Pahang Benar Acara Akad Nikah Secara Bersyarat


Kerajaan negeri Pahang memutuskan untuk membenarkan permohonan mengadakan acara akad nikah namun secara bersyarat, yang sebelum ini ditangguhkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, mereka yang berhasrat mengadakan acara itu perlu melengkapkan borang permohonan khas secara dalam talian di https://emunakahat.pahang.gov.my/ sebelum diemelkan ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
PAID seterusnya akan membuat semakan dengan Pejabat Kesihatan Daerah bagi mengesahkan pihak yang akan menghadirinya bukan daripada senarai pesakit dalam siasatan (PUI) atau pesakit dalam pemantauan (PUS) kerana mereka dilarang berada dalam acara itu.
“Keutamaan diberikan kepada bakal pengantin yang telah mendapat kebenaran berkahwin daripada PAID dan acara akad nikah hanya boleh dilakukan di PAID atau tempat yang difikirkan sesuai oleh kadi daerah mengambil kira faktor keselamatan dan pematuhan tatacara yang disyaratkan.
“Borang permohonan yang lengkap mengambil masa selama tujuh hari untuk diproses dan pemohon akan dimaklumkan melalui e-mel bagi menentukan tarikh dan masa acara akan berlangsung,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Wan Rosdy berkata acara itu juga hanya boleh dihadiri tidak lebih lapan orang termasuk jurunikah, dua saksi yang ditentukan kadi, wali dan pasangan pengantin dengan tempoh masa maksimum akad nikah berlangsung selama 20 minit serta tiada upacara berkaitan adat dibenarkan.
Mereka yang hadir juga perlu mematuhi langkah keselamatan seperti memakai penutup mulut dan hidung, melepasi saringan suhu badan, menggunakan cecair pembasmi kuman, mengamalkan jarak sosial serta memberi alamat dan nombor telefon terkini kepada kadi.
“Kadi daerah atau wakilnya berhak menangguhkan acara jika pihak terlibat tidak mematuhi syarat yang ditetapkan dan PAID juga akan merakam gambar acara untuk laporan dan rekod jika berlaku perkara berbangkit pada masa hadapan,” katanya.
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini memutuskan supaya semua urusan akad nikah ditangguhkan sepanjang PKP yang dilaksanakan bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19 dengan fasa keempat perintah itu dijadualkan tamat pada 12 Mei ini.
Sumber: BERNAMA
The post Pahang Benar Acara Akad Nikah Secara Bersyarat appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/26/pahang-benar-acara-akad-nikah-secara-bersyarat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaim Benar Semula Majlis Akad Nikah

Jaim Benar Semula Majlis Akad Nikah

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 460 hits
Melaka hari ini membenarkan semula majlis akad nikah yang sebelum ini ditangguhkan bagi mengekang penularan Covid 19 Menurut Bernama Jabatan Agama Islam Melaka bagaimanapun dalam satu kenyataan berkata majlis berkenaan perlulah mengikut gar...
Akad Nikah Online Jika Terdesak Jaips

Akad Nikah Online Jika Terdesak Jaips

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 350 hits
Dziyaul Afnan Abdul Rahman PELAKSANAAN akad nikah dalam talian atau melalui sidang video ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan hanya akan dilaksana di Perlis sekiranya terdapat keperluan mendesak Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama...
Covid 19 Jawi Laksana Akad Nikah Secara Online

Covid 19 Jawi Laksana Akad Nikah Secara Online

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 717 hits
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah melaksanakan majlis akad nikah membabitkan satu pasangan pengantin secara sidang video pada jam 10 pagi tadi Pengarah Jawi Mohd Ajib Ismail berkata pelaksanaan majlis berkenaan selaras dengan ke...
Akad Nikah Online Pertama Di Malaysia

Akad Nikah Online Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 640 hits
Akad Nikah Online Pertama Di Malaysia Nampak nya ada berita baik buat pasangan yang ingin melaksanakan ijab dan kabul walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Akad Nikah Online Pertama Di Malaysia Jabatan Agama Islam Wilayah Persek...
Akad Nikah Di Perak Sepanjang Pkp Hanya Di Pejabat Agama

Akad Nikah Di Perak Sepanjang Pkp Hanya Di Pejabat Agama

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 335 hits
Akad nikah di Perak sepanjang PKP hanya di pejabat agama Dikemas kini 5 minit yang lalu Diterbitkan pada 16 Apr 2020 2 59PM
Pertama Di Malaysia Pengantin Akad Nikah Online Di Rumah Masing2

Pertama Di Malaysia Pengantin Akad Nikah Online Di Rumah Masing2

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 461 hits
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menjayakan akad nikah pasangan pengantin baru secara atas talian yang pertama di Malaysia pagi tadi berikutan kekangan akibat wabak Covid 19 Menerusi sidang video itu pasangan Muhammad Don Haadi Don P...
Catat Sejarah Jadi Akad Nikah Online Pertama Di Malaysia Majlis Kurang Dari 15 Minit

Catat Sejarah Jadi Akad Nikah Online Pertama Di Malaysia Majlis Kurang Dari 15 Minit

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 729 hits
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah mengizinkan pasangan pengantin untuk melangsungkan pernikahan secara online bagi kes tertentu Pernikahan pertama secara atas talian di Malaysi...
Air Mata Bayi Di Luar Nikah Itu Meleleh Saat Ditinggal Ibunya

Air Mata Bayi Di Luar Nikah Itu Meleleh Saat Ditinggal Ibunya

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 355 hits
Biasanya orangtua akan menempatkan anak gadis mereka yang terlanjur dan hamil di luar nikah di rumah perlindungan Baitus Solehah Malaysia Tujuannya adalah supaya anak mereka itu mendapat perlindungan yang sebaiknya selama masa kehamilan Ten...
Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Ideas Malaysia Us Trade Pact A Blemish On Asean Chairpersonship

Ngo To File Macc Report Plans March Over Police Inaction In Indira Case

Ruji Who Villagers Puzzled By Pkr S Ex Esscom Chief Pick For Merotai

All Foreign Halal Certification Subject To Malaysian Standards Na Im

Malaysia Launches Manhunt For Seven Linked To Singapore S Scam Network

Vast Forest Fire At Bukit Jelutung Captured In Viral Video

Beyond Oil Palm Sector Finds New Value In Bio Mass And Sustainability


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 34

China Sudah Gantikan Cip Ai Nvidia Dan Kini Tak Perlukan Lagi Teknologi As

Ada Persamaan Ada Perbezaan

Monolog Jiwa Masih Kuat Walau Tak Terlihat

Abang Ipar Maut Ditetak Kepala Terputus Suspek Serah Diri Lepas 15 Minit Dipujuk

Hiburan Rasa Tak Puas Hati Boleh Bawa Ke Mahkamah Bekas Suami Nora Danish