Orang Miskin Perlu Banyak Bantuan Semasa Perintah Sekatan Putrajaya Diberitahu


 
Ainaa Aiman -May 29, 2021 Bantuan makanan yang diagihkan kepada golongan B40 semasa penguatkuasaan perintah sekatan sebelum ini.PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi menggesa pelbagai bantuan diberi kepada orang miskin bagi membantu mereka menghadapi perintah sekatan yang dilaksanakan di seluruh negara sekarang dan kesannya selepas itu.
Sulochana Nair dari Universiti Binary berkata, kerajaan perlu membantu keluarga B40 dengan makanan, akses kepada kemudahan penjagaan kesihatan, penggantungan bayaran utiliti dan penangguhan ansuran pinjaman rumah dan kereta.
Katanya, barangan perlu seperti makanan mesti diagihkan secara sistematik, selain mencadangkan supaya kerajaan bekerjasama rapat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Beliau menyebut tentang kemungkinan meningkatnya tekanan mental dan emosi dalam kalangan keluarga B40 dengan berkata, ia boleh membawa kepada peningkatan kejadian keganasan rumah tangga.
“Kerajaan perlu memberi perhatian teliti kepada perkara ini,” kata Sulochana.
“Perlu juga dipastikan keluarga B40 divaksin kerana mereka lebih terdedah kepada Covid-19 susulan keadaan tempat tinggal yang lebih sempit,” katanya kepada FMT.
Justeru beliau mencadangkan supaya kerajaan tidak memusatkan proses vaksinasi, selain mendapatkan bantuan daripada ketua persatuan penghuni PPR.
“Proses vaksinasi boleh dijalankan di dewan komuniti masing-masing.”
Nair juga mahu akses internet murah diberikan kepada golongan miskin, selain penyediaan peranti perlu bagi menyokong pendidikan atas talian anak-anak mereka.
Ahli akademik Fatimah Kari dari Universiti Malaya berkata, kerajaan perlu memberi bantuan tunai kepada golongan memerlukan seperti yang dilaksanakan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi Prihatin Rakyat semasa pelaksanaan PKP pertama Mac tahun lepas.
Pakej tersebut meliputi bayaran tunai sehingga RM1,600 kepada keluarga dan individu bujang yang layak, selain bayaran langsung sekali gus lain.
Fatimah menjangka kelumpuhan separuh ekonomi negara, tetapi berharap kerajaan mampu menstabilkannya dalam jangka pendek dengan langkah rangsangan fiskal.
Ahli ekonomi dan profesor kehormat di Universiti Malaysia Sarawak Madeline Berma mengingatkan tentang kesan buruk ke atas ekonomi sekiranya perintah sekatan berjalan lebih daripada dua minggu.
Katanya, kerajaan boleh terus melaksanakan pendekatan bersasar dalam mengawal pergerakan dengan memberi tumpuan kepada kawasan yang merekodkan kadar jangkitan Covid-19 tinggi.
Beliau berkata, penghuni rumah panjang yang tidak merekodkan kes jangkitan Covid-19 juga terpaksa menjalani perintah sekatan.
“Ini menyukarkan kehidupan mereka,” katanya.
Beliau juga meragui kemampuan kerajaan untuk menawarkan lebih banyak bantuan kewangan.
“Pada ketika ini, saya hanya terfikir tentang syarikat swasta yang memperoleh untung luar biasa pada masa sekarang.
“Saya fikir telah tiba masanya mereka juga memberi sokongan bagi melengkapkan bantuan yang diberikan oleh kerajaan.”
Semalam Muhyiddin mengumumkan bahawa negara akan dikenakan perintah sekatan menyeluruh bermula Selasa ini sehingga 14 Jun.
Beliau berkata, langkah itu perlu perlu memandangkan peningkatan besar kes Covid-19 dan kesesakan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital seluruh negara.
Hanya aktiviti dan perkhidmatan ekonomi perlu dibenarkan beroperasi dalam tempoh itu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/orang-miskin-perlu-banyak-bantuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya 16 Pemohon Dibenarkan Bekerja Semasa Sekatan Pergerakan Penuh Kata Azmin

Hanya 16 Pemohon Dibenarkan Bekerja Semasa Sekatan Pergerakan Penuh Kata Azmin

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 266 hits
Miti hanya bertanggungjawab memberi kelulusan beroperasi kepada syarikat di bawah 15 kementerian Hampir keseluruhan sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi dalam sekatan pergerakan penuh di bawah perintaha kawalan pergerakan Daripada 10 ...
Sekatan Pergerakan 1 14 Jun Bukan Perintah Berkurung Kata Kpn

Sekatan Pergerakan 1 14 Jun Bukan Perintah Berkurung Kata Kpn

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 225 hits
Sekatan pergerakan 1 14 Jun bukan perintah berkurung kata KPN Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 31 May 2021 11 2
Pengoperasian Institusi Pendidikan Tinggi Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Pengoperasian Institusi Pendidikan Tinggi Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 268 hits
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KENYATAAN MEDIA PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN Susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ...
Bantuan Peranti Pintar Di Parlimen Pd Sejak November Lepas

Bantuan Peranti Pintar Di Parlimen Pd Sejak November Lepas

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 224 hits
MAN TOBA Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson mengambil maklum sebuah berita berkenaan seorang nelayan yang mempunyai 4 orang anak yang bersekolah dan terpaksa berkongsi telefon bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah piha...
Cara Mohon Bantuan Rm500 Kepada Golongan B40 Amp Penerima Bpr Agihan Bermula Jun 2021

Cara Mohon Bantuan Rm500 Kepada Golongan B40 Amp Penerima Bpr Agihan Bermula Jun 2021

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 401 hits
Pada 17 Mei 2021 yang lalu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kerajaan bersetuju memberi bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM500 kepada golongan B40 yang kehilangan pendapatan Peruntukan adalah sebanyak RM1 2 bilio...
Hiburan Ini Cara Bantuan Kami Dapat Buat Mua Bellaz Sumbang Rm20 000 Pada Palestin Hasil Jualan Alat Solek

Hiburan Ini Cara Bantuan Kami Dapat Buat Mua Bellaz Sumbang Rm20 000 Pada Palestin Hasil Jualan Alat Solek

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 281 hits
Jurusolek terkenal dan juga selebriti media sosial MUA Bellaz dilaporkan telah memberikan sumbangan sebanyak RM20 000 kepada tabung bantuan untuk negara Palestin yang kini dalam pergolakan peperangan dengan rejim Zionis Israel Ujar Bellaz d...
Pdpr Segerakan Bantuan 150 000 Komputer Riba

Pdpr Segerakan Bantuan 150 000 Komputer Riba

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 251 hits
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah kembali dilaksanakan minggu ini pada ketika pelajar ibu bapa dan kerajaan kurang bersedia sama ada dari segi alat bantu belajar mahu pun kaedah pengajaran Bagi Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor Moh...
Tebus Ewallet Rm150 Buat Permohonan Bantuan Ewallet 2021 Untuk Belia Umur 18 20 Tahun

Tebus Ewallet Rm150 Buat Permohonan Bantuan Ewallet 2021 Untuk Belia Umur 18 20 Tahun

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 382 hits
E wallet 2021 bila masuk Persoalan sejak awal tahun haritu masih jadi tanda tanya Terbaru golongan belia dan pelajar IPT boleh tebus eWallet RM150 bermula 1 Jun 2021 sehingga 22 Julai 2021 Susulan pandemik COVID 19 kerajaan telah bersetuju ...
Bantuan Belia Rm1000 2021

Bantuan Belia Rm1000 2021

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 570 hits
BANTUAN BELIA RM1000 2021 Kepada belia yang layak anda boleh memohon bantuan belia RM1000 melalui portal Bagaimanakah cara daftar online SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BELIA RM1000 Berikut adalah syarat kelayakan bantuan belia Warganegara...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi