Orang Ramai Kaunter Permohonan Bsh Pemohon Berharap Bayaran Dinaikkan


KUALA LUMPUR, 3 Feb – Pembukaan kaunter untuk permohonan dan kemas kini maklumat peribadi bagi pembayaran fasa kedua dan ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 pada hujung minggu mendapat sambutan baik daripada orang ramai.
Tinjauan Bernama di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta dari pukul 9.00 pagi hingga 12 tengah hari Sabtu lepas mendapati lebih 100 individu hadir, sama ada untuk mendaftar atau mengemas kini maklumat peribadi mereka.
Secara umum, orang ramai yang hadir menzahirkan maklum balas positif dan rasa puas hati dengan inisiatif kerajaan Pakatan Harapan untuk melaksanakan BSH tetapi berharap kerajaan mempertimbang untuk meningkatkan pembayaran mengikut pelbagai kategori – isi rumah, individu bujang dan orang kurang upaya (OKU).
Fasa pertama BSH melibatkan pengagihan peruntukan berjumlah RM1 bilion, yang bermula pada 20 Jan, melibatkan 3.8 juta penerima berdaftar dalam kategori isi rumah.
Seorang pengawal keselamatan yang hanya ingin dikenali sebagai Hery, 41, berkata beliau berharap kerajaan meningkatkan jumlah geran BSH daripada RM300 kepada RM500 bagi individu bujang yang berpendapatan di bawah RM2,000.
“Pendapatan bulanan saya hanya sekitar RM1,600, saya perlu membayar banyak komitmen termasuk sewa RM600 setiap bulan. Jika BSH boleh ditingkatkan menjadi RM500 pasti akan membantu golongan berpendapatan rendah seperti saya dan wang itu juga boleh disimpan untuk waktu kecemasan atau untuk membeli barangan,” katanya.
Sementara itu, suri rumah, Supiah Surip mencadangkan LHDN meneliti jumlah pembayaran yang lebih tinggi untuk individu bujang atau sudah berkahwin yang mempunyai masalah kesihatan bagi mengurangkan bebanan kos perubatan mereka.
“Saya sendiri telah didiagnosis dengan kanser payudara beberapa tahun lepas di mana saya perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala di hospital setiap bulan dan perlu mengeluarkan banyak wang. Jika LHDN dapat meningkatkan bayaran BSH untuk orang seperti saya, ia benar-benar akan membantu,” katanya.
Bagaimanapun, seorang ibu tunggal beranak dua, S. Valliammah meluahkan kekecewaan kerana mendakwa tercicir daripada menerima BSH pada 2019 tanpa diberikan sebarang alasan.
“Pada 2019 saya memohon BSH tetapi selepas menunggu lama, saya tidak mendapat jawapan (sama ada diluluskan atau tidak). Saya cuba memohon sekali lagi tahun ini dan jika saya masih tidak layak, LHDN wajar memberitahu saya mengapa permohonan ditolak. Hakikatnya, saya amat memerlukan BSH kerana suami saya telah meninggal dunia dan saya tidak mempunyai pendapatan tetap,” katanya.
Sementara itu tinjauan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu, di sini, pada Ahad mendapati kira-kira 180 individu hadir untuk mengemukakan borang BSH mereka.
Nilai geran BSH ialah RM1,000 untuk pasangan suami isteri dengan pendapatan isi rumah bulanan sebanyak RM2,000 dan ke bawah, RM750 bagi mereka yang berpendapatan RM2,001-RM3,000, RM500 bagi mereka yang berpendapatan RM3,001-RM4,000 dan tambahan RM120 setiap kanak-kanak (terhad kepada empat orang kanak-kanak sahaja).
Bagi pemohon bujang dengan pendapatan bulanan sebanyak RM2,000 dan ke bawah, nilai geran adalah RM300 dan diberikan secara sekali bayaran (one-off).
Bayaran ini dijadualkan untuk tiga fasa – Januari, Mei dan Ogos 2020.
Penerima yang layak di sekitar Kuala Lumpur boleh mengunjungi cawangan LHDN terdekat di Jalan Duta, Jalan Raja Chulan, Wangsa Maju dan Cheras, serta di UTC Pudu untuk mendaftar atau mengemas kini maklumat peribadi mereka.
Pusat-pusat ini dibuka pada Isnin hingga Jumaat (9.00 pagi hingga 5.00 petang), dan pada hujung minggu pada 1 dan 2 Feb serta 14 dan 15 Mac (9.00 pagi hingga 4.30 petang).
Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada [email protected] untuk maklumat lanjut mengenai BSH dan syarat kelayakan.
 
Sumber: Bernama
The post Orang Ramai Kaunter Permohonan BSH, Pemohon Berharap Bayaran Dinaikkan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/03/orang-awam-serang-kaunter-permohonan-bsh-pemohon-berharap-bayaran-dinaikkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 Pendaftaran Pemohon Baru Bsh

Permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 Pendaftaran Pemohon Baru Bsh

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 363 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 19 Januari 2020 jam 04 43 PM Bantuan Sara Hidup Rakyat adalah penjenamaan semula Bantuan
Semakan Status Bsh 2020 Online Status Bayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat

Semakan Status Bsh 2020 Online Status Bayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 403 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 20 Januari 2020 jam 01 15 PM Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan telah meneruskan pemberian
Cara Permohonan Bantuan Bsh 2020 Secara Atas Talian Dan Manual

Cara Permohonan Bantuan Bsh 2020 Secara Atas Talian Dan Manual

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 466 hits
Permohonan Bantuan BSH 2020 Ingin membuat pendaftaran dan permohonan BSH 2020 Sekiranya anda merupakan salah seorang individu yang cukup syarat dan layak untuk memohon bantuan BSH pada kali ini Anda boleh mula mengemukakan permohonan baharu...
Jadual Pembukaan Kaunter Pembayaran Fasa Pertama Bsh 2020 Dan Kaunter Pendaftaran Bsh Bagi Negeri Sabah Dan Sarawak

Jadual Pembukaan Kaunter Pembayaran Fasa Pertama Bsh 2020 Dan Kaunter Pendaftaran Bsh Bagi Negeri Sabah Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 929 hits
Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah menyelaraskan pembukaan Kaunter pembayaran BSH fasa pertama bagi tahun 2020 bagi Kawasan Pedalaman Sabah dan Sarawak LHDNM dan BSN akan berada di lokasi m...
Maklumat Terkini Bsh 2020

Maklumat Terkini Bsh 2020

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 966 hits
Maklumat Terkini BSH 2020 Maklumat terkini permohonan dan semakan kelayakan Bantuan Sara Hidup BSH 2020 Bantuan Sara Hidup merupakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat yang layak Bagi pemohon isi rumah pembayaran dilakukan s...
Yapeim Nafi Dana Inspirasiku Untuk Islamisasi Pemohon Penerima

Yapeim Nafi Dana Inspirasiku Untuk Islamisasi Pemohon Penerima

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 222 hits
Hasrat YaPEIM membantu meringankan beban B40 telah disalahtafsirkan pihak tertentu berhubung inisiatif Inspirasiku KUALA LUMPUR Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia menolak dakwaan pihak tertentu kononnya inisiatif Dana Inspirasiku Ma...
Menpora Berharap Jadwal Liga 1 Tahun 2020 Bisa Adil

Menpora Berharap Jadwal Liga 1 Tahun 2020 Bisa Adil

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 284 hits
Meski demikian Zainudin Amali optimistis kompetisi berjalan semakin baik Keberadaan Cucu Soemantri sebagai Direktur Utama PT LIB menjadi sosok penting yang bisa semakin menyelaraskan kerja sama dengan PSSI dan pemerintah
Bsh Fasa 1 Sudah Masuk

Bsh Fasa 1 Sudah Masuk

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 1299 hits
BSH fasa 1 sudah masuk Assalamulaikum guys alhamdulilah duit Bsh untuk fasa pertama telah pun masuk pada account maybank sha duit berkenaan mulai dikreditkan start 20hb tu tapi macam biasa maybank lambat terima hihi Untuk fasa seterusnya di...
Kemaskini Bsh 2020 Panduan Lengkap

Kemaskini Bsh 2020 Panduan Lengkap

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 731 hits
Kemaskini BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 Fasa 1 telah diagihkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan pada 20 Januari 2020 yang lalu Bantuan peruntukan sebanyak RM1 bilion dan memanfaatkan hampir 3 8 juta penerima BSH kategori i...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal