Pakai Gaun Pengantin Jika Saya Tak Pulang Nahas Lion Air
BERITA PENUH : HMETRO
Biarpun impian ke jinjang pelamin bersama tunangnya musnah selepas terkorban dalam nahas pesawat Lion Air, seorang wanita tetap ingin mengabadikan kenangan terakhir.Intan Syari sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan yang dikenali sejak kecil, Rio Nanda Pratama pada Ahad lalu namun tunangnya terbunuh dalam nahas Lion Air ketika dalam perjalanan pulang ke Pangkal Pinang.Susulan itu, Intan mengambil gambar dengan memakai gaun pengantin dan cincin perkahwinan semata-mata ingin menunaikan hasrat terakhir tunangnya sebelum terkorban bersama 188 mangsa dalam pesawat yang terhempas di Laut Jawa itu.Rio Nanda dikatakan sempat bergurau sebelum nahas bahawa jika dia tidak tiba, tunangnya itu masih boleh mengambil gambar dan menghantar kepadanya.Dia dikatakan memberitahu tunangnya: “Jika saya tidak pulang pada 11 November, kamu masih boleh memakai gaun pengantin yang saya pilih.“Pakai mekap cantik dan minta bunga ros putih. Ambil gambar yang cantik dan hantar kepada saya,” katanya.Intan memuat naik gambarnya di akaun Instagram sambil meluahkan perasaannya pada keterangan gambar.“Walaupun kesedihan ini sukar digambarkan, saya masih senyum untuk kamu. Saya tidak boleh bersedih tetapi perlu sentiasa kuat seperti yang kamu selalu pesan.“Kepada buah hati saya, Rio Nanda Pratama, terima kasih kerana memberikan saya seorang adik yang baik, tabah, bijak serta baik seperti kamu.“Walaupun kamu tiada di sisi semalam, adik menemani saya untuk memenuhi hasrat terakhir kamu.“Saya tahu kamu gembira di tempat paling abadi yang orang lain mahukan. Saya ingin kamu tahu cinta kita tidak akan hilang dan kami sayang kamu buat selama-lamanya,” tulisnya.Intan turut menulis, dia mengenali tunangnya yang juga seorang doktor itu sejak di sekolah menengah ketika berusia 13 tahun dan menyifatkan lelaki itu sebagai cinta pertamanya.Manakala perancang perkahwinan, Adila Organizer yang mengambil gambar menyentuh perasaan itu turut memuat naik di media sosial dan menceritakan kisah tragis pasangan itu.“Intan Syari yang cantik, baik dan tabah. Dr Rio Nanda Pratama... mengisi hidupnya setiap hari sejak 13 tahun lalu. Mereka kenal sejak zaman persekolahan. Pada mulanya hanya rakan biasa kemudian menjadi rapat dan ingin mendirikan rumah tangga. Namun, tuhan ada perancangan yang lain,” tulisnya.Pada 29 Oktober lalu, pesawat baru Boeing 737 MAX itu terhempas kira-kira 13 minit selepas berlepas dari Jakarta menuju ke Pangkal Pinang pada 29 Oktober lalu menyebabkan semua 189 penumpang dan anak kapal maut.Terima kasih ke sini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cikmudahimawary.com/2018/11/pakai-gaun-pengantin-jika-saya-tak.html