Orang Kurang Upaya Oku Pendaftaran Rayuan Borang Permohonan


ORANG KURANG UPAYA OKU: PENDAFTARAN,RAYUAN & BORANG PERMOHONAN

Jika anda ingin tahu tentang cara-cara untuk membuat pendaftaran orang kurang upaya (OKU), berikut adalah perkongsian tentang PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA.
APA TUJUAN PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA?
Pendaftaran OKU adalah bertujuan seperti berikut:
Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan; Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU; dan Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian/ketidakupayaan mereka. DEFINISI OKU
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.
JENIS PENDAFTARAN
Terdapat beberapa jenis pendaftaran, berikut adalah jenis pendaftaran OKU:
PENDAFTARAN BAHARU OKU
Pendaftaran baharu adalah permohonan pendaftaran OKU dibuat kali pertama.  Permohonan pendaftaran memerlukan dokumen seperti berikut:
i.Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC)  sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta;
ii.Satu (1) salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad;
iii.Satu (1) keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.
PENDAFTARAN SEMULA
Pendaftaran semula adalah pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang Kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011. Pemohon perlu melengkapkan BPPOKU Pindaan 2019.
Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut sahaja:
Semua kategori OKU yang tidak dinyatakan sub kategori di mana-mana laporan bertulis.  Maklumat diperlukan bagi tujuan mengemaskini sub kategori dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU);
OKU fizikal yang mempunyai ketidakupayaan yang tidak jelas
PERUBAHAN KATEGORI DAN SUB KATEGORI OKU
Bagi perubahan kategori / sub kategori OKU pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register (NSR) dari Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/ Klinik Swasta.
PENGGANTIAN KAD
Permohonan penggantian Kad OKU adalah untuk keadaan seperti berikut:
Kad OKU rosak/ hilang Perubahan alamat di mana pemohon perlu menguruskan pertukaran alamat dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pertukaran pada Kad OKU; dan Cetakan sub kategori pembelajaran pada Kad OKU bagi OKU pembelajaran yang telah dinyatakan sub kategori dalam SMOKU atau di mana-mana laporan bertulis Penggantian Kad tidak memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan. KATEGORI OKU
Terdapat tujuh (7) kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:
KURANG UPAYA PENDENGARAN
i.Bilateral hearing loss
Kurang upaya Pendengaran diambil kira sekiranya:
a) Tahap pendengaran ≥40dBHL (dewasa) di telinga yang lebih baik berdasarkan purata 4 frequensi: (500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz)
b) Tahap pendengaran ≥ 30dBHL (kanak-kanak) di telinga yang lebih baik berdasarkan purata 4 frequensi: 500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz)
ii.Single sided deafness (SSD) / Profound unilateral hearing loss
Tahap pendengaran sangat teruk melebihi ≥ 91dBHL di sebelah telinga berdasarkan purata  4 frequensi: (500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz)
iii. Kecacatan telinga kekal / sindrom berkaitan  telinga /sindrom berkaitan pendengaran
contoh: microtia, atresia, anotia, Treacher Collins, Goldenhar syndrome etc.
iv.Lain-lain
KURANG UPAYA PENGLIHATAN
i.Terhad di kedua-dua belah mata
penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation
ii.Buta di kedua-dua belah mata
penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation di kedua-dua belah mata
iii. Buta di sebelah mata
penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation di sebelah mata
iv.Lain-lain gangguan penglihatan kekal
Contoh : albanism
KURANG UPAYA PERTUTURAN
i.Kecelaruan Pertuturan dan Bahasa/ Kecelaruan komunikasi kompleks
(Complex Communication Disorders)
Contoh :
-Kanak kanak : pediatric speech and language disorders
-Dewasa : Aphasia
Berlaku apabila individu sukar untuk menghantar, menerima, memproses dan memahami konsep sesuatu sistem simbol secara lisan, bukan lisan atau maklumat grafik.
(Termasuk berkaitan masalah Kelewatan Perkembangan (GDD), pendengaran, masalah berkaitan sindrom, Autisme, ADHD, Stroke , Kecederaan Otak  dan lain-lain berkaitan).
ii.Kecelaruan motor pertuturan (Motor Speech Disorder)
Contoh :
Apraxia, Dysarthria
Kelemahan dan ketidakfungsian struktur dan otot yang menghasilkan bunyi pertuturan menyebabkan kadar, kelancaran dan kejelasan pertuturan terganggu.
iii.   Kecelaruan Suara (Voice Disorders)
Contoh :
Dysphonia/ Aphonia
Kualiti, kelangsingan dan kekuatan suara seseorang individu berbeza dari individu-individu lain yang mempunyai usia,jantina,budaya dan kedudukan geografi yang sama dengan individu tersebut.
iv.Kecelaruan kelancaran Pertuturan/Kegagapan (Fluency disorders)
Contoh :
Stuttering
Cluttering
Gangguan pada aliran pertuturan yang dicirikan oleh pengulangan, pemanjangan, sekatan dan hentian bunyi, perkataan dan ayat termasuk Spasmodic dysphonias dan Laryngeal tremor
v.Kecelaruan Resonan (Resonance Disorder)
Contoh :  Hypernasality Hyponasality
Masalah kesengauan pertuturan disebabkan oleh gangguan pada mekanisma pengaliran udara berpunca dari keabnormalan struktur pertuturan saperti sumbing lelangit (Cleft Palate), sekatan, masalah neurologi kegagalan fungsi velofaringeal dan Oromandibular dystonia
KURANG UPAYA FIZIKAL
i.Limb Defect
(Acquired / Congenital)
Keadaan di mana berlaku  kehilangan separa atau sepenuhnya mana-mana bahagian anggota badan termasuk kehilangan:
Tangan
Kaki
Jari tangan / jari kaki
–    kehilangan mana-mana ibu jari atau kehilangan keseluruhan mana-mana dua (2) jari
–    kehilangan mana-mana jari yang melibatkan tulang metacarpal/metatarsal.
ii.Spinal Cord Injury
Kecederaan saraf tunjang akibat trauma atau bukan trauma yang menjejaskan fungsi otot, deria serta autonomik di bahagian bawah aras kecederaan.
iii.   Strok
Keadaan di mana berlaku kekurangan atau kehilangan fungsi secara tiba-tiba melibatkan pertuturan, otot, deria, kognitif atau lain-lain  sebahagian tubuh badan akibat kekurangan oksigen atau pendarahan di dalam otak.
iv.Kerdil (Achon-droplasia)
Keadaan di mana ketinggian bagi seseorang adalah kurang daripada 142cm bagi lelaki dan kurang daripada 138cm bagi wanita.
v.Traumatic Brain Injury
Keadaan di mana berlaku kekurangan atau kehilangan fungsi secara tiba-tiba melibatkan pertuturan, otot, deria, kognitif atau lain-lain melibatkan sebahagian tubuh badan akibat kecederaan otak.
vi.Cerebral Palsy
Keadaan kekal di mana berlaku masalah  pergerakan dan postur yang menghadkan aktiviti akibat  gangguan bukan progresif di bahagian otak .  Terbahagi kepada tiga (3) jenis seperti berikut:
Hemiplegia Diplegia Quadriplegia Lain-lain vii. Lain-lain
Contoh Duchenne Muscular Dystrophy dan penyakit kronik yang menyebabkan kurang upaya fizikal.
KURANG UPAYA PEMBELAJARAN
i.Global Developmental Delay (GDD)
Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
Ringan Sederhana Teruk Keadaan di mana berlaku perkembangan lewat sekurang-kurangnya dua (2) standard deviation dalam sekurang-kurangnya dua (2) domain samada gross motor/fine motor, speech/language, cognition, social/personal atau activities of daily living bagi pemohon berumur kurang dari lima (5) tahun.
ii.Sindrom Down Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
Ringan Sederhana Teruk Berpunca dari kecelaruan kromosom yang terlebih iaitu pada kromosom 21.
iii.  Attention Defisit Hyperactivity Disorder (ADHD)
Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
Ringan Sederhana Teruk Kesulitan sepanjang hayat yang melibatkan tahap tumpuan serta kawalan impuls.
iv.Autisme (Autism Spectrum Disorder)
Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
Ringan Sederhana Teruk Autisme merupakan gangguan neurologi yang memberikan impak negatif kepada kanak-kanak dari segi kemahiran interaksi sosial dan imaginasi.
v.Intelektual
Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
Ringan Sederhana Teruk Kurang upaya intelektual merupakan kekurangan dari segi fungsi intelek (terencat akal / mental retardation) bagi kanak-kanak berumur lima (5) tahun ke atas.
vi.Specific Learning Disability (Specific LD)
Dyslexia : Perbezaan cara otak berfikir dalam menghubungkan simbol visual dan bunyi seterusnya mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira.
Dyscalculia: Keadaan yang mempengaruh keupayaan pemohon meguasai/memperoleh kemahiran arimetik.
Dysgraphia: Keadaan yang mempengaruh keupayaan skil motor halus pemohon seterusnya mendatangkan kesulitan membentuk huruf, menulis dan lain-lain.
vi. KURANG UPAYA MENTAL
i.Organic Mental Disorder yang serius dan kronik
Dementia in Alzheimer’s disease
Vascular dementia
Other mental disorders due to brain damage and dysfunction and to physical disease
 
ii.Schizophrenia, Schizotypal and Delusional Disorders
Schizoaffective Disorders;
Persistent Delusional Disorder; and
Other non organic psychotic disorders
 
iii.  Mood Disorder
Bipolar affective disorder;
Recurrent depressive disorder;
Persistent mood disorders; and
Other mood disorders.
iv.Severe Anxiety Disorder
Phobic Anxiety disorders (Fobia),
Panic disorder;
Generalized anxiety disorder;
Mixed anxiety and depressive disorder; dan
Obsessive Compulsive Disorder (OCD)
KURANG UPAYA PELBAGAI
Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.
KOD BAGI KATEGORI OKU
DE – Pendengaran BL – Penglihatan SD – Pertuturan PH – Fizikal LD – Pembelajaran ME – Mental MD – Pelbagai DOKUMEN PENGENALAN SEMENTARA ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Dokumen Pengenalan Sementara OKU ialah dokumen yang dikeluarkan setelah permohonan pendaftaran OKU diluluskan.
Dokumen ini dikeluarkan atas permintaan OKU/ waris yang memerlukan dan sah dalam tempoh tiga puluh (30) hari sementara Kad OKU dicetak.
CARA PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA 2020 ONLINE
Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian atau muat turun borang permohonan melalui pautan di Borang Pendaftaran OKU. Isikan borang permohonan dengan betul dan lengkap. Sertakan dokumen sokongan seperti salinan sijil kelahiran atau Kad Pengenalan. SEMAKAN SYARAT PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA 2020
Antara syarat-syarat pendaftaran Orang Kurang Upaya adalah seperti berikut:
(a) Warganegara yang bermastautin di Malaysia
(b) Telah disahkan/ diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan/ Pakar Psikiatri atau Pakar Perubatan Swasta.
CARA BUAT RAYUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU
Pemohon boleh membuat rayuan sekiranya permohonan pendaftaran OKU ditolak dengan mengemukakan surat permohonan kepada Ketua Pendaftar beserta laporan sosial pemohon untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Pendaftaran OKU di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MBOKU) bagi pihak Menteri untuk membuat keputusan.
CARA PEMBATALAN PENDAFTARAN OKU
Pendaftaran OKU terbatal apabila pemegang Kad OKU telah; meninggal dunia; atau terhenti menjadi OKU (telah pulih dan tidak lagi mengganggu kefungsian).
Waris/ pemegang Kad OKU hendaklah mengembalikan Kad OKU di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN OKU 2020 ONLINE
Anda boleh buat SEMAKAN ONLINE STATUS eBantuan JKM 2020
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU PINDAAN TERKINI 2019
SILA KLIK DI SINI UNTUK MENCETAK GARIS PANDUAN PENDAFTARAN OKU
The post ORANG KURANG UPAYA OKU: PENDAFTARAN,RAYUAN & BORANG PERMOHONAN appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/orang-kurang-upaya-oku-pendaftaranrayuan-borang-permohonan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Impian Bangsa Johor Ysi 2020 Cara Permohonan Pendaftaran

Rumah Impian Bangsa Johor Ysi 2020 Cara Permohonan Pendaftaran

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 1353 hits
RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR YSI 2020 CARA PERMOHONAN PENDAFTARAN APA ITU RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR YSI Rakyat di negeri Johor boleh merebut peluang mendapatkan rumah impian masing masing dengan membuat permohonan pendaftaran skim perumahan ma...
Permohonan Rayuan Bsh 2020 Bantuan Sara Hidup

Permohonan Rayuan Bsh 2020 Bantuan Sara Hidup

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 620 hits
Permohonan Rayuan BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Permohonan rayuan BSH 2020 akan dibuka kepada pemohon yang gagal dapat bantuan berkenaan atau tidak berjaya membuat permohonan Artikel Pilihan Ini Kali pertama muncul di
Cara Permohonan Stiker Pelekat Oku

Cara Permohonan Stiker Pelekat Oku

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 614 hits
CARA PERMOHONAN STIKER PELEKAT OKU Untuk pengetahuan anda untuk menggunakan stiker OKU anda perlu membuat permohonan dan perlu memenuhi syarat untuk membuat permohonan SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN STIKER OKU Permohonan boleh dikemukakan oleh p...
Geran Padanan Pendigitalan Pks Rm5000 Bsn Cara Borang Permohonan

Geran Padanan Pendigitalan Pks Rm5000 Bsn Cara Borang Permohonan

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 696 hits
GERAN PADANAN PENDIGITALAN PKS RM5000 BSN CARA BORANG PERMOHONAN Kepada pemilik Perusahaan Kecil Sederhana yang masih beroperasi secara manual Kementerian Kewangan Malaysia menawarkan Geran Padanan Pendigitalan PKS sehingga RM5000 sebagai p...
Pinjaman Tabung Usahawan Perak 2020 Cara Borang Permohonan

Pinjaman Tabung Usahawan Perak 2020 Cara Borang Permohonan

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 516 hits
PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK 2020 CARA BORANG PERMOHONAN APA ITU PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK Program Pinjaman Tabung Usahawan Perak ini adalah tujuan untuk membantu peniaga peniaga mengembangkan perniagaan dengan menawarkan skim pinjam...
Bantuan Khas Rm5000 Rm3000 Kepada Pengusaha Taska Cara Borang Permohonan

Bantuan Khas Rm5000 Rm3000 Kepada Pengusaha Taska Cara Borang Permohonan

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 637 hits
BANTUAN KHAS RM5000 RM3000 KEPADA PENGUSAHA TASKA Kerajaan akan memberikan untuk mematuhi dan melaksanakan SOP yang ditetapkan Geran ini dikenali sebagai BANTUAN KHAS KEPADA PENGUSAHA TAMAN ASUHAN KANAK KANAK APA ITU BANTUAN KHAS KEPADA PEN...
Ekasih 2020 Pendaftaran Permohonan Baru Semakan Permohonan Portal Ekasih

Ekasih 2020 Pendaftaran Permohonan Baru Semakan Permohonan Portal Ekasih

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 542 hits
eKasih 2020 PENDAFTARAN PERMOHONAN BARU SEMAKAN PERMOHONAN PORTAL eKasih Berdasarkan kajian semula terhadap had Pendapatan Garis Kemiskinan nasional dibuat bagi mendapat gambaran mengenai perbelanjaan dan keperluan penduduk Malaysia dengan ...
Ebelia Iyres Cara Daftar Sistem Permohonan Pekerjaan Untuk Belia

Ebelia Iyres Cara Daftar Sistem Permohonan Pekerjaan Untuk Belia

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 530 hits
eBelia IYRES CARA DAFTAR SISTEM PERMOHONAN PEKERJAAN UNTUK BELIA Tahukah anda terdapat satu portal pelbagai manfaat yang telah dibangunkan khusus untuk membantu para belia di Malaysia baru baru ini telah membangunkan sebuah portal iaitu Por...
Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar Cara Permohonan Semakan

Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar Cara Permohonan Semakan

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 368 hits
SKIM BANTUAN ASUHAN ANAKKU PINTAR CARA PERMOHONAN SEMAKAN Melalui skim baru ini ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bula...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp