Orang Melayu Terlalu Sensitif


SEBENARNYA kalau orang Melayu nak berjaya dan menjadi sebuah bangsa yang kuat, produktif dan berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa, perkara yang perlu diambil perhatian secara serius adalah sikap dan cara berfikir.
Perhatikan sebahagian negara hebat dan maju, bangsa-bangsa mereka mempunyai persamaan sikap dan cara berfikir yang lebih jauh ke hadapan, tegas dan jitu dalam segenap aspek.
Menurut pemerhatian saya, terdapat beberapa sikap orang Melayu lama yang dilihat tidak lagi relevan untuk diteruskan pada era serba moden ini. Ia mungkin dilihat remeh bagi sesetengah orang, namun impaknya terlalu besar terhadap generasi masa depan

Sebahagian orang tua yang tertutup mindanya sering mengungkapkan ayat ‘aku makan garam lebih dahulu daripada kamu.’ Ucapan ini selalunya ditujukan kepada orang muda yang mempunyai pandangan dan pendapat berbeza. Mereka rasa geram dan sakit hati sekiranya ada anak muda yang boleh berbahas dan tidak bersetuju dengan pandangan mereka

Ucapan negatif seperti ini perlu dilupuskan. Orang-orang berusia seharusnya sedar zaman mereka tidak sama dengan zaman sekarang, apatah lagi melibatkan perkembangan teknologi maklumat (IT) yang pesat

Hargailah pandangan anak-anak muda. Kalau rasa tidak betul, tegur dengan baik atau sekiranya tidak mampu menepis hujah mereka, maka turunkanlah ego itu dan menerima pandangan dengan hati terbuka

Pengalaman sendiri beberapa tahun lepas sewaktu mewakili sebuah negara, saya diamanahkan bertemu pengurusan sebuah syarikat Melayu bagi membincangkan kerjasama projek yang boleh dijalankan bersama

Namun, apa yang berlaku sangat mengejutkan. Saya diherdik dengan teruk sekali oleh ketuanya hanya kerana beliau mempersoalkan kenapa orang muda dan Melayu seperti saya dihantar berbincang dengan mereka? Mereka nak berbincang dengan orang putih

Tegur mesti berlapik. Ini satu lagi masalah. Entah mengapa orang Melayu punya adab dan kesopanan terlalu tinggi hingga kadang-kadang dilihat keterlaluan. Orang kita terlalu sensitif, baru kena perli sikit, sudah tersentap hati. Baru kritik sikit, terus tarik muka dan tidak mahu bertegur sapa. Tegur berlapik tidak sesuai untuk setiap situasi

Kalau orang itu sudah buat salah, tegur sahajalah supaya dia jelas dengan kesalahannya itu. Orang kita selalunya tidak faham kalau ditegur dengan penuh kesopanan. Itu sebab kesalahan sama terus berulang

Disebabkan sikap sensitif ini jugalah, kita selalu terasa hati dengan orang asing terutamanya dalam kalangan pak Arab dan mat salih memandangkan budaya mereka tegur secara berterus terang. Kalau nak jadi hebat, hati kenalah kental atau kata orang zaman sekarang, hati kering

Kalau fakta itu salah, kata salah, tidak perlu disebabkan nak jaga hati orang sehingga membuatkan kita takut-takut nak tegur. Kalau yang ditegur itu boleh terima, maka dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi kalau dia menarik muka, bermakna pemikirannya tertutup dan sensitif

PENGKHIANAT ISLAMSelain itu, orang Melayu dilihat takut mendengar kritikan atau menerima naratif berbeza. Sebagai contoh, empayar-empayar Islam terdahulu dilihat baik belaka. Apa sahaja datang daripada mereka semuanya positif. Kalau ada yang mencuit salah silap empayar tersebut walau sedikit, sebahagian daripada kita pasti melenting dan mentohmah dengan pelbagai caci maki seperti ‘pengkhianat Islam’, ‘pemecah belah umat’ dan sebagainya. Bawalah fakta macam mana sekalipun, orang kita pasti tidak akan terima kerana bagi mereka, empayar-empayar Islam semuanya hebat suci murni tanpa apa-apa kesalahan

Namun, berbeza pula dengan Arab Saudi. Apa sahaja mereka buat dilihat jelik belaka dan disifatkan sebagai konspirasi dan hipokrit. Segala kebaikan dan sumbangan mereka ke atas kita seolah-olah tidak bermakna. Antara tohmahan yang sering dituju ke atas mereka sudah tentu Wahabi (konsep) dan ejen Zionis

Sikap ini sangat merisaukan kerana kita mengambil keputusan untuk menidakkan sesuatu yang berbeza terhadap apa yang kita sudah dengar dari kecil. Kalau dari kecil kita sudah dibiasakan yang Eropah itu jahat, maka sampai ke matilah kita akan pegang naratif sama. Kalau ada naratif bertentangan berkunjung sejenak, kita jadi seperti cacing kepanasan dan menentangnya habis-habisan

Angan-angan mat jenin sangat sinonim dengan bangsa kita. Kita selalu terbuai dengan fantasi kononnya kita hebat. Dahulu ada seorang penceramah dengan mudahnya mendakwa kita ini pengikut Imam Mahdi di akhir zaman kelak. Diberinya contoh, bani Tamim. Katanya, ta bermaksud tanah dan mim membawa erti Melayu. Jadi, kesimpulannya bani Tamim itu adalah Tanah Melayu

Kasihan saya tengok sebahagian penceramah kita. Mereka bermati-matian cuba mengangkat bangsa Melayu dengan pelbagai cerita dusta dan fakta sejarah yang tidak jelas. Itu semua dibuat kerana pada hakikatnya kita akur bahawa bangsa kita bukanlah hebat seperti bangsa lain. Jadi, untuk menyedapkan hati, kita pun ciptalah macam-macam cerita

Kononnya nak jadi pengikut Imam Mahdi di akhir zaman nanti, tapi nak pertahankan Islam di negara sendiri yang sering dirobek maruahnya oleh kaum minoriti pun takut-takut. Itu belum lagi nak banteras kaum-kaum persis Sajat yang semakin berleluasa di tanah air kita. Daripada sibuk mempengaruhi orang-orang kita, lebih baik fikir kaedah dan strategi untuk memperkasakan anak bangsa kita dari segenap aspek

Banyak lagi perkara yang bangsa kita perlu ubah kalau nak lebih maju dan berdiri seiring negara-negara kuasa besar dunia. Henti berangan-angan dan jadilah sebuah bangsa yang tegas dan berani mempertahankan agama, bangsa dan negara

Saya tahu, pasti sebahagian pembaca marah dengan penulisan bersifat sinis dan terlalu berterus terang ini. Namun, apa yang saya kongsikan ini adalah realiti yang kita perlu terima. Biar sakit hati tetapi faham dengan mesejnya akan tetapi janganlah bermusuhan pula dengan si penulisnya

Oleh: Thaqib Shaker


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/orang-melayu-terlalu-sensitif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Letak Skrin Komputer Terlalu Tinggi Dari Pandangan Mata Anak Ini Kesanya Pada Kesihatan Mata Mereka

Elak Letak Skrin Komputer Terlalu Tinggi Dari Pandangan Mata Anak Ini Kesanya Pada Kesihatan Mata Mereka

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 199 hits
Dalam dunia moden hari ini ramai kanak kanak yang menghadap komputer berjam jam setiap hari seakan akan ia sudah menjadi rutin harian mereka Membiarkan mata anak menatap pada skrin komputer dalam tempoh yang lama boleh membawa kepada ketida...
Shuib Dikecam Terlalu Awal Cari Jodoh

Shuib Dikecam Terlalu Awal Cari Jodoh

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 244 hits
Shuib Dikecam Terlalu Awal Cari Jodoh Selepas hampir lima bulan pemergian isteri tercinta Allahyarham Siti Sarah Raisuddin Shuib baru baru ini mengakui sedang mengenali seorang wanita Namun Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad telah ...
Rambut Gugur Terlalu Banyak Selepas Bersalin Ketika Hamil

Rambut Gugur Terlalu Banyak Selepas Bersalin Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 289 hits
Rambut Gugur Terlalu Banyak Selepas Bersalin Ketika HamilRambut Gugur Terlalu Banyak Selepas Bersalin Ketika Hamil Masalah keguguran rambut boleh menyebabkan botak bengkak dan gumpalan rambut gugur Rambut yang lebih panjang masalah kegugura...
Suki Low Terlalu Mencintaimu Chord

Suki Low Terlalu Mencintaimu Chord

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 271 hits
OST Naziha ChordFm A C Fm Fm A C Fm Fm A m A mSakit perih menusuk Fmhatiku Fm A m A m FmSaat kamu ucap kata itu A mKu hanya bisa Fm A meneteskan air mataA m G Jatuh rasanya langit iniFm G C FmApa salahku CSampai kau tega tinggalkan ku D Pad...
Motto Melayu Isle Akibatnya Melayu Tersungkur

Motto Melayu Isle Akibatnya Melayu Tersungkur

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 161 hits
Masa Langkah Sheraton kita dah persoalkan kejujuran mereka ini Mereka jenis tak amanah Mereka tak diberikan mandat tapi buat pakatan jahat untuk dapatkan kuasa dengan cara salah Tapi ramai Melayu yang kata biarlah Asalkan Melayu Islam moton...
Senarai Filem Melayu 2022

Senarai Filem Melayu 2022

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 700 hits
Berikut senarai filem tempatan bakal ditayangkan pada tahun 2022 Filem lain akan dikemaskini Senarai Filem Melayu 2022Gila GustiTarikh Tayangan 13 Januari 2022Genre AksiPengarah Silver YeeTerbitan APAC Wrestling Lomo PicturesPelakon Syafie ...
Bosan Menunggu Terlalu Lama Jalan Raya Yang Rosak Belum Dibaiki Penduduk Protes Tanam Padi Pokok Pisang Atas Jalan

Bosan Menunggu Terlalu Lama Jalan Raya Yang Rosak Belum Dibaiki Penduduk Protes Tanam Padi Pokok Pisang Atas Jalan

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 200 hits
Gara gara sudah terlalu lama menunggu jalan raya yang rosak teruk yang masih belum dibaiki penduduk di Dusun Sumberejo Desa Glundengan daerah Wuluhan Indonesia telah bertindak menanam padi pada jalan tersebut sebagai tanda protes ke atas pi...
Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Cepat Untuk Move On Dari Mantan Kekasih

Orang Banyak Bercakap Elokkah

Di Antara Doa Yang Paling Lengkap

Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan

Pendapat 3

Isteri Panggil Bomba Angkut Barang Ke Rumah Mak Selepas Bergaduh Dengan Suami