Orang Macam Ni Buat Rugi Je Puasa
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Orang Macam Ni Buat Rugi Je Puasa | Fuhh.. Sentap tajuk... Tapi memang ini tazkirah sentap. Sentap dan santapan untuk diri sendiri dan semua.
Ulama ada menyatakan ada beberapa golongan yang puasa dia merugikan dia sendiri. Sedangkan puasa ni penuh nikmat dan rahmat.
Siapa kah itu orang yang rugi ketika berpuasa.
1. Bangun sahur tapi tidak mendirikan sekurang-kurangnya solat sunat 2 rakaat.
Memang rugi sebab bukan senang kan kita nak bangun waktu kalau bukan untuk sahur. Jadi, ambil lah masa 5 Minit je untuk solat sunat 2 rakaat. Apa-apa solat sunat pun boleh buat.
2. Meninggalkan hari-hari di bulan Ramadhan ini, tanpa melakukan sedekah.
Sedekah ni banyak cara, tapi bulan Ramadhan ni pahala dan keberkatan sedekah tu lagi berganda. Jadi, rugi kalau kita tak rebut peluang ni.
3. Menunggu waktu berbuka tanpa berdoa.
Antara waktu mustajab doa ialah waktu hampir berbuka...
Jadi, sambil dok depan meja tunggu azan... Apa salahnya angkat tangan berdoa.. Minta lah apa sahaja kebaikan untuk diri dan orang lain. Moga diberkati dan dimakbulkan.
4. Menghabiskan waktu siang dengan tidur dan berbaring dengan alasan letih berpuasa.
Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk kita jadi lemah, lesu, letih dan malas.
Puasa memang meletihkan tapi sebenarnya lagi letih kalau kita banyak berbaring dan tidur. Sebab ini atas pengalaman penulis sendiri juga.
Kalau buat kerja, rasa sekejap je puasa. Tak perasan sangat pun.. Kalau rehat, tidur kita akan rasa lamanya nak tunggu waktu berbuka.
5. Langsung tidak membuka/membaca al-Quran
Membaca al-Quran ni kena training dari sebelum puasa sebenarnya. Kalau dah bulan biasa pun payah nak buka.. Memang liat sikit la nak buka bulan puasa ni.
Tapi tak pe.. Rahmat Allah tu luas. Dan dengan kemudahan teknologi, gunakan smartphone dan set reminder untuk kita buka aplikasi al-Quran. Paling tidak sehari satu muka surat pun jadilah dari takde langsung kan.
Itulah ciri-ciri orang yang rugi walaupun berpuasa.
Puasa ni nak latih fizikal, rohani dan mental kita bukan semata-mata nak kawal nafsu je.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mariafirdz.com/2019/05/orang-macam-ni-buat-rugi-je-puasa.html