Orang Cina Kembalilah Kepada Islam


 
Penduduk Islam dari etnik Hui berhadapan dengan pihak polis China bagi mempertahankan Masjid Najiaying di Nagu, dalam wilayah Yunnan, China pada 27 Mei 2023. (FOTO: AsiaNews)
1. Nasib Islam di China: Selepas Uighur, kini Hui“Saya mahu dunia tahu apa yang sedang kami alami sekarang, dan apa yang kami takuti akan berlaku seterusnya.”
Itu luahan dan keluhan berbaur penuh kebimbangan dan ketakutan penduduk Islam di Najiaying, daerah Tonghai, dalam wilayah Yunnan, China.
Mereka melaungkan suara mewakili etnik Hui – salah satu daripada 56 kumpulan etnik yang diiktiraf oleh Beijing, yang menetap di wilayah Yunnan menempatkan kira-kira 700,000 daripada 10 juta umat Islam di seluruh China; yang mana merujuk kepada jumlah populasi rakyat China yang sudah mencecah jumlah 1.412 bilion, penganut Islam di negara komunis itu adalah kaum minoriti.
“Ia ekoran dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa China telah mengalih keluar seni bina Islam di negara itu secara terang-terangan – memusnahkan kubah dan meruntuhkan menara – daripada lebih seribu masjid etnik Hui di seluruh negara itu,” kata sumber saksi kepada CNN sambil menambah bahawa Masjid Najiaying yang terletak di bandar Nagu itu menjadi salah satu kawasan suci Islam terakhir yang akan ‘dimusnahkan’ oleh kerajaan China.
Ia adalah susulan tindakan kerajaan China yang mahu meneruskan rancangan memusnahkan empat menara dan bumbung kubah Masjid Najiaying, lapor AFP.
Begitulah kira-kira, antara berita tersebut..  (Rujuk HARAKAHDAILY 31/5/2023)


2. Cina masuk Islam bukan jadi Melayu -Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin -Disiarkan pada Februari 21, 2019 @ 12:13pm (MyMetro)
ISLAM meraikan diversiti budaya dan tradisi selagi ia tidak bertentangan dengan ajarannya. FOTO arkib 

ISLAM meraikan diversiti budaya dan tradisi selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Ini kerana Allah SWT menciptakan manusia berbeza-beza bukan untuk berlawanan antara satu sama lain.
Mereka semua perlu sama-sama mengenali dan mengasihi kerana semua manusia berasal daripada nenek moyang pasangan yang sama iaitu Adam dan Hawa.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud: “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya”.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia itu berasal daripada Adam dan Adam itu (diciptakan) daripada tanah.” (Hadis Bukhari)
Mengikut hasil kajian dilaporkan Rosey Wang Ma (2005), kebanyakan orang Melayu menjangkakan bahawa orang Cina yang menganut Islam akan meninggalkan budaya asal mereka dan mengamalkan cara hidup seperti orang Melayu.
Bagi mereka, hampir semua budaya Cina tidak Islamik, maka sebab itu orang Cina Muslim perlu menjadi Melayu melalui asimilasi sepenuhnya untuk menjadi seorang Muslim sejati.
Ciri-ciri, nama dan budaya Melayu adalah manifestasi kepada identiti agama mereka. Akibat daripada persepsi dan jangkaan itu, maka ramai orang Cina yang menganut Islam dibuang keluarga asal mereka kerana mereka dicap sebagai menjadi Melayu.
Perubahan paling ketara berlaku dengan pertukaran nama. Di Malaysia, kebanyakan orang Cina yang masuk Islam diminta menukar nama mereka kepada nama Melayu atau Arab dan menggunakan bin atau binti Abdullah.
Ada juga mereka yang menguruskan pengIslaman membuang keseluruhan nama asal Cina termasuk nama keluarga kerana dikatakan sebagai tidak Islamik.
Sedangkan bahasa Cina seperti bahasa lain di dunia ini semuanya adalah ciptaan Allah SWT. Bagi masyarakat Cina, membuang nama seseorang sama seperti menafikan keturunan, apatah lagi dibinkan dengan nama orang lain seolah-olah memisahkan Cina Muslim dengan keturunan asalnya.
Oleh kerana identiti Melayu dan identiti Islam membayangi budaya Cina dan identiti etnik, kebanyakan orang Cina menyamakan menjadi Muslim dengan menjadi orang Melayu.
Mereka melihat apabila memeluk agama Islam sebagai mengkhianati keluarga dan bangsa dan memalukan masyarakat Cina. (Rosey Ma, 2011)
Masih ramai orang Cina yang berminat kepada Islam masih tidak bersedia untuk menerimanya kerana permasalahan yang dinyatakan itu.
Malah ramai juga yang bersyahadah tetapi tidak berani mengisytiharkan diri mereka sebagai Islam kerana pasti akan berlaku ‘peperangan besar’ dalam keluarga.
Melainkan dia mempunyai ibu atau bapa yang memahaminya. Hakikatnya, kejadian manusia seperti disebut dalam ayat al-Quran dalam Surah al-Hujurat itu menunjukkan kaum dan suku yang berlainan bertujuan untuk menjadi makhluk saling kenal-mengenali antara satu sama lain.
Keadaan jauh lebih baik bagi masyarakat Cina Muslim di Malaysia kerana dapat menonjolkan identiti bangsa dan pada masa sama menjadi orang Islam yang baik.
Penulis Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di UPM
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Teringat saya (Ibnu Hasyim) semasa berada di bandar Urumqi China pada 6 Julai 2010, puluhan tahun yang lalu. Peristiwa panas semasa pasukan keselamatan China diletak dalam keadaan berjaga-jaga di bandar Urumqi,  yang mengalami rusuhan kaum genap setahun sebelum itu. 
Pada 5 Julai tahun sebelum itu, rusuhan ganas berlaku antara penduduk asal Muslim kaum Uighur dan penduduk pendatang kaum Han, mengakibatkan sekurang-kurangnya 197 orang terkorban. Sehari sebelumnya, pasukan keselamatan dilihat melakukan rondaan di Dataran Rakyat, tempat rusuhan tahun sebelumnya bermula.(Rujuk juga media AFP, Reuters) 
Ini masjid Urumqi. Pegawai keselamatan melarang parking depan masjid ini. Lihat ini.. di bawah masjid itu ada kedai-kedai menjual pelbagai barang. Disebelah kirinya, ada gerai buah-buahan dan berbagai jenis. Memang sepatutnya begitu.. menunjukkan seluruh kehidupan harian termasuk perniagaan bernaung di bawah tadbiran masjid dan agama.
Cegah rusuhan, Pegawai keselamatan China meronda di bandar Urumqi bagi memastikan rusuhan ganas tahun sebelumnya tidak berulang. -- Foto AP


Gambar-gambar di bawah ini..
Gambar atas, di toko China Mobile itu.. Teratas sekali ada 'tulisan jawi', kalau dalam istilah orang Melayu. Yakni tulisan Arab atau tulisan Al-Quran yang di Melayukan, tanda pengaruh Islam kuat dalam tulisan bangsa tersebut. Begitu juga dengan 'tulisan jawi Urumqi' ini. Hampir seluruh kedai-kedai di Urumqi terlihat di sini terdapat tulisan jawi Urumqi. Mungkin lebih hebat dari penggunaan 'tulisan jawi' di Tanah Melayu atau Malaysia.

Bahkan dalam kad pengenalan rakyat mereka pun tertera 'tulisan jawi Urumqi' ini. Dalam kad pengenalan Malaysia tak ada pun tulisan jawi. Lihat gambar di bawah ini dalam kad pengenalan mereka.
Apakah hal ini sesuatu yang istimewa? Kerana keistimewaan inikah menyebabkan walaupun sudah satu tahun berlaku rusuhan (seperti disebutkan), hingga kini rakyat masih menerima bahangnya? Seolah-olah masih darurat dan perintah berkurung? Nak parking depan masjid pun susah? Nak masuk hotel, ke pasar malam atau siang pun kena check, seolah-olah kita bawa bom peledak??
Ibnu Hasyim meninjau gerai-gerai di bawah kawalan masjid.. 
Bersama Gadis Uighur..  Gambar ini diambil semasa kami melawat di muzium Arumqi. Ibnu Hasyim bergambar dengan dua pekerja Islam bangsa Uighur. Bangsa yang berkulit putih, hidung mancung dan tinggi-tinggi, beragama Islam.
Penutup
Ertinya, kaum Cina dengan agama Islam memang tidak dapat dipisahkan. Agama Islam mempunyai sejarah yang lama di China. Agama ini telah wujud sejak Dinasti Tang setelah seorang sahabat Nabi  Muhammad, Sayyidina Sa`ad ibn Abi Waqqas, diutuskan sebagai wakil baginda Rasul kepada  Maharaja Gaozong pada 650 M. 
Maharaja itu berkenan dengan agama Islam dan memerintahkan pembinaan masjid yang pertama di China. Disebutkan, sebuah ciri terkenal masyarakat Islam Muslim di China ialah kemunculan imam wanita bagi makmum wanita. Suatu bentuk kaligrafi Islam, Sini, dan telah ditubuhkan dengan baik di China. Haji Nur Din Mi Guangjiang ialah seorang penulis khat sini terkenal menurut tradisi ini. 
Begitu juga Laksamana Cheng Ho dari negara China yang menjadi tentera  pengaman di Asia Tenggara dan Selat Melaka, Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sultan Melaka dan lain-lain.
Populasi Muslim di China berkisar 23 juta jiwa pada tahun 2010 yang tersebar diseluruh penjuru negeri.  Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Sayyidina Uthman ibni Affan RA Khalifah Islam, pada 651, lebih kurang dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Rombongan itu diketuai oleh Sayyidina Sa`d ibn Abī Waqqās RA, bapa saudara Nabi di sebelah ibunya.  Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid di  Canton, masjid pertama yang dibina di negara itu. Zaman Dinasti Tang merupakan zaman gemilang di China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. 
Orang-orang Islam yang pertama kali bermastautin di China ialah dari kalangan saudagar Arab dan Parsi. Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut kemudian diubah suai menjadi  huihui atau Hui untuk merujuk kepada suku Cina Han yang memeluk agama Islam.
Ertinya juga, Islam turut memberi sumbangan kepada bangsa Cina dalam pembangunan dan kebangkitan ketamadunan hingga ke peringkat antarabangsa. Di Malaysia atau negara-negara umat Islam lain di dunia tidak mustahil boleh dipimpin oleh bangsa Cina yang tawwadhu', tidak rasuah atau taqwa kepada Allah SWT.
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu. Ingat kisah Umar Al-Khattab juga asalnya penentang kuat Islam, tetapi akhirnya menjadi Khalifah penggerak Islam yang tangguh.
Jangan seperti di Malaysia, orang masuk Islam yang luas dipersempitkan jadi 'masuk Melayu'. Apa benarkah slogan UMNO dulu,'Takkan Melayu hilang di dunia'??Sekumpulan lelaki Muslim etnik Hui meninggalkan Masjid Laohuasi selepas solat Jumaat di Linxia, dalam wilayah Gansu pada Mac 2018. (FOTO laporan npr.org bahawa Gansu setakat tarikh tersebut masih dapat mengekalkan sebahagian besar masjidnya manakala kubah dan menara masjid di wilayah lain telah diubah atau dialihkan.)Kaum hawa daripada etnik Hui tidak ketinggalan menyertai tunjuk perasaan membantah pencerobohan pihak berkuasa China terhadap Masjid Najiaying di Nagu dalam kejadian pada 27 Mei 2023. (FOTO: The Guardian)Ibnu Hasyim bergambar dengan sebahagian dari jamaah muslimat yang bersolat Jumaat di Beijing..

Sekian.
Lihat juga, Nasyid HAMAS: Takut nak dengar? Ini..





MixNow playingPLAY ALLMix - اجمل انشودة على الاطلاق فرقة الوعدKhaled Alhallak and moreKhaled Alhallak and moreMixNow playingMix - Best Palestine NasheedMuhannad Khalaf, Maher Halabi, Muhammad Al Muqit, and more



FILM INI DIBENCI ISRAEL DAN BARAT !! SILA TONTON SEBELUM DIHAPUS OLEH NETFLIX !!  



Posted by Ibnu Hasyim at Tuesday, June 11, 2024 No comments:   Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

'Nasyid HAMAS: Takut nak dengar? Ini..'


'Nasyid HAMAS

MixNow playingPLAY ALLMix - اجمل انشودة على الاطلاق فرقة الوعدKhaled Alhallak and moreKhaled Alhallak and1:00:52Now playingQunut Nazilah Buat Palestin #freepalestineQalamul Quran







 moreMixNow playingMix - Best Palestine NasheedMuhannad Khalaf, Maher Halabi, Muhammad Al Muqit, and more1:00:52Now playingQunut Nazilah Senjata Terkuat Buat Palestin #freepalestineQalamul Quran










FILM INI DIBENCI ISRAEL DAN BARAT !! SILA TONTON SEBELUM DIHAPUS NETFLIX.. !!  



...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/06/orang-cina-kembalilah-kepada-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaza K M Sia Tak Masuk Akal P Eropa Pilih Islam

Gaza K M Sia Tak Masuk Akal P Eropa Pilih Islam

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 315 hits
Mohd Nazari Mukhriz dan Siti Rahayu dalam dalam forum umum Tolak BlackRock Jangan Jual Airport Negara Kepada Zionis di Kuala Lumpur pada malam ini 20 Jun 2024 1 Tindakan k M sia tak masuk akal Ini Tindakan kerajaan tak masuk akal KUALA LUMP...
Doa Menaklukan Hati Pria Jarak Jauh Versi Islam

Doa Menaklukan Hati Pria Jarak Jauh Versi Islam

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 166 hits
Doa menaklukan hati pria jarak jauh versi islam nbsp Dalam pembahasan sekarang akan menuliskan tentang doa penakluk hati lelaki nbsp yang bertujuan dalam meluluhkan hati cowok yang anda cintai tersebut dari jarak jauh Memang bukan hanya pri...
13 Tutunan Berdoa Dalam Islam Menurut Hadist Nabi Saw

13 Tutunan Berdoa Dalam Islam Menurut Hadist Nabi Saw

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 156 hits
Tutunan berdoa dalam islam menurut hadits Nabi Saw Inilah bimbingan serta tata cara berdoa sesuai Hadist Nabi Rasulullah SAW agar doa kita cepat terkabul Oleh Allah SWT Amin Setiap orang berdoa tentu harus mengikuti adab tata karma serta so...
Apabila Bekas Bendahari Hindu Sangam Peluk Islam Tentu Saja Pembenci Firdaus Wong Semakin Berasap

Apabila Bekas Bendahari Hindu Sangam Peluk Islam Tentu Saja Pembenci Firdaus Wong Semakin Berasap

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 179 hits
The Merdeka TimesBekas bendahari Hindu Sangam yang menyifatkan dirinya sebagai penganut agama Hindu yang sangat tegas dan degil memeluk agama Islam pada Selasa Hidayah SaniFoto Pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung Pengislaman Aminah Pooran...
Hiburan Tiada Yang Berubah Cuma Dia Bukan Milikku Dalam Islam Nedim Nazri

Hiburan Tiada Yang Berubah Cuma Dia Bukan Milikku Dalam Islam Nedim Nazri

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 194 hits
Bekas suami kepada pelakon jelita Nora Danish berkata perceraian yang berlaku di antara mereka tidak akan mengubah hubungan baik yang sedia terjalin antara keduanya Kata Nedim hubungan baik akan terus terjalin meskipun bukan lagi bergelar s...
Minyak Kasturi Hukum Memakainya Sebagai Wangian Mengikut Perspektif Islam

Minyak Kasturi Hukum Memakainya Sebagai Wangian Mengikut Perspektif Islam

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 128 hits
Minyak kasturi telah berabad abad dikenali sebagai bahan semulajadi yang berkhasiat dalam bidang kecantikan mahupun kesihatan Minyak ini mempunyai bau yang sangat menyenangkan dengan ciri khas aromanya yang lembut ia turut dijadikan sebagai...
2 Doa Sebelum Tidur Doa Sesudah Bangun Tidur Islam Rumi

2 Doa Sebelum Tidur Doa Sesudah Bangun Tidur Islam Rumi

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 155 hits
Doa sebelum tidur amp doa sesudah bangun tidur islam rumi nbsp Berbagi yang bermanfaat mengenai bacaan doa sebelum nbsp dan setelah bangun tidur rumi Dimana di kesempatan ini akan membahas semua mengenai doa sebelum nbsp dan setelah bangun ...
17 Doa Amalan Supaya Hati Tenang Dalam Islam Yang Paling Mustajab

17 Doa Amalan Supaya Hati Tenang Dalam Islam Yang Paling Mustajab

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 205 hits
Doa amalan supaya hati tenang dalam islam yang paling mustajab Di kesempatan kali ini akan berbagi kembali dengan kumpulan bacaan doa dan amalan supaya hati menjadi tenang dan tidak gelisah ataupun nbsp doa agar hati dan pikiran tenang saba...
Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Will Malaysia Ever Learn From The French Gritting Political Will To Nail Corrupters

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Two Crows Coming Home From Guantanamo

Abu Dzar Al Ghifari Zuhudnya Seperti Nabi Isa

Calpis Soda One In A Million

Masak Lemak Kacang Buncis Dan Udang


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Perginya Atuk Khaled Nabhan

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Cara Ke Genting Highlands Dari Kl Sentral Panduan Lengkap

Porsche 911 Release Date Specs And Pricing Information

Tokyo Triple A 2010 Triumph Street Triple 675 Caf Racer From Japan

The Government Shutdown What Travelers Need To Know