Orang Ramai Masih Degil Tidak Patuh Sop


Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED NURULHUDA Mohd. Salleh memeriksa surat kebenaran rentas sempadan seorang pengguna jalan raya dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Bukit Raja, Klang, Selangor, hari ini. - FOTO/ISKANDAR SHAH MOHAMEDKLANG: Orang ramai dilihat masih lagi degil untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, pemerhatian mendapati tahap pematuhan SOP PKP penduduk di daerah ini berada pada tahap 90 peratus sehingga Disember tahun lalu.
“Peratusan ini termasuk pemantauan menerusi sekatan jalan raya yang mana mendapati jumlah kesalahan yang dilakukan orang ramai sudah berkurangan.
“Hanya segelintir kira-kira 10 peratus daripadanya yang masih mengingkari peraturan atau SOP ditetapkan kerajaan,” katanya ketika ditemui pada pemeriksaan SJR di Plaza Tol Bukit Raja di sini, petang tadi.
Yang turut hadir, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad.
Jelas Nurulhuda, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas 24,210 kenderaan di tiga lokasi sekatan jalan raya sepanjang tempoh bermula 13 Januari lalu sehingga semalam.
“Daripada jumlah ini, kita telah mengeluarkan sebanyak 20 kompaun dan 217 kenderaan diarah berpatah balik.
“Kesalahan dan alasan biasa yang dikesan antaranya berada melebihi dua orang dalam kenderaan, tiada permit rentas sempadan dan keluar lebih 10 kilometer (km) dari lokasi kediaman,” ujarnya.
Tambahnya lagi, pihaknya turut menerima sebanyak 5,537 borang rentas sempadan sepanjang tempoh berkenaan.
“Sebanyak 5,392 daripada borang diluluskan manakala 145 lagi ditolak kerana memberi alasan tidak munasabah.
“Antara alasan yang diberikan mahu pulang ke kampung untuk menziarah keluarga atau berubat dan ternyata bukannya hal kecemasan,” katanya.
Sementara itu, Azri berkata, pihaknya mengharapkan orang ramai terus memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa dengan mematuhi SOP ditetapkan.
“Saya menasihatkan semua masyarakat tidak keluar rumah sekiranya tiada sebarang keperluan mendesak. Langkah seumpama ini perlu bagi mengawal penularan kes pandemik Covid-19 yang semakin meningkat ketika ini,” katanya. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/orang-ramai-masih-degil-tidak-patuh-sop.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jheains Nafi Video Tular Dakwa Jemaah Solat Jumaat Tak Patuh Sop

Jheains Nafi Video Tular Dakwa Jemaah Solat Jumaat Tak Patuh Sop

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 348 hits
Aktiviti solat Jumaat dipantau sepenuhnya oleh PDRM RELA SEREMBAN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan hari ini menafikan satu rakaman video tular yang mendakwa jemaah solat Jumaat di Masjid At Taqwa Paroi di sini tidak mengikuti p...
Bukit Aman Akui Ramai Polis Masih Keliru Sop Sehingga Ada Yang Tersalah Kena Kompaun

Bukit Aman Akui Ramai Polis Masih Keliru Sop Sehingga Ada Yang Tersalah Kena Kompaun

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 200 hits
KUALA LUMPUR Polis mengakui ramai anggotanya yang ada kala keliru dengan prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan yang menyebabkan ada yang tersalah kena kompaun Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam B...
Penat Duduk Rumah Patuh Sop Tapi Kes Tak Turun Luah Warganet

Penat Duduk Rumah Patuh Sop Tapi Kes Tak Turun Luah Warganet

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 197 hits
MALAYSIA DATELINE January 29 2021Susulan kes baharu positif COVID 19 melonjak kepada 5 725 kes pada hari ini warganet terus mempertikaikan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan 2 0 yang dilaksanakan kerajaan bermula 13 Januari lalu Bagi m...
Agong Titah Patuh Sop Cekal Hadapi Pkp

Agong Titah Patuh Sop Cekal Hadapi Pkp

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 172 hits
Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar rakyat terus berdisiplin mematuhi prosedur SOP yang ditetapkan kerajaan Foto oleh Sayuti ZainudinKUALA LUMPUR 31 Jan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri...
Tiada Penutupan Ekonomi Pm Ingatkan Hargai Ia Dengan Patuh Sop

Tiada Penutupan Ekonomi Pm Ingatkan Hargai Ia Dengan Patuh Sop

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 169 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi piawai bagi mencegah penyebaran Covid 19 Kerajaan mendengar pandangan anda dengan tidak menutup ekonomi semasa perintah kawalan pergeraka...
19 Premis Tak Patuh Sop Pkp Dikompaun

19 Premis Tak Patuh Sop Pkp Dikompaun

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 233 hits
KUALA LUMPUR 24 Jamadilakhir 1442H Sabtu Sebanyak 19 premis dikompaun semalam kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berk
Polis Menyamar Pelanggan Pastikan Pematuhan Sop Kedai Gunting

Polis Menyamar Pelanggan Pastikan Pematuhan Sop Kedai Gunting

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 143 hits
Oleh Polis Segamat sedang melakukan pemeriksaan premis gunting rambut di sekitar Jalan Aji Segamat memastikan pematuhan prosedur operasi standard Foto Ahmad Ismail SEGAMAT Kira kira 20 anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat ak...
Apakah Akan Ada Pemimpin Yg Langgar Sop Akan Ditangksp Dan Didakwa Di Mahkamah

Apakah Akan Ada Pemimpin Yg Langgar Sop Akan Ditangksp Dan Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 418 hits
Jika ada yg langgar serta gagal hatta PM sekalipun tetapi tidak DITANGKAP dan didakwa rakyat AKAN melaknat kerajaan ini Apakah pihak PDRM dan ATM AKAN jalankan tugas secara amanah atas sumpah Diraja
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp