Orang Kampung Bayar Talian Talianm Macam Hampeh Naya Orang Kampung Pacak Tiang Tinggi Tinggi Buat Apa


 
Syarikat telco digesa segera atasi masalah talian telefon, internet di Kg Long Pasia

Bernama -May 2, 2022 Masalah dihadapi Kampung Long Pasia di daerah Sipitang, Sabah itu difahamkan berpunca daripada kerosakan penjana kuasa menara telekomunikasi.
SIPITANG: Syarikat telekomunikasi digesa segera menyelesaikan masalah gangguan liputan talian telefon dan internet yang dihadapi oleh pengguna di beberapa kampung di daerah ini, termasuk Kampung Long Pasia yang terkenal sebagai tarikan pelancong.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Sindumin Sani Miasin berkata, beliau menerima aduan daripada penduduk kampung berhubung masalah talian komunikasi sering terputus sejak kebelakangan ini.
“Antara kampung yang dilaporkan terjejas teruk adalah Kampung Long Pasia, Kampung Long Mio, Kampung Ulu Bole, Kampung Meligan dan Kampung Iburuh. Masalah itu telah menjejaskan hubungan dan komunikasi lebih 1,000 penduduk kampung terlibat.
“Saya difahamkan masalah itu berpunca daripada kerosakan penjana kuasa menara telekomunikasi di Kampung Long Pasia dan Kampung Ulu Bole,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Daerah Sipitang terletak di kawasan pedalaman Sabah, iaitu kira-kira 144km ke arah selatan Kota Kinabalu, dan terkenal dengan kawasan tanah tinggi, antaranya Kampung Long Pasia.
Sani berkata, liputan talian telefon dan internet di kawasan berkenaan bergantung kepada menara telekomunikasi, namun memerlukan penjana kuasa bagi memastikan ia dapat beroperasi 24 jam.
“Kerosakan penjana kuasa menyebabkan talian komunikasi terputus. Berdasarkan aduan orang kampung, penjana kuasa di menara Kampung Long Pasia mengalami kerosakan sejak 8 April lepas, namun sehingga kini ia masih belum dibaiki,” katanya.
Disebabkan talian komunikasi terputus, katanya, penduduk Kampung Long Pasia terpaksa bergantung kepada Menara Kampung Long Mio bagi kes kecemasan.
“Sudah jatuh ditimpa tangga apabila difahamkan pada 25 April lepas, gangguan juga berlaku di Kampung Long Mio. Ini bermakna Kampung Ulu Bole, Kampung Meligan, Kampung Iburuh dan Kampung Long Pasia tiada liputan talian telefon dan internet.
“Masalah gangguan talian komunikasi di kampung berkenaan tiada kesudahan sejak sekian lama terutama di Kampung Long Pasia, Kampung Long Mio dan sekitarnya.
“Gangguan ini turut menjejaskan proses pembelajaran pelajar sekolah,” katanya.
Jarak Kampung Long Pasia dan Kampung Long Mio dari Pekan Sipitang kira-kira 128km dan hanya boleh dihubungi menggunakan jalan balak yang kini dalam keadaan yang amat teruk, menyebabkan ia sukar dilalui walaupun menggunakan kenderaan berat.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/orang-kampung-bayar-taliantalianm-macam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lupakanlah Tanah Kampung Baru L Najib Nak Bayar Tinggi

Lupakanlah Tanah Kampung Baru L Najib Nak Bayar Tinggi

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 190 hits
Kerajaan tidak patut ambil tanah Kg Baru secara paksaPosted By on April 22 2022Kerajaan Persekutuan didakwa zalim kerana mengambil paksa tanah penduduk Kampung Sungai Baru Kampung Baru Kuala Lumpur yang enggan menerima projek pembangunan se...
Pelik Dan Agak Mustahil Macam Mana Org Takda Kerja Boleh Bayar 10 Org Peguam Fynn Jamal

Pelik Dan Agak Mustahil Macam Mana Org Takda Kerja Boleh Bayar 10 Org Peguam Fynn Jamal

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 183 hits
Sejak kebelakangan ini kita seringkali mendengar kes perbicaraan tentang pengabaian dan penganiayaan terhadap anak istimewa adik Bella
Ada Netizen Yang Tak Kisah Bayar Rm8000 Sehari Sewa Kereta Mewah Demi Tak Nak Kalah Ketika Balik Kampung Beraya

Ada Netizen Yang Tak Kisah Bayar Rm8000 Sehari Sewa Kereta Mewah Demi Tak Nak Kalah Ketika Balik Kampung Beraya

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 385 hits
nbsp Penafian Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasanGara gara ingin nampak bergaya ketika pulang ke kampung menyambut Aidilfitri selepas dua tahun terkurung akibat C0vid 19 ada warga kota yang sanggup berhabis duit seh...
Kita Janji Macam Nak Beli Tanah Kampung Baru

Kita Janji Macam Nak Beli Tanah Kampung Baru

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 193 hits
Penerima PerantiSiswa dikurangkan cadang beri peranti berkualiti tinggi kata Annuar April 27 2022 Peranti yang akan diagihkan kepada penerima bukan pada harga lingkungan RM800 malah harganya lebih tinggi kata Menteri Komunikasi dan Multimed...
Hiburan Tengok Iklan Lain Teruja Nak Ootd Raya Sekali Baju Sampai Dah Macam Pesakit Hospital Psikiatri

Hiburan Tengok Iklan Lain Teruja Nak Ootd Raya Sekali Baju Sampai Dah Macam Pesakit Hospital Psikiatri

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 240 hits
Menjelangnya hari lebaran pastinya ada cerita cerita lucu mengenai mereka yang tersilap membeli baju raya dan sebagainya Seperti satu perkongsian oleh seorang gadis ini dia ada mencuba sepasang baju raya yang terlihat cantik di iklan media ...
Babak Mak Leha Selamba Sound Fatin Macam Mana Mak Leha Tahan Gelak

Babak Mak Leha Selamba Sound Fatin Macam Mana Mak Leha Tahan Gelak

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 206 hits
Nampaknya drama 7 Hari Mencintaiku 3 kali ini memang banyak plot twist dipaparkan Konflik rumahtangga menjadi isu utama dalam musim kali ini Fokus bukan sekadar pada hubungan Khuzairi dan Mia Adriana sahaja namun turut dipaparkan isu dalam ...
Tak Bersesak Cari Barang Raya Simpan Siap Siap Sayur Macam Ni Senang Nak Masak

Tak Bersesak Cari Barang Raya Simpan Siap Siap Sayur Macam Ni Senang Nak Masak

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 160 hits
Hari raya yang bakal menjelma lima hari lagi pastinya diantara kita yang sudah pun mempersiapkan barang barang untuk memasak juadah pagi raya Tak perlu bersesak apa kata beli dan simpan herba dan daun daunan seperti serai daun kunyit dan se...
Makan Macam Macam Meriah Susu Mak Menyusu Bersedia Untuk Perkara Tak Terjangka

Makan Macam Macam Meriah Susu Mak Menyusu Bersedia Untuk Perkara Tak Terjangka

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 132 hits
Bila tiba hari raya berjumpa pula sanak saudara memang boleh buat mama lupa nak pam susu Sedar sedar dah bengkak susu Bagi anak yang menyusu secara terus mungkin tiada masalah Tambah pula pelbagai makanan yang mama makan dan mood yang happy...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi