Otot Kejang Punca Cara Atasi Kejang Dan Kaedah Rawatan


Otot kejang merupakan salah satu masalah kesihatan yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja.
Biasanya, ia melibatkan otot kaki seperti betis dan peha yang tiba-tiba menegang dan menjadi sakit.
Masalah ini juga boleh terjadi secara tiba-tiba pada waktu malam terutama apabila sedang tidur atau cuaca sejuk.
Walaupun keadaan ini boleh berlarutan antara beberapa saat sehingga 10 minit, rasa sakit mungkin boleh berterusan selama beberapa jam selepas kekejangan berkurangan.
Ia juga merupakan isu yang tidak asing dalam kalangan ibu hamil.
Apakah punca dan kaedah rawatan bagi kekejangan otot? Ayuh ikuti perkongsian dari kami.
Punca Kekejangan Otot Otot kejang boleh berlaku tanpa sebab yang jelas (kejang kaki idiopatik) atau disebabkan oleh simptom atau komplikasi keadaan (kejang kaki sekunder).
Punca bagi kekejangan kaki idiopatik adalah :
Penggunaan otot kaki yang berlebihan (keletihan otot) Aktiviti saraf yang tidak normal Sekatan bekalan darah ke otot yang terjejas secara tiba-tiba Punca bagi kekejangan kaki sekunder pula adalah :
Penurunan paras garam kerana kandungan air yang rendah dalam badan (dehidrasi). Berat tambahan semasa mengandung sehinggga mengakibatkan ketegangan otot Masalah neurologi seperti penyakit neuron motor Senaman atau aktiviti fizikal yang berlebihan Penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti diuretik dan statin Pada masa yang sama, kekurangan nutrient dan garam seperti kalsium dan magnesium juga boleh mengakibatkan kekejangan otot.
Cara Hilangkan Kaki Kejang Ketika Tidur Apabila kekejangan otot berlaku pada waktu malam, lakukan regangan serta merta.
Caranya ialah dengan menegakkan hujung kaki sehingga kesakitan hilang kemudian gerakkan tapak kaki perlahan-lahan.
Anda juga boleh lakukan urutan ringan pada kawasan yang sakit.
Sekiranya kaki masih berasa sakit, anda boleh merendam kaki dalam air suam atau gunakan alat tuaman panas.
Sumber : centerforvain.com Diet Yang Boleh Membantu Masalah Otot Kejang Salah satu punca utama seseorang sering mengalami otot kejang adalah disebabkan oleh kekurangan nutrisi penting dalam tubuh.
Berdasarkan perkongsian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, berikut merupakan beberapa jenis diet yang dapat membantu mengatasi masalah kekejangan otot :
Tembikai Tomato Lemak ikan atau vitamin minyak ikan Kekacang Sayuran hijau Pengambilan air kosong yang mencukupi Untuk ibu hamil yang sering mengalami kejang kaki, amalkan diet kaya kalsium dan magnesium seperti susu, sayuran hijau dan kekacang.
Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia Bila Perlu Berjumpa Doktor Dalam kebanyakan masa, kekejangan kaki tidak berbahaya pada individu. Namun, anda perlulah perhatikan beberapa simptom yang memerlukan anda mendapatkan rawatan perubatan segera.
1.Kesakitan Yang Teruk
Sekiranya kekejangan kaki berlarutan dalam tempoh yang lama sehingga mengganggu aktiviti harian, ia boleh menjadi petanda masalah kesihatan yang lebih serius seperti trombosis urat dalam atau pembekuan darah.
2. Bengkak
Kekejangan otot yang disertai dengan bengkak perlulah dirawat segera
3. Sesak Nafas
Kekejangan kaki yang disertai dengan sesak nafas boleh menjadi tanda pembekuan darah di dalam paru-paru.
4. Sejarah Pembekuan Darah
Sekiranya anda mempunyai sejarah pembekuan darah atau masalah kesihatan lain yang meningkatkan risiko pembekuan darah, adalah penting untuk anda mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Rawatan Untuk Otot Kejang Untuk kekejangan kaki idiopatik, anda boleh lakukan rawatan otot kejang di rumah dengan :
Latihan Regangan
Luruskan kaki dan angkat kaki anda sambil bengkokkan pada buku lali supaya jari kaki anda menghala ke tulang kering anda.
Luangkan beberapa minit berjalan di atas tumit anda.
Ubat-Ubatan
Ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs) seperti ibuprofen dapat melegakan kesakitan atau kekejangan otot.
Dalam kebanyakan masa, otot kejang bukanlah masalah kesihatan yang serius.
Rawatan di rumah seperti urutan dan regangan otot biasanya boleh meredakan masalah ini.
Anda juga digalakkan untuk amalkan diet yang baik untuk kesihatan otot seperti sayuran berdaun hijau, kekacang dan lemak ikan.
Meskipun begitu, anda perlulah dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya kekejangan otot disertai dengan simptom lain seperti bengkak, sesak nafas dan sakit yang berlarutan.
Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, gleneagles.com.my
Baca Juga : Sakit Tumit Kaki : Punca dan Cara Atasinya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/otot-kejang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=otot-kejang

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sakit Dada Tengah Punca Simptom Cara Untuk Merawat

Sakit Dada Tengah Punca Simptom Cara Untuk Merawat

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 147 hits
Rasa sakit dada tengah sering kali dianggap sebagai serangam jantung namun sebenarnya serangan jantung merupakan salah satu punca yang paling jarang berlaku bagi kesakitan di kawasan ini Jika anda mengalami serangan jantung anda mungkin jug...
Sifilis Punca Tanda Peringkat Jangkitan Dan Rawatan

Sifilis Punca Tanda Peringkat Jangkitan Dan Rawatan

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 196 hits
Sifilis merupakan penyakit kelamin atau penyakit bawaan seks yang boleh berjangkit dan tersebar menerusi hubungan seks sama ada melalui vagina dubur atau oral Pesakit biasanya malu untuk berkongsi masalah yang dialami namun ini hanya akan m...
Sakit Tulang Punggung Punca Dan Rawatan

Sakit Tulang Punggung Punca Dan Rawatan

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 183 hits
Pernahkah anda merasakan sakit di bahagian punggung atau tulang punggung anda Kebanyakkan orang sering sakit punggung di bahagian kanan kiri atau di bawah pinggang berdekatan kawasan tersebut Kadangkala ada juga yang mengalami kesakitan yan...
Sindrom Turner Punca Simptom Komplikasi Cara Merawatnya

Sindrom Turner Punca Simptom Komplikasi Cara Merawatnya

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 166 hits
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Sindrom Turner dikatakan menjejaskan kira kira 1 daripada setiap 2 000 hingga 4 000 bayi perempuan yang lahir di seluruh dunia Namun begitu di Malaysia kita tidak mempunyai data yang cukup untuk melih...
Diabetes Di Kalangan Kanak Kanak Punca Tanda Dan Cara Mencegah

Diabetes Di Kalangan Kanak Kanak Punca Tanda Dan Cara Mencegah

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 151 hits
Diabetes di kalangan kanak kanak punca tanda dan cara mencegah Diabetes bukan lagi penyakit yang hanya dikaitkan dengan orang dewasa Kini semakin ramai kanak kanak yang didiagnosis menghidap diabetes sama ada diabetes jenis 1 atau diabetes ...
Tng Sos Balance Syarat Kelayakan Cara Aktifkan

Tng Sos Balance Syarat Kelayakan Cara Aktifkan

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 172 hits
Touch n Go telah memperkenalkan TNG SOS Balance bagi memudahkan urusan orang ramai apabila baki eWallet TNG anda hampir habis untuk membuat pembayaran tol Ini bagi membolehkan pengguna tidak tersangkut di plaza tol akibat kekurangan baki eW...
Cara Mendapatkan 1 5 Juta Dari Program Referral Mitsubishi Motors

Cara Mendapatkan 1 5 Juta Dari Program Referral Mitsubishi Motors

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 166 hits
BloggerBorneo com Mitsubishi Motors Corporation adalah perusahaan otomotif Artikel pertama kali tampil pada
Rahsia Kawalan Diri Cara Berhenti Menunda Dan Bertindak Sekarang

Rahsia Kawalan Diri Cara Berhenti Menunda Dan Bertindak Sekarang

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 165 hits
Source images pexels com Pengenalan Rahsia Kawalan Diri Apakah Rahsia Kawalan Diri Kawalan diri merupakan kemampuan untuk mengendalikan tindak balas emosi dan perilaku dalam situasi yang berbeza Banyak orang bercakap tentang pentingnya kawa...
Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 344 hits
Info cash loan TNG Touch n Go eWallet bukan sahaja memudahkan pembayaran digital tetapi juga menyediakan perkhidmatan pinjaman baharu yang dikenali sebagai Cash Loan Bagi mereka yang memerlukan pinjaman mikro secara cepat dan mudah Cash Loa...
Pm Orders Nacsa National Security Council To Work With Mahb

The Damage Is Done Relocation Of 131 Year Old Hindu Temple Fuels Accusations Of Bullying Special Privileges

Finding The Right Divorce Attorney Near You

Ovios Redefines Outdoor Luxury Stylish Affordable And Innovatively Designed Furniture

Better To Close Macc Than Probe Based On Public Opinion Azam Tells Critics

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Raya Dulu Raya Sekarang

No 3 Month Celebration For Governor S Birthday Says Sabah Dcm

The Crucial Role Of An Immigration Lawyer In Achieving Your Immigration Goals


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lawatan Presiden Cina Kominis

Tapak Arkeologi Bukit Bunuh

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Business With Limited Resources

Cinta Untuk Sekali Lagi Raya

Adakah Anda Akan Bahagia Jika Hidup Bersama Puak Bushmen Di Padang Pasir Kalahari