Otw To Volgo 29 Ogos 2018 Seri Teratai Sultan Mahmud Airport Klia 2
Sabtu 29 Ogos 2018 (1)
Seri Teratai - Sultan Mahmud airport – KLIA 2
5.36 pagi, terbangun. Masih lagi ada sisa-sisa batuk. Menyakitkan. Terpasksa sembur Rhinocourt Aqua. 6.11 pagi, periksa blood pressure. Alhamdulillah, 133/78 normal. Kecing manis 6.3 mmol dan berat 56.9 kg. 6.48 pagi, selepas membersihkan diri terus solat subuh. 7.06 pagi, makan sekadar alas perut. Minum segelas Eno berperisa oren. 7.54 pagi, telan penadol 2 biji. Ayla dan Ayra sudah pun pergi sekolah.
Seri Teratai
Warna-Warni
8.22 pagi, Honda i-Vten TBH669 meninggalkan perkarangan Seri Teratai. 8.31 pagi, masuk simpang Manir. 840 pagi, sampai di Batu 6. 8.44 pagi, melintasi stadium dan kem askar Seberang Takir. 8.49 pagi, sampai Sultan Mahmud airport. Faizcheck in beg besar. 8.56 pagi, parkir zon F untuk bermalam.
Bougainvillea
Penyeri Laman
Home Sweet Home
9.06 pagi, singgah di Njoy D'Cafetaria, restoran birai airport. Order nasi lemak. 9.20 pagi, naik eskalator ke aras 1. 9.22 pagi, masuk dewan perlepasan. 9.33 pagi, beratur. Check boarding pas di zon 2 row 20 - 31. Kemudian keluar melalui pintu C. Seterusnya masuk pintu 2. Turun tangga. Terus ke pesawat Air Asia AK 6225.
Sultan Mahmud Airport
Flight Air Asia
9.39 pagi, naik tangga belakang. Masuk kabin seat 3 x 3. Duduk di seat 22D, bersama Umi dan Faiz. Penumpang klemudian dihidangkan dengan lagu Inggeris sebagai halua telinga. 9.53 pagi bergerak perlahan-lahan. Sambil itu, paramugari membuat demonstrasi keselamatan. 9.54 pagi, pesawat menderam untuk warm up.
Air Asia
AK 6225
9.56 pagi, bergerak ke landasan take off. Tiga minit kemudian, memecut. Semakin lama samakin laju. Kemudian terus naik menongkah ruang udara. Landskap bumi kelihatan terhampar kehijauan dengan kelompok-kelompok rumah. Semakin tinggi semakin sayup. Akhirnya menyusuri lebuhraya angkasa.
Flight Dizziness
Terasa flight dizziness. Memualkan. Terpaksa memejamkan mata. 10.06 pagi, bergegar. Berterusan, agak lama juga. Terasa flight fright. Cemas. 10.14 pagi, pengumuman dari kepten. Cuaca kurang baik. Penumpang diminta memakai tali pinggang. Tidak dibenarkan mengguna toilet. 1017 cuba baca airasia inflight mgazine untuk menghilangkan rasa cemas.
Bgaimanapun kepala terasa sedikit pening. Perut terasa sedikit mual. 10.42 pagi, perlahan-lahan kelihatan landskap bumi. Terhampar, sayup-sayup dalam kesamaran. Pesawat semkin rendah. Semakin mengurangkan kelajuan. 10.45 pagi, pesawat membuat touch down di KLIA2. Bergegar sedikit.
Seterusnya bergerak laju. Kemudian perlahan-lahan menuju ke parkir pesawat. 10.59 pagi, baru berhenti. Penumpang bingkas bangun. Masing-masing berdiri di sepanjangg aisle. 10.58 pagi, pintu pesawat dibuka. Hanya membiarkan penumpang lain keluar dulu. 11.01 pagi, baru bergerak ke pintu pesawat.
Terus naik aerobridge. kemudian masuk bangunan Satellite, melalui pintu domestic arrival. Seterusnya mengikut panduan arrow ke balai berlepas. 11.05 pagi, naik travelator. 11.09 pagi, melintasi Flying Emporium. Terus ke carousel 2, tuntutan bagasi. 11.25 pagi, bergerak.11.27 pagi, melepasi pintu balai ketibaan. Seterusnya kedai Traveller, MB, H&M, Uni Qlo dan City Chain.
11.32 pagi, melintasi kaunter tiket KL sentral. 11.33 pagi, naik travelator ke aras M2. Pekerja trolley serviceturut membantu menarik troli. 11.36 pagi, naik travelator ke aras 3, balai berlepas. Faiz menunjuk laluan untuk berlepas. Maklumlah belum biasa lag dengan KLIA 2. Setetusnya Keluar pintu 3. Masuk terminal building.
Melintasi Burger King, Subway dan Baskin BR Brown. 11.45 pagi, melintasi Agrobazaar dekat pintu J & K perlepasan dalam negeri. Tertarik dgn kata-kata. "As fast as we've progress, it is our culture that keeps us grounded. Teringat falsafah Matang Bestari, " Ilmu dijulang budaya ditunjang". Justru, "apabila akar menunjang maka rantingnya menjulang dan apabila akarnya bercambah maak rantingnya berbuah", (Aram).
11.47 pagi, melintasi KFC dan Marrybrown. Melintasi restNgo dan starbucks coffee. 11.51 pagi, masuk balik balai ketibaan dan banguan Satellite. Seterusnya melintasi Watson Ambank Currency. Kemudian lsluan 7 Eleven dan Maybank Money Exchange. 11.55 pagi, turun lif ke aras 2, balai ketibaan. Depan kedai Wellness, UC. Lin Sunglasshut. Young Heart, Brand Outlet dan Padini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://qalamalam.blogspot.com/2018/11/sabtu-29-ogos-2018-1-seri-teratai.html