.
Barjoyai berkata ia adalah tidak jelas mengapa perbelanjaan kerajaan begitu tinggi. Beliau berspekulasi ia mungkin disebabkan perbelanjaan Pakatan Harapan dalam memenuhi beberapa janji manifestonya.
“Apa yang paling penting sekarang ialah kerajaan mengawal perbelanjaannya dan mengelakkan lebih banyak pinjaman daripada negara asing.
“Ia mungkin perlu menangguhkan projek-projek besar seperti ECRL, MRT2 atau LRT3, tetapi ini akan memberi kesan kepada ekonomi tempatan kerana tidak ada rangsangan untuk itu.”
Seorang lagi pakar ekonomi, Ali Salman dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, berkata peningkatan hutang awam agak membimbangkan tetapi belum sampai tahap panik.
“Peningkatan dalam tahap hutang tidak akan mengubah pembayaran hutang tahunan dengan ketara, iaitu kira-kira 11% dari jumlah belanjawan,” katanya kepada FMT.
“Sebaliknya, kenaikan 17% dalam hasil kerajaan adalah luar biasa walaupun penarikan balik GST.”
Ali berkata walaupun tiada pecahan pendapatan ke dalam hasil cukai dan bukan cukai diberikan, pertumbuhan itu sendiri menggalakkan.
“Tahap hutang berbanding KDNK meningkat, tetapi ia berada di bawah paras selamat iaitu 55% daripada KDNK.”
Beliau bagaimanapun menggesa Putrajaya membuat perancangan untuk mengimbangi belanjawan dalam tempoh 4 tahun akan datang dengan mengurangkan perbelanjaan membazir ke atas entiti dan program yang dikendalikan kerajaan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/08/20/pakar-bimbang-hutang-negara-cecah-rm58-bilion-dalam-6-bulan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semalam Pinjam Lagi Rm3 Bilion Untuk Cecah Rm1 Trilion Kerajaan Ph Boleh Umum Hari Hutang Negara

Semalam Pinjam Lagi Rm3 Bilion Untuk Cecah Rm1 Trilion Kerajaan Ph Boleh Umum Hari Hutang Negara

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 912 hits
Tidak sampai dua tahun lagi kerajaan Pakatan Harapan boleh mengumumkan cuti umum hari hutang negara kerana hutang negara akan mencecah RM1 trilion dengan rasminya sinis bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Ini berikut...
Ph Realisasikan Hutang Negara Rm1 Trilion Dengan Pinjaman Bon Samurai Lagi

Ph Realisasikan Hutang Negara Rm1 Trilion Dengan Pinjaman Bon Samurai Lagi

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 417 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed pada hari ini berkata pentadbirannya tidak menolak dan sedang menilai untuk menerbitkan Bon Samurai siri baharu bagi membiayai projek projek dan program Kerajaan Persekutuan Pergerakan Pemuda UMNO Mal...
Eksport Halal Negara Dijangka Meningkat Kepada Rm2 5 Bilion

Eksport Halal Negara Dijangka Meningkat Kepada Rm2 5 Bilion

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 357 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Adakah Kerajaan Ph Lakukan Lawatan Luar Negara Sambil Bawa Balik Hutang

Adakah Kerajaan Ph Lakukan Lawatan Luar Negara Sambil Bawa Balik Hutang

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 391 hits
Menteri Kewayangan masih teruskan usaha Bon Panda dia Sudah pinjam Bon Samurai Sedang pinjam Bon Panda Selepas ini mungkin giliran Bon Kimchi Adakah kerja menteri PH sekadar sering melawat ke luar negara untuk bawa balik hutang Jangan sampa...
Genap 6 Bulan Buka Tudung Emma Maembong Selesa Rambut Cecah Bahu

Genap 6 Bulan Buka Tudung Emma Maembong Selesa Rambut Cecah Bahu

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 766 hits
Selepas mengambil keputusan tidak bertudung genap hari ini enam bulan Emma Maembong tampil dengan imej free hair dan nampaknya dia selesa menggayakan rambut mencecah bahu BACA Emma sering berkongsi gambar terbarunya di Instagram untuk tatap...
Anak 15 Bulan Dah Travel 9 Negara Ibu Kongsi 7 Checklist Melancong Mesra Bayi

Anak 15 Bulan Dah Travel 9 Negara Ibu Kongsi 7 Checklist Melancong Mesra Bayi

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 540 hits
Baru 15 bulan dan travel 9 buah negara Bawa anak kecil masa travel boleh jadi rencam tapi kalau rancang dari awal dan buat 7 persediaan ini memudahkan Jauh berjalan luas pemandangan Pendedahan awal kepada si kecil tentang kepelbagaian buday...
Malaysia Negara Keempat Bimbang Usia Tua Hasil Kajian Sebuah Firma

Malaysia Negara Keempat Bimbang Usia Tua Hasil Kajian Sebuah Firma

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 363 hits
Sumber dari GoogleTahukah korang semua Malaysia menduduki tangga keempat yang bimbang akan penuaan Penyelidikan yang dijalan oleh sebuah firma penyelidikan Ipsos Sdn Bhd Malaysia berada dikedudukan selepas Brazil China dan Rusia yang masing...
Semarak Bulan Kebangsaan Polis Komuniti Sama Sama Semai Semangat Cintakan Negara

Semarak Bulan Kebangsaan Polis Komuniti Sama Sama Semai Semangat Cintakan Negara

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 341 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
15 Bulan Dibazirkan Bertelagah Mengenai Isu Perkauman Kata Patriot

15 Bulan Dibazirkan Bertelagah Mengenai Isu Perkauman Kata Patriot

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 249 hits
15 bulan dibazirkan bertelagah mengenai isu perkauman kata Patriot Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Aug 2
Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Slurping Toward Nirvana On The Maine Oyster Trail

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man