Owww Baru Ambo Faham


Che Ibrahim


 Perkembangan KB-Sentral dan Isu Perak Transit/CCCC.



Beberapa hari ini beredar surat dari Bahagian Pelaburan, Pejabat SUK Kelantan berhubung dengan perkembangan projek KB Sentral. Isu yang dibangkitkan adalah kenapa projek ini diberikan kepada Syarikat Perak Transit dan kontraktor utama pembinaannya adalah CCCC-ECRL. Kenapa tidak diberikan kepada syarikat milik orang Melayu atau Bumiputera.


Izinkan saya menjelaskan persoalan di atas bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan. Dari hal KB Sentral ini, pelbagai kaedah telah difikirkan oleh kerajaan negeri untuk menjayakannya. Rakyat pula menunggu dan ingin melihat ianya berjaya dilaksanakan. 


Selain dari penswastaan, kerajaan negeri pernah putuskan untuk membinanya sendiri. Tetapi timbul persoalan siapa pula yang akan mengoperasikannya. Kerajaan negeri tidak ada kepakaran membina dan mengoperasikannya mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.


Projek ini tertangguh dan rakyat tertanya-tanya. Antara sebabnya adalah kerana dua buah syarikat sebelum ini menarik diri walaupun pada asalnya bersetuju untuk membina dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Syarikat yang pertama menarik diri setelah empat bulan dilantik manakala syarikat yang kedua pula menarik diri setelah sekitar setahun setengah dilantik untuk melaksanakannya. Projek KB Sentral akhirnya tertangguh hampir dua tahun. Kedua-dua syarikat tersebut sebenarnya pegangan sahamnya Muslim dan Bumiputera. Dalam hal ini kerajaan negeri sebenarnya telah sedaya upaya memberikan keutamaan kepada syarikat milik Muslim atau Bumiputera. Di sini saya nak tegaskan bahawa syarikat milik bumiputera bukan tidak mampu melaksanakannya namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, dalam kes ini mereka terpaksa menarik diri.


Kerajaan negeri tak boleh tunggu lebih lama. Rakyat terus tertanya-tanya. AlhamdulilLah, Perak Transit dan CCCC-ECRL sebagai kontraktor utamanya sanggup penuhi syarat dan berjanji menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan. Mereka juga bersetuju untuk mengoperasikan KB Sentral sebagai stesyen pengangkutan bersepadu Gred A mengikut syarat dan garis panduan yang telah ditentukan oleh pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Perak Transit juga ada pengalaman membina dan mengoperasikan sekurang-kurangnya 4 buah stesyen pengangkutan bersepadu sebelum ini.


CCCC-ECRL adalah syarikat yang sedang membina projek ECRL. Rekodnya setakat ini amat baik. Stesyen utama ECRL yang sedang dalam pembinaan di Tunjung hanya bersebelahan dengan tapak KB Sentral. Kita bercadang untuk mengadakan laluan sambungan terus antara stesyen utama ECRL dan KB-Sentral. Selain itu, jalan masuk ke tapak projek KB-Sentral kena melalui tapak stesyen ECRL. Dalam masa yang sama jentera yang diperlukan untuk pembinaan bangunan KB-Sentral sudahpun ada di tapak bersebalahan. Inilah sebab utama mengapa pihak CCCC diutamakan. 


Itulah juga alasan utama kenapa syarikat CCCC mampu berjanji untuk menyiapkan KB-Sentral dalam tempoh yang singkat tanpa perlu kepada permohonan menggunakan laluan ke tapak dan kemudahan logistik yang sudah sedia ada. 


Itulah sebenarnya jawapan kenapa Perak Transit dan CCCC sebagai kontraktor utamanya dipilih oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksana dan menjayakan projek KB-Sentral ini. Ia juga menunjukkan keterbukaan kerajaan negeri serta kepentingan berasaskan merit dalam membuat satu-satu keputusan bagi kepentingan negeri dan rakyat. Walaupun begitu keutamaan kepada syarikat milik Bumiputera yang berkelayakkan juga tetap diutamakan. Perlu juga saya tegaskan bahawa pemilihan syarikat-syarikat ini adalah mengikut kaedah dan prosedur pentadbiran.


Semoga penjelasan ini menjawab persoalan di atas. Dari satu sudut, beredarnya surat ini di kalangan rakyat menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah mengabaikan projek ini sebagaimana anggapan sesetengah pihak. Ianya tetap berjalan dan menjadi keutamaan.


YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Bin Hassan,
Timbalan Menteri Besar Kelantan.
13 Rabiul Akhir 1446
17hb. Okt. 2024






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/10/owww-baru-ambo-faham.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imam Maut Kemalangan Jalan Raya Sempat Iqamat Cium Anak Perempuan Baru Lahir

Imam Maut Kemalangan Jalan Raya Sempat Iqamat Cium Anak Perempuan Baru Lahir

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 74 hits
Imam maut kemalangan jalan raya sempat iqamat cium anak perempuan baru lahir Imam Masjid As Siddiq Seri Iskandar Ustaz Nurul Kamal Zulkarnain sempat membisikkan iqamat pada telinga bayi perempuannya yang baru lahir di Hospital Seri Manjung ...
Pilih Tembikai Susu Ikut Tip Ini Baru Dapat Yang Manis

Pilih Tembikai Susu Ikut Tip Ini Baru Dapat Yang Manis

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 124 hits
Buah tembikai susu ini memang kegemaran ramai Tapi yang buat kita frust bila buah yang kita pilih waktu beli rasanya tawar Jadi untuk pastikan tembikai susu yang kita beli lepas ini manis bersari boleh ikut tip yang dikongsi oleh yang beker...
Cara Mudah Cepat Buat Nasi Minyak Guna Beras Biasa Saja Tapi Letak Sikit Jus Ini Baru Sedap

Cara Mudah Cepat Buat Nasi Minyak Guna Beras Biasa Saja Tapi Letak Sikit Jus Ini Baru Sedap

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 186 hits
Di negeri pantai timur hidangan nasi minyak ini tak perlu tunggu majlis kahwin Ia jadi hidangan harian yang kebiasaannya dinikmati waktu pagi Ini kerana hidangan nasi minyak dibuat dengan cara yang mudah Tak perlu guna beras basmathi pun Ji...
Anak Baru Nak Belajar Jangan Terus Judge Beri Ruang Buat Silap Belajar Jadi Lebih Baik

Anak Baru Nak Belajar Jangan Terus Judge Beri Ruang Buat Silap Belajar Jadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 99 hits
Anak kita bukan sempurna Lagi lagi kalau baru hendak belajar melakukan sesuatu Sebagai mak ayah tak perlulah kita asyik mahukan kesempurnaan ada sahaja yang tak kena dengan anak kita Menurut Penulis Keibubapaan berilah anak kita ruang untuk...
Generare Biotech Perancis Percepat Pencarian Ubat Baru Dengan Mengklon Molekul Semulajadi

Generare Biotech Perancis Percepat Pencarian Ubat Baru Dengan Mengklon Molekul Semulajadi

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 55 hits
Generare sebuah startup biotek Perancis baru saja menutup pusingan pembiayaan awal berjumlah 5 juta untuk mempercepatkan pembangunan pendekatan yang dikatakan sangat boleh skala dalam mencari sebatian berpotensi untuk penemuan ubat yang sud...
Baru Pulang Makan 3 Penuntut Uitm Dungun Meninggal Dunia Dirempuh Suv

Baru Pulang Makan 3 Penuntut Uitm Dungun Meninggal Dunia Dirempuh Suv

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 79 hits
Tular di media sosial kini apabila tiga penuntut Universiti Teknologi Mara UiTM Dungun meninggal dunia manakala seorang lagi cedera parah selepas dirempuh sebuah SUV malam tadi Difahamkan kejadian berlaku berhampiran universiti itu kira kir...
Baru Tahu Rupanya Migrain Dengan Sakit Kepala Tak Sama Ini Perbezaannya

Baru Tahu Rupanya Migrain Dengan Sakit Kepala Tak Sama Ini Perbezaannya

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 75 hits
Sakit kepala biasanya berlaku disebabkan oleh stres kurang tidur pemakanan yang tidak sihat dan pengambilan kafein yang berlebihan Migrain pula bersifat episodik Sakit yang dirasakan hanya di bahagian tertentu kepala berdenyut Dan boleh men...
Awas Kru Bakal Muncul Dengan Album Baru Berjudul Kaset November Ini Ini Bukan Comeback Tapi

Awas Kru Bakal Muncul Dengan Album Baru Berjudul Kaset November Ini Ini Bukan Comeback Tapi

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 71 hits
Peminat kumpulan nyanyian 8216 boy band 8217 terkenal negara KRU nampaknya dapat mengubati kerinduan mereka apabila mereka bakal muncul dengan single terbaru berjudul Kaset Difahamkan album tersebut akan dilancarkan pada November ini var cu...
Scientists Reveal The Untapped Potential Of Palm Oil

Kes Penipuan Jualan Emas Siti Hajartul Haini Ditahan Di Lapangan Terbang Selepas Pulang Dari Dubai

No Plans To Reactivate National Petroleum Advisory Council Says Azalina

Sbdj Siri 215 Lembaga Hitam Tanpa Kaki

Hikmah Demam

Prep Bahan Mentah Seminggu

Untuk Pengetahuan Wan Saiful Kluster Jana Wibawa Adalah Golongan Maha Kaya

Plan Boarding Outing


echo '';
5 Kelemahan Utama Pakai Kereta EV Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Biodata Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah Bakal Suami Tengku Natasha Natasya Puteri Tengku Adnan Perkahwinan Diraja

5 Pekerjaan Yang Akan Membuatkan Kita Kenal Sifat Sebenar Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Andai Tiada Dia Slot Megadrama Astro Ria

Famili Duo 2024 Senarai Peserta Keputusan Markah Lagu Tugasan Cara Undi Format Penjurian Hadiah Dan Segala Info Musim 4


Ron95 K Jaan X Faham Rakyat Belanjawan 2025 X Sama Gender

Kebaikan Kerajaan Adakan Undang Undang Gaji Minimum Untuk Pekerja Di Malaysia

Pendaki Tahan Azab Tersepit Celah Batu 7 Jam

Ingatlah Selalu Ada Peluang Perniagaan Dalam Setiap Perbualan

Um Student Groups Push For Action Against Telegram Harassment

Yoursay What Is Borrowed Must Be Returned