Pak John Steamboat E Curve Mutiara Damansara
Steamboat!!! Ok aku antara penggemar steamboat yang tegar dan kalini dierang bukak satu dekat dengan opis aku which is E@Curve. Pak John Steamboat all you can eat dinner buffet!! Untuk pengetahuan semua, Pak John Steamboat ni Halal yea. Meh nengok sikit ape benda yang dierang ada kat sini
Sempat amek gambor kedai dierang sebelom operasi, Kawasan yang luas dan selesa, dierang bukak kat Lower Ground Floor dan memang puas hati la dierang dapat lot kedai besor kat situ.
Kebetulan masa aku pegi tu ada promotion 2 for 1 promotion dan kalau takde promotion pon price dia sangat berbaloi dengan apa yang dierang hidangkan untuk all you can eat kat situ. Dinner buffet start kul 6 sampai 10malam, leh duk kat situ sampai bengkak.
Memang banyak pilihan kat sini, dari sayur2 dia, fishball dia, seafood pon ok,cuma mungkin hari pertama dia bukak so pilihan seafood agak limited tapi kalau tengok pada menu patut ada macam2 lagi, so masa kami datang tu ada sotong, siput buluh, udang, dan siput je sebagai pilihan makanan laut dia, aku mengharapkan nanti dierang akan letak salmon, ketam dan seafood lain sebb tu semua ada dalam menu dia. Dan kalau korang nak makan daging, daging lembu dan kambing juga disediakan korang cuma perlu mintak kat kaunter daging je. Yang bestnya periuk dia ada grill jugak dan non stick, so sangat best untuk grill daging kat situ.
Lupa nak bagitau, ada dua pilihan sup, sup ayam dan sup tomyam, so kepada yang suka pedas leh pilih tomyam sebab memang cukup pedas dan kalau tak cukup pedas lagi pencicah untuk stimbot ni dah cukup pedas utk memuaskan nafsu pedas anda
Selain dari pilihan makanan untuk stimboat, ada gak makanan goreng2 seperti nugget, fish cake, nasi goreng, bihun goreng pon ada, dan tak dilupai ada pencuci mulut turut disediakan iaitu sofr icecream ada pilihan coklat dan grean tea atau kedua duanya sekali, ada gak ice cream potong pelbagai pilihan
Secara kesuluruhannya sangat berpuas hati makan kat sini dan sangat sesuai untuk melepak bersama kawan kawan dan bersama keluarga kerana korang ada banyak masa untuk bersembang sembang sementara menunggu food tu siap masak. Jadi apa lagi, meh datang kesini dan makan2 :)
TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM28+ /Person
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Lot LG-13A & LG-15, Lower Ground Floor, Ecurve.No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://foodt8ge.blogspot.com/2013/11/pak-john-steamboat-ecurve-mutiara.html