Pakaian Jururawat Jangan Terlalu Prejudis Skeptikal




 Kenyataan Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor terhadap pemakaian jururawat yang dikatakan terlalu ketat dan tidak patuh syariah disifatkan sebagai terlalu prejudis dan skeptikal.

Menurut Ketua Srikandi Keadilan Negeri Sembilan, Nadhirah Halim, pimpinan pembangkang yang bercakap di parlimen seharusnya lebih mendasari tugas sebagai seorang Ahli Parlimen terutama untuk peka pada isu dan masalah utama rakyat terutamanya di dalam memperbaiki ekonomi atau kos sara hidup rakyat dalam peralihan fasa endemik pada waktu ini.

Namun katanya, sikap Ahli Parlimen PN dalam perbahasan Dewan Rakyat pada Khamis lalu amat mengecewakan kerana lebih mempersoalkan isu peribadi dan mengaitkan soal agama dalam isu kerjaya kejururawatan.
Nadhirah Halim
"Bagi saya pihak pembangkang harus lebih bijak dalam memahami keperluan pemakaian tertentu menurut kerjaya.

"Kod dan etika pemakaian jururawat adalah berdasarkan keperluan pekerjaan kerana setiap pegawai perubatan berdepan dengan risiko dalam mengendalikan peranti perubatan berwayar, mesin pengesan ritma jantung dan pelbagai mesin perubatan yang menggunakan pendawaian dan elektrik bervoltan tinggi seperti mesin ECG dan ventilator.

"Golongan ini harus memakai pakaian yang tidak terlalu longgar agar mudah menjalankan tugas dan mengendalikan mesin peranti perubatan berwayar.

"Pemakaian yang terlalu labuh dan longgar akan meninggikan risiko kepada pegawai perubatan dalam mengendalikan mesin peranti perubatan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat KEADILAN itu, uniform bagi setiap pekerja kesihatan juga dicipta khusus mengikut spesifikasi khas yang telah ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia di bawah etika kod pemakaian dan penilaian risiko bagi memudahkan mereka menjalankan tugas memandangkan golongan tersebut berdepan risiko tinggi dalam mengendalikan pesakit seperti cecair, darah dan infeksi dari pesakit.

Malah, katanya, telah ditetapkan pakaian khusus jururawat dibuat daripada 65% poly dan 35% kain kapas yang memberi tapisan maksima terhadap kuman. Kain ini bukan jenis melekap di tubuh dan tidak menyerap.

Oleh itu, beliau menyarankan agar pihak pembangkang tidak mengkritik secara semberono sebaliknya menggunakan ruang sebagai Ahli Parlimen untuk membincangkan isu rakyat yang lebih relevan lagi idealis dalam mewujudkan dasar atau undang-undang yang memihak kepada keperluan rakyat semasa, bukan berbahas isu peribadi dan mengkritik berperisaikan alasan agama.

"Berhentilah mendefinisikan nilai iman dan agama seseorang atau sesetengah kerjaya hanya daripada pemakaian, sebaliknya lihatlah kepada keperluan pekerjaan dan sumbangan mereka dalam bidang perubatan.

"Fokus pada saranan dasar yang lebih menjaga hak kebajikan golongan pekerja kesihatan ini yang paling besar sumbangannya ketika musim pandemik.

"Budaya menghakimi nilai agama seseorang atau sesebuah profesi hanya dari pemakaian yang terzahir adalah tidak wajar.

"Di dalam sebuah hadis bersanad Sahih, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kalian tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian."," katanya lagi.

Justeru, Nadhirah yang juga seorang pengamal undang undang menasihati pembangkang supaya menghormati kerjaya dan kod etika kerja seseorang kerana setiap daripada mereka berkhidmat menurut keperluan dan risiko tersendiri.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/06/pakaian-jururawat-jangan-terlalu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Pakaian Jururawat Tak Patuh Syariah Nga Tuntut Mp Kuantan Mohon Maaf

Isu Pakaian Jururawat Tak Patuh Syariah Nga Tuntut Mp Kuantan Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 151 hits
KUALA LUMPUR Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming menggesa ahli parlimen pembangkang Wan Razali Wan Nor memohon maaf kepada warga jururawat kerana mengkritik etika pemakaian uniform jururawat wanita yang didakwanya ketat dan tidak patuh syariah ...
Mp Kuantan Dakwa Pakaian Jururawat Wanita Ketat Dan Tidak Patuh Syariah

Mp Kuantan Dakwa Pakaian Jururawat Wanita Ketat Dan Tidak Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 165 hits
KUALA LUMPUR Etika berpakaian jururawat wanita di kebanyakan fasiliti kesihatan awam di negara ini disifatkan tidak patuh syariah Justeru Wan Razali Wan Nor menggesa kerajaan melihat semula etika berkenaan supaya golongan itu diberi pilihan...
Pakaian Jururawat Ketat Ahli Parlimen Kuantan Di Minta Tundukkan Pandangan

Pakaian Jururawat Ketat Ahli Parlimen Kuantan Di Minta Tundukkan Pandangan

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 217 hits
SHAH ALAM Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah menasihati Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor agar menundukkan pandangan sekiranya tidak berpuas hati dengan pakaian seragam jururawat Menurutnya kenyataan pemimpin Pas itu yang mendakwa isu p...
Hiburan Siapa Yang Tak Move On Ni Lufya Terima Permohonan Maaf Minta Julia Jangan Jolok Sarang Tebuan

Hiburan Siapa Yang Tak Move On Ni Lufya Terima Permohonan Maaf Minta Julia Jangan Jolok Sarang Tebuan

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 204 hits
Semalam pelakon Lufya Omar meluahkan rasa berang apabila isteri kepada bekas suaminya Julia Farhana didakwa menggunakan nama anak perempuannya Laana Haura untuk meraih publisiti Bukan itu sahaja Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah binti Shei...
Aktiviti Membakar 500 Kalori Jangan Marah Ibu Tidur Selepas Menyusukan Anak

Aktiviti Membakar 500 Kalori Jangan Marah Ibu Tidur Selepas Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 224 hits
Aktiviti menyusu badan merupakan antara kaedah bonding terbaik antara ibu dan bayi Ketika menyusu badanlah rembesan hormon terjadi yang dapat mengeratkan hubungan istimewa antara ibu dan bayi Walaupun menyusu nampak mudah tapi hakikatnya ya...
Jangan Take Too Personal Dalam Semua Perkara Yang Berlaku Di Sekeliling Kau Copypaste

Jangan Take Too Personal Dalam Semua Perkara Yang Berlaku Di Sekeliling Kau Copypaste

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 193 hits
JANGAN TAKE TOO PERSONAL DALAM SEMUA PERKARA YANG BERLAKU DI SEKELILING KAU COPYPASTEJangan take too personal dalam semua perkara yang berlaku sekeliling kau Seolah olah dunia ini berkisar tentang kau seorang je Bila manager bagi nasihat Ka...
Orang Kata Jangan Beli Banyak Banyak Bersalin Julai Nanti Wany Hasrita Dah Buat Persiapan Jadi Ibu

Orang Kata Jangan Beli Banyak Banyak Bersalin Julai Nanti Wany Hasrita Dah Buat Persiapan Jadi Ibu

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 214 hits
Bakal melahirkan cahaya mata sulungnya pada Julai nanti penyanyi Wany Hasrita rupanya sudah pun mempersiapkan beberapa perkara untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya Hal itu dikongsikan oleh Wany sendiri menerusi beberapa perkongsian vide...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belian Online Amway Ramai Tak Tahu Cara Paling Jimat Ini

Ultimate Healthy Ground Beef Recipes Bodybuilding

Makam Pahlawan Mat Kilau

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam