Pais Ikan Warisan Nusantara


Pais ikan merupakan antara makanan pertama yang saya pelajari sejak berhijrah ke bumi Ireland. Maklumlah, kalau dah nama anak Melayu, memang tak sahlah kalau tak makan nasi. Meskipun keseronokan menikmati fish and chips dan kebab di gerai-gerai Arab dan Pakistan di tepi jalanan Cork tika angin dingin musim sejuk bertiup, tapi yang dicari akhirnya tetap ikan goreng, sambal belacan dan nasi.
Belajar di perantauan memberi peluang untuk saya berjinak-jinak dalam dunia masakan dan membuatkan saya mula menghargai keunikan serta keenakan masakan Malaysia. Saya masih ingat lagi apabila saya mnghubungi mama di Malaysia semata-mata ingin mendapatkan resepi masakan yang ringkas dan boleh disediakan dengan mudah. Kerinduan pada masakan Melayu memang membuak-buak ketika itu. Dan resepi yang mama pilih? Resepi yang saya akan ingat sampai bila-bila. Boleh dikatakan juga, bahawa resepi ini ‘cinta pertama’ saya dalam dunia memasak.
Resepi pais ikan ini memang cukup mudah dan tak merenyahkan langsung. Dalam 20 minit, anda sudah boleh menikmatinya. Rahsia pada ikan pais yang enak mestilah jenis ikan yang digunakan dan rasa pedas rempah pais itu. Saya suka menggunakan ikan yang isinya rasa lemak, seperti ikan mackerel kerana ikan sebegitu menaikkan lagi rasa rempah pes pais yang disediakan. Memang naik selera betul!
Bahan-Bahan:
Ikan Mackerel, dibelah tengah dan dicuci5-6 helai daun limau, dimayang halus2 cawan kelapa parut2 biji bawang merah saiz sederhana10 biji cili padi (ikut kepedasan sendiri)4-5 tangkai cili kering, direbus 4 ulas bawang putih1 inci kunyit hidup, diracik halus3 batang serai, diracik halus1-2 biji telur 1 sudu teh air asam jawaGaram dan gula secukup rasa3 sudu besar santan, opsyenalBeberapa helai daun pisang, layur sedikit supaya tidak koyak sewaktu balutSedikit minyak Cara-Cara:
Kisar kelapa parut, bawang merah, cili padi, cili kering, bawang putih, kunyit hidup, serai, telur, air asam jawa dan santan hingga halus. Masukkan bahan kisar di dalam mangkuk dan sumbat ke dalam ikan. Jika terdapat lebihan sapu di bahagian tepi dan atas ikan.Sapu sedikit minyak di atas daun pisang dan letakkan ikan di tengah-tengah. Tabur daun limau yang diracik. Kemudian, balut ikan dan panggang selama 10-15 minit atau hingga ikan masak. Gunakan api sederhana. Tip:
Untuk pais ikan yang lebih menyelerakan, panggang ikan hingga sedikit garing untuk menyerlahkan lagi rasa salai ikan. Makan Bersama Nasi dan Ulam Pais ikan ini disyorkan untuk dinikmati panas-panas bersama sedikit sambal belacan dan ulam-ulaman. Kesederhanaan masakan ini yang menjadikan anda lebih berselera nanti.
Saya berharap perkongsian saya ini sedikit sebanyak membantu anda sepertimana resepi ini ‘menyelamatkan’ saya ketika belajar di perantauan. Siapa sangka makanan yang kita sentiasa tidak hiraukan akan menjadi antara makanan yang kita paling rindui apabila kita berada jauh dari negara sendiri.
Untuk lebih banyak resepi-resepi Melayu yang dimudahkan untuk disediakan semasa merantau di luar negara, anda boleh ikuti saya di laman Instagram masakan saya, @agakagakfoodnetwork.
Jika anda juga ingin berkongsi resepi keluarga atau resepi kegemaran Malaysia anda, anda boleh hantarkan emel ke Butterkicap di [email protected]. Di Butterkicap, makanan menyatukan kita semua.
The post Pais Ikan Warisan Nusantara appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/food-journeys/selera-kita/pais-ikan-warisan-nusantara

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Jumpa Pemimpin Ph Warisan Tanpa Pkr

Dr M Jumpa Pemimpin Ph Warisan Tanpa Pkr

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 436 hits
Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan beberapa pemimpin Pakatan Harapan tengah hari tadi Bagaimanapun tiada kelibat pemimpin PKR dilihat dalam pertemuan tersebut Pembantu bekas perdana menteri Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin berkongsi gambar pert...
5 Jenis Ikan Yang Sedap Di Bakar

5 Jenis Ikan Yang Sedap Di Bakar

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 2227 hits
Menu berbuka puasa Ramadhan ke dua puluh dua semalam masak ikan cencaru bakar lagi Ikan bakar lah masakan paling senang Gaul dengan garam dan serbuk kunyit perencah dia pun dah sedap rasa dia Ikan bakar ni kena makan panas panas Tak semua o...
You Re Just Like Bn Bersih Slams Warisan On Glc Appointments

You Re Just Like Bn Bersih Slams Warisan On Glc Appointments

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 293 hits
Warisan has announced the appointments of Penampang MP Darell Leiking as chairman of Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd and Sepanggar MP Azis Jamman as head of state investment arm Warisan Harta Sabah Sdn Bhd KOTA KINABALU El...
Mahathir Meets Harapan Warisan Leaders But Pkr Is No Show

Mahathir Meets Harapan Warisan Leaders But Pkr Is No Show

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 345 hits
Dr Mahathir Mohamad met with several Pakatan Harapan leaders this afternoon PKR leaders were notably absent from the meeting The former premier s aide Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin shared an image of the meeting on Facebook earlier today Tod...
Dr M Jumpa Pemimpin Ph Warisan Pkr Diketepikan Saifuddin Nasution Enggan Ulas

Dr M Jumpa Pemimpin Ph Warisan Pkr Diketepikan Saifuddin Nasution Enggan Ulas

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 339 hits
Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan beberapa pemimpin Pakatan Harapan tengah hari tadi Bagaimanapun tiada kelibat pemimpin PKR dilihat dalam pertemuan tersebut Pembantu bekas perdana menteri Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin berkongsi gambar pert...
Dapur Fiezasani Resepi Sup Ikan Merah Mudah Dan Sedap

Dapur Fiezasani Resepi Sup Ikan Merah Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 514 hits
Percubaan pertama k fiezz masak sup ikan merah ni For info k fiezz mr hubby tak pernah makan pun ikan merah ni Tak tahu pun rasa dia sedap ke idak tapi k fiezz rasa sedap sebab harga dia mahal juga sekilo hehe Asyik masak ayam daging sotong...
Kemboja Benarkan Eksport Beras Ikan Minggu Depan

Kemboja Benarkan Eksport Beras Ikan Minggu Depan

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 445 hits
Seorang vendor menyusun berguni guni beras untuk jualan di Phnom Penh Kemboja membenarkan pengeksportan beras ke pasaran antarabangsa mulai 20 Mei ini PHNOM PENH Kemboja menarik balik larangan mengeksport ikan dan beras bagi memastikan beka...
Perbudakan Abk Indonesia Teman Saya Meninggal Dan Disimpan Sebulan Di Tempat Pendingin Ikan

Perbudakan Abk Indonesia Teman Saya Meninggal Dan Disimpan Sebulan Di Tempat Pendingin Ikan

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 175 hits
Teman saya meninggal karena disiksa lalu disimpan sebulan di tempat pendingin ikan dan dibuang ke laut Sementara kami berempat tidak tahan dipukul disiksa akhirnya kami selamat dengan melompat dari kapal 12 jam terombang ambing di laut demi...
1 Ton Ikan Untuk Tenaga Medis Kota Kediri

1 Ton Ikan Untuk Tenaga Medis Kota Kediri

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 229 hits
Ide menyumbangkan ikan ini bermula dari instruksi Presiden RI kepada Menteri Kelautan dan Perikanan lalu diteruskan ke jajaran tingkat daerah untuk menggalakkan mengonsumsi ikan kepada masyarakat pada masa pandemi
Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb

Hajiji S Strategic Moves Reshape Sabah S Politics In 2024 A Year Of Political And Infrastructure Transformation

5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al Mulk

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu