Orang Yang Mengganggu Jiran Tidak Akan Masuk Syurga


Dalam Islam, jiran adalah mereka yang tinggal dalam lingkungan 40 buah rumah daripada rumah anda. Bagi mereka yang tinggal di kampung, jiran adalah mereka yang tinggal berdekatan dalam suatu kawasan. Bagi mereka yang tinggal di bandar pula, contohnya di rumah flat atau bangunan yang tinggi, jiran adalah mereka yang berada di tingkat-tingkat lain atau di blok-blok berdekatan.
Meskipun hidup kita kadang-kadang hanya berfokus kepada kehidupan sendiri sahaja – keluar pagi, balik pula sudah malam. Hari bekerja, kadang-kadang kita hanya berselisih di dalam lif atau di tangga. Tiba hari minggu, masa dihabiskan di dalam rumah atau keluar pula melakukan aktiviti lain.
Walau bagaimanapun, keharmonian hidup berjiran mesti tetap di jaga meskipun interaksi dengan jiran tetangga tidak begitu rancak.
Masih ada cara lain yang boleh dilakukan untuk memastikan hak dan keperluan jiran dipenuhi.
Bagi yang tinggal di rumah flat atau pangsapuri, mungkin anda pernah mendengar cerita (atau mengalami sendiri) sikap jiran yang tidak ada ‘common sense’ seperti tidak menjaga kebersihan, membuat bising, membuang sampah dari tingkat atas bangunan sesuka hati, double-parked kenderaan, membiarkan kucing peliharaan berkeliaran dan berak pula merata-rata.
Atau mungkin anda sendiri pernah melakukan kesilapan seperti yang dinyatakan di atas. Ketahuilah, hal-hal ini boleh mengundang rasa sakit hati jiran, rasa terganggu dan tidak dihormati.
Dalam satu hadis sahih, Nabi SAW mengingatkan bahawa orang yang mengganggu jirannya sehingga membuatkan mereka berasa tidak aman dan tenteram, maka dia tidak akan masuk syurga.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga, orang yang membuat jirannya tidak merasa aman daripada gangguannya.” (Riwayat Muslim, no.73)
Gangguan ini merangkumi pelbagai bentuk sama ada melalui kata-kata, perbuatan, secara langsung atau tidak langsung. Malah, jika ada seorang yang alim dan gemar beribadah sekalipun, jika hak dan adab kepada jiran tetangganya tidak dijaga, ibadah itu semua tetap tidak akan membantu apa-apa.
Abu Hurairah RA berkata:
قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّ فُلَانَةَ يُذْكَرُ مِنْ كَثْرَةِ صَلَاتِهَا، وَصِيَامِهَا، وَصَدَقَتِهَا، غَيْرَ أَنَّهَا تُؤْذِي جِيرَانَهَا بِلِسَانِهَا، قَالَ: هِيَ فِي النَّارِ
Maksudnya: Telah berkata seorang lelaki kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya wanita ini terkenal dengan banyaknya solat, berpuasa dan bersedekah tetapi dia sentiasa menyakiti jirannya dengan lidahnya.” Lalu Nabi SAW bersabda: “Dia akan masuk ke dalam neraka.” (Riwayat Ahmad, no.9675 – Sanadnya adalah hasan berdasarkan penilaian daripada Syeikh Syu’aib al-Arna’outh)
Beringatlah dalam apa jua yang anda lakukan di kawasan rumah. Anda tidak hidup berseorang di kawasan itu. Siapa tahu, pada masa hadapan, anda memerlukan pertolongan jiran jika berlaku apa-apa kesusahan. Bermulalah dengan diri sendiri dalam menjaga adab dan keharmonian hidup berjiran. Jangan sampai mereka terganggu dengan sikap dan apa yang kita lakukan.
 
Sumber: tzkrh.com
The post Orang Yang Mengganggu Jiran Tidak Akan Masuk Syurga appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/orang-yang-mengganggu-jiran-tidak-akan-masuk-syurga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Kecil Memberi Syafaat Kepada Ibu Bapa Untuk Masuk Syurga

Anak Kecil Memberi Syafaat Kepada Ibu Bapa Untuk Masuk Syurga

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 438 hits
SOALANAda yang mengatakan jika seorang anak meninggal masa mereka masih kecil anak tersebut boleh memberi syafaat kepada ibu bapanya untuk masuk syurga Adakah perkara ini benar JAWAPAN Untuk menjawab persoalan di atas maka disertakan disini...
Rumah Jiran Dipecah Masuk Semasa Pkp

Rumah Jiran Dipecah Masuk Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 495 hits
Assalamualaikum MALAM tu kami tiga beranak sedang menikmati tosei dan roti canai yang dibeli dari Restoran Ashoka Jam dah pukul 10 malam Terdengar riuh rendah babak filem tamil yang ditayangkan di tv Kalau di rumah Sk ni memang selalu la bu...
11 Golongan Yang Dijanjikan Allah Masuk Syurga Tanpa Hisab

11 Golongan Yang Dijanjikan Allah Masuk Syurga Tanpa Hisab

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 529 hits
Semua orang ingin memasuki syurga sebagai matlamat destinasi yang terakhir Bertuahnya kita jika termasuk didalam 11 golongan yang dijanjikan masuk Syurga ini malah dibangkitkan dengan muka penuh bercahaya seperti bulan purnama Allahu Rabbi ...
Tiba2 Dia Menangis Lelaki Ini Terkilan Tak Lepas Masuk Masjid

Tiba2 Dia Menangis Lelaki Ini Terkilan Tak Lepas Masuk Masjid

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 581 hits
Tiga bulan umat Islam menahan kerinduan mahu melaksanakan solat secara berjemaah di masjid disebakan mematuhi arahan PKP apabila kebenaran dibuka memang ramai jemaah bersemangat mahu ke rumah Allah Namun dalam membendung penularan Covid 19 ...
Iqbar Cakap Hukvman Telah Jalan Sekali Dato Vida Masuk Komen

Iqbar Cakap Hukvman Telah Jalan Sekali Dato Vida Masuk Komen

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 432 hits
Semalam anak lelaki pengasas kosmetik Dnars Skincare juga did kwa di Mhkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertudvhan mengugvt bapa tirinya melalui WhatsApp Menurut Iqbar tidak berlaku sebarang sentuhan terhadap pengadu Tiada body contact tia...
Apa Yang Ibu Bapa Perlu Sediakan Sebelum Anak Melangkah Masuk Ke Sekolah Selepas Bercuti Panjang

Apa Yang Ibu Bapa Perlu Sediakan Sebelum Anak Melangkah Masuk Ke Sekolah Selepas Bercuti Panjang

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 671 hits
APA YANG IBU BAPA PERLU SEDIAKAN SEBELUM ANAK MELANGKAH MASUK KE SEKOLAH SELEPAS BERCUTI PANJANG Hi semua 15 haribulan Julai ni si kakak akan masuk sekolah Kemudian seminggu lepas tu si adik pulak akan memula kan seisi persekolahan selepas ...
Wild Boar Goes Viral For Crashing Into A Wedding Feast Haram Or A Statement For More Sustainability

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Marjeena Cafe Parit Buntar

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perjalanan 100 Tahun Jejak Yang Dibina Untuk Rakyat

Himpunan Hogoh Jelai Pn Hambar Rakyat Pahang Sebenarnya Masih Terlalu Yakin Dan Amat Memerlukan Kepimpinan Wan Rosdy

11 Kata Kata Putus Cinta Paling Menggetarkan Hati Menyentuh Tapi Membebaskan

Menziarah Pusara Arwah Abang

No Charges For Mother In Child Overboard Case

Hiburan Saya Tak Takut Pun Ardell Aryana Dedah Terima Ugutan Ada Tawaran Rm5 000 Untuk Jejak Lokasi