Padang Menyedihkan Cuba Lihat Padang Di Stadium Jdt
Padang, padang oh padang. Sebelum ini Ohmedia ada naikkan satu artikel mengenai kekecewaan jurulatih pasukan UAE dengan keadaan padang yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil dan dilihat amat menyedihkan. Persoalannya, betul ke padang kita menyedihkan?
Untuk menjawab itu, Ohmedia tertarik dengan saranan dari Ketua Unit Pengurusan Kemudahan dan Acara Pusat Sukan USIM, Nur Ekmal Buhary yang melihat kualiti padang di Stadium Bukit Jalil tidaklah teruk dan jenis rumput cowgrass yang digunakan sebenarnya sudah bagus dan sesuai dengan cuaca di negara kita.
Tapi walaupun rumput jenis cowgrass ini sesuai dan kos juga tidak terlalu tinggi, tapi ia mungkin kurang sesuai dengan keperluan permainan bola sepak bertaraf dunia yang laju. Jadi, apa agaknya jenis rumput yang sesuai? Ekmal mengatakan, jika ingin melihat rumput paling terkini dan terbaik, boleh tengok rumput JDT.
Mungkin di negara lain seperti UAE mereka tidak guna cowgrass, jadi memang mereka akan rasakan perbezaan kerana fizikal rumput itu sendiri. Atas dasar itu mungkin mereka rasa tidak senang kerana taktikal tidak menjadi tetapi pada saya, sebagai orang yang terlibat dengan pengurusan padang, jika penyelenggaraan dibuat mengikut jadual, semuanya akan berjalan baik. Apa pun, kalau PSM mahu melihat satu lagi opsyen, mereka boleh tengok padang di stadium baharu JDT. Ia menggunakan rumput terkini iaitu Zoysia Zeon. Rumput ini juga diguna di Gelora Bung Karno, Jakarta, katanya.
Aha, jadi sebenarnya negara kita dah ada padang terbaik di dunia yang terletak di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri. Tidak ada alasan lagilah lepas ni untuk kita perbaiki kualiti padang dan tidak salah kiranya kita berkongsi ilmu bagi memastikan kualiti permainan bola sepak negara.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Media Makan
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2019/09/padang-menyedihkan-cuba-lihat-padang-di.html