Otai Reformasi Desak Azmin Direhatkan


KUALA LUMPUR – Otai Reformasi menggesa Putrajaya merehatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada tugasnya sebagai menteri susulan kontroversi klip video seks membabitkan dirinya.
Pengerusinya, Idris Ahmad berkata, desakan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan selepas aduan mengenainya dibuat.
“Otai menyarankan Azmin diberi rehat daripada tugas rasmi. Ini bertujuan menjaga nama baik kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Putrajaya,” katanya dalam sidang media di di sini hari ini.
Mengulas lanjut Idris berkata, pihaknya turut berasa curiga dengan “campur tangan” Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad apabila beliau dilihat cuba bertindak mempertahankan Azmin.
“Mahathir mengatakan video tersebut “dipalsukan”dengan teknologi canggih sedangkan kita meragui kepakaran beliau dalam teknologi video ini, manakala pelaku rakaman video itu telah membuat akuan pendedahan bahawa mereka berdua terlibat dalam aksi seks tersebut.
“Tindakan Mahathir amat berbeza pada 1998 apabila Anwar Ibrahim dipecat dan dihukum sebelum siasatan polis dibuat dan mahkamah menjatuhkan hukuman, tetapi pada tahun 2019 kenyataan Mahathir amat berbeza dan berlainan sungguh
“Otai berharap Mahathir tidak bersikap ‘double standard’ dan berat sebelah dalam mengadili isu video tersebut,”, tegasnya.
Pada Rabu lalu, Muhammad Haziq Aziz yang dikaitkan dengan skandal seks bersama Azmin menggemparkan negara apabila beliau memuat naik video berdurasi 30 saat di Facebook mengaku dirinya terbabit dalam klip video seks sejenis yang tersebar di WhatsApp sejak kelmarin.
Beliau menamakan Ahli Parlimen Gombak sebagai pasangannya dalam klip video itu serta mendakwa kelakuan seks itu dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu di Hotel Four Points di Sandakan, semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen itu Mei lalu.
Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya komplot jahat untuk mencemarkan reputasi, keperibadiannya dan memusnahkan kerjaya politiknya serta akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Haziq.
Semalam, Kementerian Industri Utama menggantung tugas Haziq serta-merta dan memberi tempoh tiga hari kepadanya untuk menjawab surat tunjuk sebab.
Tindakan itu dibuat beberapa jam selepas setiausaha sulit Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Akin itu mempersoalkan kejujuran kerajaan PH ekoran pemimpin kerajaan menuduhnya mempunyai agenda politik dengan pengakuannya itu
Katanya, hubungan seks yang didakwa dilakukannya dengan Azmin bukan kejadian pertama dan menuduh setiausaha politik Azmin memaksanya menarik balik tuduhan ke atas Azmin. – MalaysiaGazette
The post Otai Reformasi desak Azmin direhatkan appeared first on Media Serius.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediaserius.my/otai-reformasi-desak-azmin-direhatkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Otai Reformasi Gesa Putrajaya Rehatkan Azmin Persoal Pembelaan Mahathir

Otai Reformasi Gesa Putrajaya Rehatkan Azmin Persoal Pembelaan Mahathir

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 290 hits
June 14 2019 12 21 PMPengerusi Otai Reformasi Idris Ahmad pada sidang media di Petaling Jaya hari ini PETALING JAYA Otai Reformasi hari ini menggesa Putrajaya merehatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali daripada tugas kerajaan su...
Anwar Tidak Setuju Desak Azmin Untuk Bercuti

Anwar Tidak Setuju Desak Azmin Untuk Bercuti

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 346 hits
MELAKA 14 Jun Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu didesak untuk bercuti daripada menjalankan tugas dalam parti dan kerajaan kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar yang juga Anggota Parlimen Port Dick...
Azmin Ali Pula Naik Hantu Desak Haziq Aziz Dibuang Keahlian Pkr

Azmin Ali Pula Naik Hantu Desak Haziq Aziz Dibuang Keahlian Pkr

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 1046 hits
Fuhhhhhh tiba tiba angin berubah mendadak Hebatnya seseorang pemimpin pelakon video akhir zaman itu adalah dia buat selamba jer kesalahannya dan pusing ikut cerita lain Paling latest Azmin Ali pula desak parti untuk memecat keahlian Haziq A...
Setiausaha Politik Desak Azmin Letak Jawatan Anwar Tak Setuju

Setiausaha Politik Desak Azmin Letak Jawatan Anwar Tak Setuju

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 376 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR Saya tidak bersetu...
Azmin S Aide Says Met Real Haziq After Viral Video Mum On Claims

Azmin S Aide Says Met Real Haziq After Viral Video Mum On Claims

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 487 hits
Muhammad Hilman Idham political secretary to Datuk Seri Azmin Ali today admitted to meeting the real Haziq Aziz who confessed to a sex video that implicated the economic affairs minister Hilman who is also Gombak Setia state assemblyman sai...
Us 741k To Azmin Fund Transfer Document Forged Maybank To Take Action

Us 741k To Azmin Fund Transfer Document Forged Maybank To Take Action

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 582 hits
Malayan Banking Bhd has clarified that the fund transfer advice document being circulated online which alleged a transfer of money to a federal minister using the bank s account was forged The fund transfer advice document which is being ci...
Komplot Jahat Musnahkan Karier Azmin Ali Haziq Aziz Ditahan Polis

Komplot Jahat Musnahkan Karier Azmin Ali Haziq Aziz Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 825 hits
Susulan tersebarnya video seks mirip seorang menteri kanan Kabinet Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru baru ini Haziq telah ditahan polis 5 30 petang tadi BACA Jangan Sebar Video Lucah Atau Anda Akan Didenda ...
And Now Azmin Has Made It 4 Out Of 5

And Now Azmin Has Made It 4 Out Of 5

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 416 hits
Deep in thought 14 June Just a quick follow up to my last posting where I stated that 3 out fo 5 of my all time most read postings were related to our politicians and their sex scandals Well less than 24 hours after posting it has reached t...
Azwan Ali Mahu Berbaik Dengan Azmin Ali

Azwan Ali Mahu Berbaik Dengan Azmin Ali

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 543 hits
Aku Minta Ampun Banyak Dosa Aku Pada Kau Min Setelah sekian lama bersengketa sempena bulan Syawal yang mulia ini Azwan Ali tampil memohon maaf kepada abangnya Azmin Ali Kerelaa hati untuk memohon maaf itu terdorong apabila mengenangkan didi...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Normalisasikan Wanita Tegur Ibu Beri Anak Makanan Belum Dibayar

Dendam Kena Paksa Belajar Pelajar Spm Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa

Malaysia Negara Ke 10 Paling Menakutkan Untuk Memandu

Sajikan Dengan Keaslian Jadikannya Rasa Italian Meraikan Warisan Kulinari Itali Di B I G Publika

Resepi Ayam Kukus Mudah

Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan