Orang Muda Usah Terikut Gaya Politik Lama



Pada 19 Ogos 2020oleh Shahrul Shahabudin
Oleh Shahrul Shahabudin(Naib Setiausaha DAP Kubu)Selepas pilihan raya 1969, sistem pilihan raya di Malaysia meniti zaman gelapnya apabila hegemoni Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO begitu ampuh dan jelas sukar untuk digugat oleh parti-parti pembangkang. Pada zaman tersebut tidak wujudnya sistem dua parti atau multi-parti dalam pentas politik Malaysia
Permasalahan ini menjadi titik gelap pada sistem demokrasi di Malaysia yang sepatutnya berterusan subur selepas merdeka dan penubuhan Malaysia. Pada 2008, tsunami rakyat pun bermula. Buat pertama kalinya gabungan parti pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat berjaya memastikan BN tidak memperolehi majoriti 2/3 di Dewan Rakyat selain turut berjaya membentuk kerajaan negeri di lima negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Kedah. Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018, sebuah gabungan politik baharu dibentuk oleh parti pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR dan DAP selain dua buah parti baharu yang dikenali sebagai Bersatu dan Amanah yang menyaksikan pada PRU14 ini, sokongan rakyat memihak kepada PH dan menjadikan PH kerajaan yang sah di peringkat Persekutuan dan juga negeri-negeri di Semenanjung dan Sabah. Detik ini amat bersejarah kerana menandakan detik gemilang bagi sistem demokrasi di Malaysia yang akhirnya tidak lagi hanya dikuasai oleh satu parti sahaja. Sorotan sejarah ini penting untuk dipelajari oleh setiap akar umbi parti-parti politik di Malaysia. Penguasaan penuh tanpa tentangan dalam setiap parti-parti di Malaysia tidak akan mendatangkan manfaat kepada parti dan akhirnya merosakkan kesuburan demokrasi yang sepatutnya disemai di peringkat akar umbi lagi
Justeru itu, pemilihan setiap parti tidak bolehlah bersifat zero sum game sahaja kerana kaedah ini hanya mengutungkan sesetengah individu dan kelompok dalam sesebuah parti sahaja. Hal ini juga akan melemahkan sistem semak dan imbang yang sepatutnya dijalankan daripada peringkat akar umbi lagi sebelum dijadikan wacana utama di peringkat politik kebangsaan
Kegagalan bagi memastikan sistem dan imbang diamalkan sebaiknya oleh akar-akar umbi di setiap parti terutamanya UMNO menyaksikan skandal 1MDB yang dilakukan oleh Najib Razak tidak dapat diatasi sebaiknya kerana wujudnya ketaksuban yang melampau dan bersifat dangkal dalam kalangan ahli-ahli akar umbi UMNO sendiri. Mereka-mereka yang tidak bersetuju akhirnya disingkirkan daripada UMNO seperti Tun Dr Mahathir Mohamad serta Perdana Menteri Malaysia pada hari ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang beberapa tahun selepas itu bekerjasama semula dengan parti yang pernah menkhianati beliau sendiri
Oleh yang demikian, setiap parti komponen dalam PH seperti PKR, Amanah dan terutamanya DAP perlulah belajar daripada kesilapan ini. Kita perlu pastikan sistem semak dan imbang dijalankan sebaiknya di peringkat dalaman parti melalui kefasihan ahli-ahli akar umbi yang sentiasa cakna dengan kepentingan amalan demokrasi untuk dijalankan secara sihat. Jika tidak nasib kita juga akan menjadi seperti UMNO yang semakin tidak relevan malahan mungkin lebih teruk
Kita perlu sedar bahawa kepentingan parti mengatasi kepentingan sesetengah individu yang kita sokong. Oleh yang demikian, mereka yang tidak sehaluan dengan kita bukanlah musuh namun merupakan rakan-rakan yang perlu kita dengari keluhan dan kritikan mereka bagi menambah baik susun atur parti sendiri. Jika tidak, kita seperti kerakusan candu dan tidak dapat berpijak di bumi yang nyata
Amalan pilih kasih dan konsep pilih ‘cai’ perlu dielakkan manakala keutamaan perlu diberikan kepada prestasi yang ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin parti kita. Jika mereka gagal menjalankan tugas mereka dengan baik, maka kita perlulah memberikan laluan kepada pemimpin yang lebih berkelayakan dan mampu menjelmakan masa depan yang cerah kepada parti. Jika usaha ini diamalkan maka sistem demokrasi dapat dihidupkan di peringkat akar umbi sebaiknya
Akhir sekali, percayalah perbezaan yang kita ada sebenarnya merupakan senjata yang paling ampuh bagi memastikan masa depan parti kita berada pada landasan yang tepat selagi kita tidak menyokong dan membangkang membabi buta. Akal fikiran kita perlu sentiasa terbuka dan bijak bagi menguruskan perbezaan yang kita ada bagi kebaikan kita bersama. Jadi orang muda perlu membaiki kelemahan ini dan tidak terikut-ikut dengan sistem politik lama. Usah sembang tentang idealisme jikalau hidung anda dicucuk seperti lembu. Jalan terus dan terus berkhidmat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/orang-muda-usah-terikut-gaya-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berhati Hati Dengan Posisi Postur Tubuh Masa Menyusu Silap Gaya Boleh Sebabkan Sakit Belakang Yang Lama

Berhati Hati Dengan Posisi Postur Tubuh Masa Menyusu Silap Gaya Boleh Sebabkan Sakit Belakang Yang Lama

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 442 hits
Ada dikalangan anda yang mengalami masalah sakit belakang semasa menyusu walaupun sudah mengaplikasikan posisi penyusuan yang betul Ramai yang mengeluh tentang sakit belakang Apabila bayi semakin meningkat usia beratnya bertambah dan boleh ...
8 Gaya Yoga Yang Ampuh Menghalau Bahaya Kesehatan Buatmu Yang Duduk Terlalu Lama

8 Gaya Yoga Yang Ampuh Menghalau Bahaya Kesehatan Buatmu Yang Duduk Terlalu Lama

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 378 hits
Karena terlalu lama duduk itu berbahaya bagi kesehatan jangan lupa regangkan badanmu dengan gerakan gerakan yoga sederhana ini
8 Cewek Ini Tirukan Gaya Ibunya Sewaktu Muda Hasilnya Fix Kayak Kembar

8 Cewek Ini Tirukan Gaya Ibunya Sewaktu Muda Hasilnya Fix Kayak Kembar

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 368 hits
Ibu mereka mungkin akan sangat terharu kalau tahu anaknya berbuat semanis ini
Politik Anak Muda

Politik Anak Muda

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 376 hits
Pada 11 Ogos 2020Oleh Shahrul ShahabudinSewaktu Debat Kebudayaan 1968 masih lagi hangat teringat kata kata Syed Naquib Al Attas kepada saudara Lim Kit Siang yang menyifatkan cabaran yang dikemukan oleh saudara Lim Kit Siang disifatkan oleh ...
Usah Ragui Kemampuan Anwar Terajui Pentas Politik Negara

Usah Ragui Kemampuan Anwar Terajui Pentas Politik Negara

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 325 hits
Strategi adalah pilihan bagi sesebuah parti Tetapi sesuatu strategi itu tidak boleh melangkaui kepentingan bagi sesebuah parti Berkuburnya gagasan Perikatan Nasional sebelum ia ditubuhkan lagi adalah bukti strategi penjajaran politik antara...
Dalam Kepala Mahadhir Merasakan Guan Eng Mangsa Politik

Dalam Kepala Mahadhir Merasakan Guan Eng Mangsa Politik

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 426 hits
MAHADHIR AKHIR ZAMAN FAHAM APA YANG BERLAKU TENGOK MUKA MAHADHIRPUN SEMUA ORANG TAHUDIA MEMANG AHLI MAKRIFAT HEBATYe la bekas menteri kewangan dia memang baik Tak patut betul la depa ni Ada ka orang baik depa dok tuduh rasuah Hebat makrifat...
Tuduhan Rasuah Ini Bermotifkan Politik Guan Eng

Tuduhan Rasuah Ini Bermotifkan Politik Guan Eng

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 360 hits
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan beliau ada menerima suapan berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang Astro Awani melaporkan dalam sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Guan Eng menegask...
Sprm Lim Bukan Pemimpin Politik Pertama Kena Tangkap

Sprm Lim Bukan Pemimpin Politik Pertama Kena Tangkap

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 605 hits
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki hari ini mempertahankan keputusan pegawainya menangkap dan menahan semalaman Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di lokap sebelum membawanya ke mahkamah Mengulas kritikan susulan penangkapan Lim Azam berkata k...
Timb Menteri Didakwa Guna Pesawat Tentera Untuk Kempen Politik

Timb Menteri Didakwa Guna Pesawat Tentera Untuk Kempen Politik

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 747 hits
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz diminta untuk memberikan penjelasan berhubung dakwaan salah guna kuasa terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysian Melalui gambar yang dikirimkan kepada SuaraTV salah seora...
Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

Hantu Penat Dah Lari Ikut Kawan Kawan Dia Kat Taman Bunga

The Profound Benefits Of Reading Books

Mindef Menanti Siasatan Terhadap Kes Rasuah Pegawai Ketenteraan Kanan

Kekuatan Nilai Dan Kebijaksanaan Dalam Kehidupan Dewasa

Titik Karbon Hijau Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi Dalam Rawatan Terapi Kanser

Kerajaan Perlis Pimpinan Shukri Ramli Tumbang

Strong Earthquake Hits Papua New Guinea


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lunch Santai Di A Decade Alamanda Putrajaya

Keagungan Seni Kayu Patung Hidup Sumo Oleh Yasumuto Kamehachi

Fahamkan Separuh Masa Memahami Konsep Dan Kepentingannya Dalam Pengurusan Masa

Exchanger Berlesen Malaysia Kenapa Lesen Audit Penting Dalam Pelaburan Crypto

Hampir Makan Diri Pemain Bola Sepak Zambia Nyaris Patah Leher Rai Jaringan

Kelantan Guru Bujang Didakwa 11 Pertuduhan Luar Tabii Sentuh 9 Murid Lelaki