Orang Bukan Islam Dengan Al Quran


 

Saya tidak kenal secara peribadi Howard Lee, Ahli Parlimen Ipoh Timor dari DAP. Pun begitu pada hemat saya beliau pemimpin muda yang ada masa depan politik cerah kerana dilihat bijak, punya banyak idea bagus dan rajin.
Lee juga petah. Ucapannya menarik pada segi kandungan juga persembahan. Bila berucap dalam bahasa Melayu sering juga loghat Perak digunakan. Suke bebenor teman.
Lee sekarang sedang disiasat polis berhubung video memaparkan beliau memetik terjemahan al-Quran yang dimuat naik di media sosial. Siasatan dilancarkan susulan laporan dibuat NGO Jalinan Bersatu Sahabat Perak. Ertinya polis sudah buka kertas siasatan dan menjalankan tugas dengan segera.
Tetapi Menteri Besar Kedah Sanusi Nor selaku panglima perang PAS masih mahu “menggesa” polis menjalankan siasatan ke atas Lee yang beliau anggap melakukan kesalahan “begitu besar” serta “sangat sensitif” buat masa depan negara, seperti dilapor Malaysiakini semalam.
Dakwa Sanusi lagi, jika tindakan tidak diambil ke atas Lee, kemarahan akan meningkat dan mungkin mendorong orang ramai turun ke jalan raya. “Jangan sampai rakyat marah dan berhimpun di Kuala Lumpur berjuta juta (orang). Pada masa itu kami pula jadi salah”.
Banyak lagi yang Sanusi katakan yang saya tidak mahu huraikan di sini. Namun rumusannya Sanusi desak polis buat kerja yang polis sudah buat, yakni menyiasat meski pun Sanusi ketika mendesak berkata “terima kasih kepada polis” diikuti gesaan “siasat betul betul”.
Pelik tetapi apabila melaporkan kata-kata beliau, “kepelikan” mesti dihadapi. Tak apa. Saya ulangi Sanusi mahu polis siasat Lee ketika polis sudah pun menjalankan siasatan. Adakah beliau mahu “ajar” polis macam mana jalankan tugas?
Adakah kata-kata beliau boleh disifatkan provokasi? Terhadap polis dan juga orang ramai yang beliau dakwa akan “berjuta-juta” turun ke jalan raya di Kuala Lumpur? Apa perlunya Sanusi berkata demikian? Jawapannya bagi saya boleh didapati dengan mengambil kira di mana beliau berkata.
Ads by KioskedSanusi berucap pada ceramah di Simpang Pelangai pada malam 23 Sept lalu di depan kira-kira seribu orang. Itu hari kedua kempen rasmi sempena PRK Pelangai. Hari pengundian ditetapkan 7 Okt ini. Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian Allahyarham Johari Harun dari BN pada 17 Ogos lalu.
Ertinya Sanusi berkempen menggunakan kes Lee untuk meraih undi. Lebih soal politik daripada soal agama. Pada hari pertama kempen rasmi dijalankan pun Sanusi telah membangkitkan kes Lee semasa berceramah di Felda Kemasul.
Antaranya beliau dilapor berkata “Sekarang tak nampak kesan (tapi) 10 tahun akan datang apek pakai seluar pendek yang mengajar al-Quran di masjid”. Boleh timbul kemarahan dan kebimbangan orang Melayu Islam.
Hakikatnya Sanusi dan PAS tangkas mengambil kesempatan dengan timbulnya kes Lee. Cekap. Kena angkat songkok kepada mereka.
Berbalik soal pokok isu ini. Media melaporkan NGO yang membuat laporan polis terhadap Lee berpandangan pemimpin DAP itu “sengaja menghina Islam” memandangkan beliau bukan beragama Islam tetapi mentafsir ayat al-Quran justeru “menyentuh perkara 3R iaitu membabitkan agama, raja dan kaum”.
Semuanya dikatakan dipersembahkan melalui video. Saya tidak pasti sama ada video lama yang pernah dipertontonkan atau video baharu yang dihasilkan Lee. Apa pun Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno Mohd Khairuddin Aman Razali berpendapat tidak salah bagi orang bukan Islam berhujah dengan al-Quran sebagaimana huraian alim ulama.
Ads by KioskedMenurut Khairuddin beliau telah dengar rakaman video seorang Ahli Parlimen bukan beragama Islam yang menyebut tentang ketaatan kepada pemimpin dengan memetik firman Allah. “Tiada yang salah dalam hujahan beliau kerana itulah yang telah dihuraikan oleh para alim ulama Islam tentang kepentingan ketaatan kepada ulil amri dalam Islam.”
Tidak dapat ditentukan sama Kharuddin merujuk video Lee kerana beliau tidak menyebut nama sesiapa selain berkata “video rakaman Ahli Parlimen bukan Islam”. Mungkin atau pasti di kalangan golongan pro Gelombang Hijau mempertikaikan pendapat Khairuddin kerana beliau “dulu PAS kini Umno”.
Maka elok juga diimbas kembali apa yang berlaku pada April 2009. Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming ketika itu berceramah menggunakan ayat al-Quran. Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat menegaskan tindakan itu tidak mempunyai apa apa kesalahan.
“Siapa pun nak guna ayat al-Quran patutnya dia guna lama dah. Ini kesan gelombang kebangkitan Islam”, kata Allahyarham Nik Aziz ketika itu. Komennya masih boleh diikuti menerusi YouTube.
Kesimpulan saya ialah apabila orang bukan Islam menggunakan ayat al-Quran ia sepatutnya digalakkan dan jika orang itu silap mestilah ditegur dan diajar cara yang betul.
Turut mengulas kes Nga 14 tahun lalu ialah pesuruhjaya PAS Perak ketika itu Ahmad Awang. Kata beliau “kalau salah betulkanlah. Kalau salah baca terus suruh hentikan, bila seseorang itu nak fasih dan nak jadi pandai”. Nasihat yang sentiasa relevan.
Bolehkah istilah “gelombang kebangkitan Islam” yang digunakan Nik Aziz dulu diibaratkan “gelombang hijau” yang dikaitkan dengan kemaraan PAS masa kini? (sekurang-kurangnya bila bercakap mengenai prestasi parti itu pada PRN di enam negeri tidak lama dulu).
Jika boleh PAS seharusnya berbangga Lee menggunakan al-Quran kerana itu “kesan” gelombang dan tidak membuat bising. Tetapi bisinglah yang menjadi pilihan kerana seperti dikatakan tadi ia peluang untuk mendapat sokongan politik.
Disamping menyerang balas kerana Lee dalam memetik ayat al-Quran turut mengkritik keras kepimpinan PAS. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/09/orang-bukan-islam-dengan-al-quran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarteel Ai Quran Pelajari Membaca Al Quran Dengan Lebih Mudah

Tarteel Ai Quran Pelajari Membaca Al Quran Dengan Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 308 hits
AssalamualaikumBismillahBaru baru ini aku ada terjumpa satu aplikasi yang menarik iaitu tarteel ai Tarteel ai ialah satu aplikasi yang menggunakan teknologi ai untuk membantu Muslim menghafal dan membaca Al Quran dengan mudah Aplikasi Tarte...
Raja Atau Mufti Perlu Keluarkan Fatwa Larang Ahli Politik Petik Ayat Al Quran

Raja Atau Mufti Perlu Keluarkan Fatwa Larang Ahli Politik Petik Ayat Al Quran

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 237 hits
PETALING JAYA Seorang pemimpin DAP mencadangkan raja atau mufti mengeluarkan fatwa melarang ahli politik memetik ayat al Quran demi kepentingan politik susulan kontroversi berkait Howard Lee Timbalan Setiausaha Agung DAP Tengku Zulpuri Shah...
Ban Politicians From Quoting The Quran Says Dap Man

Ban Politicians From Quoting The Quran Says Dap Man

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 215 hits
They are trying to show that they try to learn Islam as well It s all about trying to connect with the Malays on the ground However Tengku Zulpuri Shah Raja Puji defends Howard Lee and says the Ipoh Timor MP did not use his own interpretati...
Pan Pertahan Dap Terjemah Quran

Pan Pertahan Dap Terjemah Quran

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 239 hits
PAN KATA KALAU SALAH BETULKANTUJUAN KONONNYA NAK DEKATKAN KAFIR PADA ISLAMNaib Presiden Amanah Adly Zahari tidak bersetuju dengan reaksi PAS berhubung isu Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee memetik terjemahan ayat al Quran PAN TENTU FAHAM ...
Menteri Agama Akan Jumpa Howard Berhubung Isu Tafsir Al Quran

Menteri Agama Akan Jumpa Howard Berhubung Isu Tafsir Al Quran

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 142 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Na im Mokhtar bercadang bertemu Ahli Parlimen DAP Howard Lee dalam masa terdekat PUTRAJAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Na im Mokhtar akan bertemu Ahli Parlimen DAP Howard Lee dalam masa te...
Hadi Wrong About No Dnaa In Islam Khairuddin Counters

Hadi Wrong About No Dnaa In Islam Khairuddin Counters

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 238 hits
A former PAS leader has chastised party president Abdul Hadi Awang for saying that there is no discharge not amounting to an acquittal in Islam Khairuddin Aman Razali who is now on Umno s ulama council said Hadi s assertions went against th...
China Damai Dengan Islam Dinasti Ming Cheng Ho Kublai Khan

China Damai Dengan Islam Dinasti Ming Cheng Ho Kublai Khan

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 211 hits
Masjid Besar Xi an Kerajaan China mempunyai hubungan damai dengan IslamKUALA LUMPUR Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah melawat negara China beberapa kali Menurutnya beliau menyaksikan beberapa masjid bersejarah yang dibi...
213 Investors Sue Myairline Founder Over Investment Scheme

Kadir Jasin Disputes Malaysia 10th Spot In Global Peace Index 2024 As Murder Crime Rate Is On The Rise

Justice Department To Recover Over 100 Million In Additional Funds Linked To 1mdb Scheme

Not All States Are Benefiting From Fdi

Gaji Hanya Rm2 000 Tetapi Teman Wanita Minta Belikan Honda Iphone 15 Pro Terpaksa Buat Loan

Skim Pencen A B Cara Tukar Kaedah Pembayaran Pencen

Stop Sale Of Bruno Mars Concert Tickets The Sun 27 06 2024

Benefit Of Top Up In Honor Of Kings



8 Fakta Biodata Jazmy Juma Khan Hero Remaja Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Scha Elinnea

10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Astro Ria Gandingan Redza Rosli

6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia


Luna Lights Evo Special Edition 2024 Di Tasek Layang Layang Bandaraya Pasir Gudang

Sizzling Yee Mee

Sembelit Di Kalangan Orang Dewasa Terutamanya Warga Mas

Kunci Akses Web Enteng Dan Ngebut Ada Di Performa Hosting Server

Cara Buat Serawa Kuinin Makan Sejuk Sejuk Sedap Sungguh

Volodymyr Zelensky A Leadership Unveiled Amidst Crisis In Ukraine