Pakai Susuk Untuk Cantik Menurut Islam



Pakai Susuk Untuk Cantik Menurut Islam
Sebelum aku menaip lebih panjang tentang pengakuan seorang hamba Allah yang mengaku pakai susuk untuk kelihatan cantik, aku mohon jangan ada sekelumit rasa menyampah atau pun nak hina kerana apa yang telah dia lakukan. Kita hanyalah hamba Tuhan yang lemah dan jangan sesekali cuba lakukan tugas Tuhan serta menjatuhkan hukuman.

Aku ceritakan kembali pengakuan tuan badan yang telah mengaku pakai susuk dalam satu rancangan temual “Sebelum Terlambat” yang telah ditayangkan di Astro Prima saluran 105. Ini merupakan siaran ulangan, rancangan ni dah ditayangkan masa tahun 2014 – 2015.

Untuk aku pula ia merupakan pertama kali aku tonton rancangan tu dan hos dia adalah Dynas Mokhtar. Selain Pian, panel jemputan lain seperti Dr Amirul Nazri dan juga Pakar Motivasi terkenal Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadilah Kamsah.

Tetamu jemputan untuk minggu itu ialah Pian Cecupak. Mungkin yang sebaya dengan aku lahir tahun 80 an kebelakang kenal kot Pain Cecupak. Dulu dia merupakan pelawak dan pengacara yang memeriahkan industri hiburan tanah air. Long short story aku nak kongsikan pesanan yang Pian Cecupak ni bagi yang aku rasa penting sangat aku kongsikan dengan korang juga. Teruskan membaca ya.



Mengaku Pakai Susuk
Memang aku salute sangat dengan keberanian dia untuk mengaku dan sudi ditemuramah dalam tv. Dia kongsikan yang dia pernah buat salah dan dia sekarang dia dah bertaubat dan dalam proses pemulihan. Masalah utama dia adalah dia obsess dengan susuk. Hidup dia jadi tunggang langgang dan akhirnya keluarga dia hancur serta berakhir dengan penceraian. Sedih juga bila dia ceritakan anak-anak dan isteri menjadi mangsa apabila sering dicemuh masyarakat.

Untuk pengetahuan susuk ni ada banyak jenis; ada susuk berlian, susuk emas, susuk jarum, susuk tembaga dan banyak lagi lah. Susuk haram dipakai bagi orang Islam. Perbuatan memakai susuk adalah termasuk dalam kategori merubah ciptaan Allah. Banyak tujuan susuk dipakai, ada yang nak cantik, nak kebal, kuat dan macam-macam lagi.

Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadilah Kamsah ada ulas tentang susuk dari segi Islam adalah Haram kerana perbuatan memasukan jin kafir di bahagian tubuh badan untuk kelihatan cantik. Ada orang masukan susuk di bahagian muka, dada, punggung, tulang belakang dan mana-mana anggota mengikut tujuan si pemakai.

Pian mengaku pakai susuk masa dia aktif mencari job. Kenapa susuk? Semestinya nak nampak cantik dan dia akui memang banyak job yang masuk. Tahap obsess dia tu memang tahap kronik yang mana dia mengaku pernah buat suntikan dekat bahagian punggung sebanyak 886 kali dan suntik di muka lebih banyak dari itu. Akibat ketagihan, dia pernah diserang penyakit strok sebanyak dua kali sehingga hari ini.

Mengikut pendapat Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadilah Kamsah orang yang pakai susuk adalah orang yang mempunyai masalah jiwa iaitu kurang keyakinan dengan diri sendiri. Tak rasa diri cantik dan tak yakin kalau tak pakai alat untuk nampak cantik. Ianya satu penyakit dan perlu dirawat.

Khusus untuk mereka yang memang ada masalah ketagihan, penyakit ini akan dapat dirawat jika diri sendiri sedar dan mahu berubah. Apa perlu mereka buat adalah perlu kenal pasti tahap obsess dan berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan.

Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadilah Kamsah pesan juga andai kita ada kawan-kawan yang terlibat dengan masalah obses dengan susuk dan ingin berubah tolong jangan pinggirkan dan tinggalkan dia. Orang begini tak boleh dibiarkan berseorangan dan dia amat perlukan sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Kesan Pakai Susuk Terhadap Diri
Melalui penerangan panel jemputan, kesan pakai susuk bukan terhadap kesihatan fizikal (jasmani) sahaja tetapi melibatkan kesan terhadap mental (rohani) seseorang.

Kesan Terhadap Kesihatan

Dari segi kesihatan, doktor melarang pakai susuk kerana boleh akibatkan kesan secara langsung dan tidak langsung. Kesan langsung adalah seperti mendapat penyakit akibat memasukan benda asing ke dalam tubuh badan contohnya jarum. Jika jarum yang ada didalam tubuh dan kemudian jarum tersebut karat ianya boleh akibatkan pembentukan darah beku. Jika dimasukan berdekatan dengan organ penting seperti jantung boleh akibatkan sakit jantung dan strok. Ia juga boleh menjadi punca penyakit barah

Kesan tidak langsung pula adalah dari sudut fisiologi. Orang yang pakai susuk adalah orang yang mempunyai tahap keyakinan diri yang sangta rendah. Ini akan memburukan lagi apabila seseorang terlalu bergantung kepada susuk untuk sentiasa cantik.

Aku tertarik dengan perkongsian Doktor tentang pesakit yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan tapi bukan disebabkan oleh susuk tetapi tak sengaja doktor dapat kenal pasti pesakit memakai susuk.



Apa yang berlaku, ada kes pesakit kemalangan dan buat MRI. Kantoi bila doktor jumpa banyak benda asing dalam result MRI. Ada juga yang datang kerana simtom seperti sering sakit kepala tetapi tidak tahu punca walaupun dah banyak kali dapat rawatan.

Kesimpulan

Walau apa jua alasan yang kita beri, amalan memakai susuk adalah berdosa besar dan salah di sisi agama. Ibaratnya kita pakai dan sihirkan diri sendiri. Bukankah itu menzalimi diri? Masih belum terlambat untuk mereka yang pernah terlibat. Allah sentiasa mengampuni dosa umatNya kerana Tuhan itu Maha Pemurah. Carilah ustaz yang berilmu dan berpengalaman untuk bantu anda pulih. Biar kita nampak hodoh dimata manusia tapi cantik bila bertemu Tuhan yang satu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/02/pakai-susuk-untuk-cantik-menurut-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Isteri Beli Tudung Pakai Cantik Cantik Dia Tak Harap Lelaki Lain Puji Tapi Suami Sendiri

Bila Isteri Beli Tudung Pakai Cantik Cantik Dia Tak Harap Lelaki Lain Puji Tapi Suami Sendiri

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 549 hits
Sebak juga bila tengok tudung isteri saya ni Bila saya fikirkan balik banyaknya kurang saya ni sebagai suami Bila isteri beli tudung dan pakai cantik cantik Dia tak harapkan lelaki tepi jalan puji dia Dia tak harapkan lelaki lelaki tempat d...
Jangan Terlalu Teruja Pamerkan Gambar Scan Bayi Untuk Tatapan Umum Ini Hukumnya Menurut Islam

Jangan Terlalu Teruja Pamerkan Gambar Scan Bayi Untuk Tatapan Umum Ini Hukumnya Menurut Islam

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 357 hits
Setiap pasangan yang mendapatkan khidmat imbasan janin untuk melihat perkembangan si manja dalam kandungan pasti sangat teruja Keterujaan ini tidak habis di bilik imbasan sahaja pasti setiap daripada kita akan mengambil peluang untuk memuat...
Cantik Mempesona Ivanka Trump Berselendang Tanda Hormat Negara Islam

Cantik Mempesona Ivanka Trump Berselendang Tanda Hormat Negara Islam

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 353 hits
Betullah orang kalau dah cantik pakailah apa sahaja pasti nampak elok terletak Ivanka Trump mencuri tumpuan selepas mengenakan persalinan paling merendah diri dengan dress labuh tertutup bersama selendang ketika menghadiri conference di Abu...
Institusi Islam Melayu Terancam Bawah Ph

Institusi Islam Melayu Terancam Bawah Ph

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 324 hits
DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT TAKIRIBERDASARKAN kepada Fasal II Perlembagaan DAP matlamat utama penubuhannya adalah untuk mensekularkan Malaysia dan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia Di atas asas ini walaupun Perlem...
Ph Cabar Islam Kemerdekaan Dan Kedaulatan

Ph Cabar Islam Kemerdekaan Dan Kedaulatan

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 169 hits
HARAKAHDAILY BANDAR TUN RAZAK Pemerintahan PH hari ini telah bertindak mencabar tiga teras utama terpenting negara iaitulah kesucian Islam kemerdekaan Tanah Melayu dan juga kedaulatan pertiwi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Rosni Adam ...
Pas Lebih Islam Tapi Fitnah Power

Pas Lebih Islam Tapi Fitnah Power

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 225 hits
Ketika tanah kubur RM 200K masih merah Ketua Penerangan PAS Perak pula berdepan saman jika tidak memohon maaf dalam tempoh tujuh hari kerana kenyataan fitnah Aku pun kurang faham apa sebenarnya perkara yang bersarang dalam otak dan hati pem...
Menilik Sejarah Perkembangan Islam Paling Awal Di Jawa Timur

Menilik Sejarah Perkembangan Islam Paling Awal Di Jawa Timur

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 240 hits
Islam di Jawa Timur memang sudah jauh berkembang dibanding saat pertama kali datang Kenyataan itu meneguhkan bahwasanya upaya untuk menilik kesejarahan Islam di masa masa paling awal kedatangannya senantiasa perlu dilakukan
Polis Buru Kelvin Cao Kerana Hina Islam Perkauman

Polis Buru Kelvin Cao Kerana Hina Islam Perkauman

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 344 hits
POLIS Diraja Malaysia memburu pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Kelvin Cao kerana dipercayai menghina agama Islam dan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Roze Shaar...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025