Pacific Senior Living Memperkenalkan Acacia Kediaman Premium Warga Emas


Menjelang 2030, penduduk Malaysia diunjur menjadi masyarakat menua dengan mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas merangkumi 15% daripada jumlah keseluruhan penduduknya. Tambahan pula, dengan gaya hidup generasi muda yang berfokuskan kerjaya, warga emas di Malaysia akan sering menghadapi cabaran yang timbul daripada persepsi ketidakupayaan dan kebergantungan 24 jam mereka. Bagi menangani penuaan penduduk dan sekaligus menyediakan persekitaran hidup yang lebih kondusif bagi mereka, adalah ketara bahawa keperluan untuk menyediakan lebih banyak kediaman sepenuh masa di Malaysia semakin meningkat



Pacific Senior Living, sebuah jenama memuncul dalam kediaman warga emas di bawah Columbia Pacific Management Group, telah secara rasmi memperkenalkan kediaman warga emas pertamanya, Acacia, di Bandar Diraja Klang, Malaysia. Hartanah mercu tanda ini telah dirasmikan oleh Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini

Kedudukan strategiknya di pusat bandar Klang dan tidak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur, Acacia menawarkan kesejahteraan holistik dan nafas baharu kepada warga emas, dengan kepakaran dan kualiti perkhidmatan yang terbukti. Kediaman ini mewakili pendekatan terobosan dalam gaya hidup warga emas, menampilkan suasana seolah-olah sebuah resort, kemudahan perubatan terkini dan perkhidmatan premium yang direka teliti untuk individu berumur 60 tahun ke atas. Di sebalik persekitarannya yang indah, lokasi utama ini menawarkan ketenangan kepada penghuninya menginap di persekitaran yang penuh bersejarah. Selain itu, penghuni juga dijamin kebolehcapaian mudah kepada kemudahan serta perkhidmatan kritikal



Menurut unjuran Bank Dunia, Malaysia bakal mencapai status negara sangat menua (super-aged nation) menjelang 2056, di mana 20% daripada penduduknya akan berumur 65 tahun dan ke atas.1 Sebagai tindak balas kepada peralihan demografi ini, Ketua Pegawai Eksekutif Pacific Senior Living Sdn. Bhd., Carl Nicholas Isaac melahirkan komitmen beliau dengan menyatakan bahawa, "Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Acacia, kediaman dibantu dan berdikari sulung kami di Lembah Klang yang dibina khas. Ketika Klang semakin menghampiri pengiktirafan sebagai bandar raya keempat di Selangor dan ke-20 di negara ini, kami yakin Klang mampu menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan bertaraf antarabangsa yang akan membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi kemudahan kehidupan warga emas yang inovatif di Lembah Klang.”
Sebagai sebahagian daripada pendekatan kemampanan Pacific Senior Living dan komitmen terhadap daya tahan perubahan iklim, Acacia telah diberi nafas baharu melalui pengambialihan bekas Hotel Merrida yang bertaraf 4 bintang. Acacia menawarkan sejumlah 136 bilik yang direka teliti, menampilkan tiga susun atur berbeza berukuran 312 kaki persegi hingga 592 kaki persegi, yang termasuk pilihan Bilik Superior, Eksekutif dan Premier. Kediaman serba moden ini telah direka bentuk dengan penuh teliti, menggabungkan elemen yang memberi perhatian kepada perincian seperti kelengkapan dan perabot anti-jatuh serta susun atur ergonomik. Residensi ini menawarkan pelbagai kemudahan yang komprehensif, termasuk kolam renang, jakuzi panas, kawasan barbeku, bilik hiburan (karaoke dan bilik tayangan), serta meja biliard dan mahjong, antara lain. Acacia juga menawarkan kemudahan khusus seperti perkhidmatan fisioterapi dalaman dan bengkel hobi, untuk memenuhi pelbagai minat penghuni. 


Pacific Senior Living juga dengan bangganya memperkenalkan ‘Silver Club,’ perkhidmatan jagaan harian inovatif dalam memastikan penghuninya mendapat penjagaan menyeluruh dan menyertai aktivitiaktiviti yang menarik. Perkhidmatan unik ini mewujudkan persekitaran yang mesra dan menarik di mana warga emas boleh menikmati pelbagai aktiviti , bersosial dan mendapat penjagaan profesional di bawah satu bumbung. Menerusi pelbagai program dan perkhidmatan, Silver Club dirancang untuk mempromosi kesejahteraan fizikal, mental dan emosi, segalanya dengan fleksibiliti pilihan jagaan harian

Ciri tambahan ini meningkatkan keselesaan dan ketenangan fikiran bagi mereka yang ingin mendapatkan penyelesaian penjagaan warga emas yang komprehensif dan fleksibel. Ia merupakan bukti dedikasi Pacific Senior Living untuk meningkatkan kualiti hidup warga emas. “Kami memberi penekanan yang amat penting untuk menyampaikan sokongan holistik bagi kedua-dua kehidupan berdikari dan dibantu, terutamanya bagi individu yang bergelut dengan isu seperti gangguan pendengaran, batasan pergerakan dalam rutin harian mereka dan isu mobiliti. Perkara sebegini adalah isyarat jelas tentang perlunya penjagaan khusus. Dengan kerjasama Columbia Asia, penyedia penjagaan kesihatan strategik kami, kami komited untuk memastikan setiap penghuni di Acacia mendapat akses kepada sumber penjagaan kesihatan dan kesejahteraan yang luar biasa di pintu depan mereka," tambah Carl



Acacia menawarkan pelbagai perkhidmatan yang merangkul komitmen tanpa batasan Pacific Senior Living dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan warga emas yang terbaik yang juga meliputi kesejahteraan holistik. Perkhidmatan yang disediakan termasuk, penilaian pra-perubatan sewaktu daftar masuk, lawatan berjadual daripada profesional penjagaan kesihatan, akses 24/7 kepada ‘Wellness Associates,’ (‘caregivers’) pemberian ubat dan suplemen di bawah pengawasan, hidangan khas (gourmet) yang dirancang teliti oleh pakar pemakanan. 
"Pengerusi kami, Encik Dan Baty mengasaskan Hospital Columbia Asia di Kuala Lumpur hampir 30 tahun lalu. Kami tertarik kerana Malaysia menyediakan persekitaran pelaburan yang menggalakkan, penduduknya yang berperibadi mulia, dan peluang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan mampu milik yang berkualiti tinggi. Kami berbangga dengan kejayaan hospital Columbia Asia yang telah menyediakan perkhidmatan kepada jutaan pesakit sedekad lalu. Hari ini, kami berbesar hati kerana Columbia Asia berkhidmat sebagai rakan kongsi perubatan kepada Pacific Senior Living. Dengan pembukaan residensi komuniti warga emas pertama kami di Malaysia, kami sedar bahawa banyak faktor yang berpengaruh masih tidak berubah seperti iklim pelaburan yang kukuh, peningkatan permintaan untuk perkhidmatan kediaman warga emas bertaraf antarabangsa yang berkualiti tinggi, dan, sudah tentunya, kemesraan, layanan baik dan dedikasi rakyat Malaysia,” kongsi Nate McLemore, Pengarah Urusan Global, Columbia Pacific Management



“Ada banyak persamaan dalam kejayaan hidup warga emas tidak kira jika anda berada di New York, Seattle, Shanghai atau Bangalore. Tidak kira budaya, warga emas ingin menjalani kehidupan yang cergas dan bermakna sepanjang zaman keemasan mereka. Mereka mahu dilayan dengan hormat serta bermaruah. Keinginan warga emas yang mahu berhubung dengan rakan penghuni, kakitangan, serta keluarga dan sahabat handai yang berkunjung perlu dilayan juga selain daripada memenuhi keperluan perubatan dan menghulur bantuan dalam kehidupan seharian mereka. Program aktiviti yang mantap juga membantu mengekalkan minda dan badan yang aktif," tambahnya

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang semua perkhidmatan yang ditawarkan, Acacia PSL menjemput orang ramai untuk bagi mengenali secara lebih dekat gaya hidup dan persekitaran yang luar biasa yang disediakan dengan memohon lawatan peribadi. Rebut peluang promosi tempahan awal apabila anda hadir untuk mengecapi kehidupan berkomuniti di kediaman sulung berdikari dan dibantu yang dibina khas Pacific Senior Living










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahagosip.com/2023/12/pacific-senior-living-memperkenalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas Digigit Selepas Cuba Sentuh Ular

Warga Emas Digigit Selepas Cuba Sentuh Ular

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 66 hits
KOSMO Tangan lelaki itu dipatuk selepas cuba menyentuh ular tersebut StompSINGAPURA Seorang lelaki dibawa ke hospital selepas dipatuk seekor ular sawa sepanjang 2 5 meter yang ditangkap orang ramai di Kallang Bahru lapor laman berita Stomp ...
Terengganu Warga Emas Ditahan Laku Amang Seksual Budak Di Pps

Terengganu Warga Emas Ditahan Laku Amang Seksual Budak Di Pps

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 83 hits
Faizul Azlan Razakam hmetro com myKuala Terengganu Lelaki warga emas ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak kanak perempuan berusia tujuh tahun di sebuah pusat pemindahan sementara di Kuala Nerus di sini semal...
Cak Imin Klaim 90 Persen Warga Muhammadiyah Dukung Amin

Cak Imin Klaim 90 Persen Warga Muhammadiyah Dukung Amin

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 89 hits
Cak Imin menyebut Muhammadiyah telah memberikan sumbangsih yang besar sebagai organisasi Islam
Buat Muka Tak Bersalah Penumpang Warga Asing Lepas Hajat Dalam Bas

Buat Muka Tak Bersalah Penumpang Warga Asing Lepas Hajat Dalam Bas

papar berkaitan - pada 25/11/2023 - jumlah : 164 hits
Tular di media sosial video yang dimuat naik seseorang dipercayai pemandu bas ekspres yang memaklumkan terdapat seorang penumpang warga asing membuang air di dalam pengangkutan awam tersebut Dekat mana sorok najis Menerusi video yang dikong...
Warga Nepal Ancam Budak 3 Tahun Dipercayai Mahu Wang Beli Makanan

Warga Nepal Ancam Budak 3 Tahun Dipercayai Mahu Wang Beli Makanan

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 86 hits
BernamaGURUN Seorang kanak kanak perempuan tiga tahun berdepan detik cemas apabila ditangkap dan cuba dilarikan seorang warga Nepal bersenjatakan pisau di hadapan sebuah kedai makan di pekan Jeniang kira kira 7 pagi tadi Ketua Polis Kuala M...
Pemandu Bas Ekspress Berang Penumpang Warga Asing Berak Atas Kerusi

Pemandu Bas Ekspress Berang Penumpang Warga Asing Berak Atas Kerusi

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 127 hits
KIM SYAZIESeorang penumpang lelaki dipercayai warga asing mengundang kemarahan orang ramai apabila didapati membuang air besar di tempat duduk sebuah bas persiaran Menerusi video berdurasi 23 saat yang dikongsi di media sosial kejadian ters...
196 Warga Pdrm Ditahan Kerana Dadah Dalam 10 Bulan Pertama Tahun Ini Kata Kpn

196 Warga Pdrm Ditahan Kerana Dadah Dalam 10 Bulan Pertama Tahun Ini Kata Kpn

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 100 hits
SERAMAI 196 anggota dan pegawai polis ditahan kerana terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain Beliau berkata dalam tempoh sama seramai 623 anggota dan pegaw...
Jalan Sehat Sarungan Gus Ipul Harap Warga Bantu Kota Pasuruan Jadi Kota Yang Bersih Tertib

Jalan Sehat Sarungan Gus Ipul Harap Warga Bantu Kota Pasuruan Jadi Kota Yang Bersih Tertib

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 89 hits
Antusias peserta begitu tinggi dan semangat untuk mengikuti jalan sehat yang diikuti dari usia anak anak hingga lansia
Pastikan Hak Pilih Warga Binaan Terlindungi Pemprov Jateng Koordinasi Dengan Kemenkumham

Pastikan Hak Pilih Warga Binaan Terlindungi Pemprov Jateng Koordinasi Dengan Kemenkumham

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 101 hits
Pj Gubernur Jawa Tengah Nana Sudjana mengatakan dalam sebuah perhelatan pemilu salah satu indikator kesuksesaannya adalah partisipasi pemilih
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

Lemas Tiga Beranak Ditemukan Tidak Lagi Bernyawa Selepas Mandi Manda Di Sungai Balak

Peminat Tempatan Puas Oneus Gegar Kuala Lumpur Di Konsert Jelajah Ke 2 La Dolce Vita

Aktivitas Minggu Pagi Jokowi Bersepeda Di Kawasan Cfd Sudirman Thamrin

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi

Tim Sar Temukan Anak Korban Banjir Bandang Di Luwu Satu Orang Masih Pencarian