Orang Baru Lepas Pencen Jangan Buka Restoran


 

Saya lihat terlalu ramai orang lepas pencen terima duit ratus ribu dalam simpanan dia lepas tu dia buka Kedai Makan atau Restoran.Dia sebelum ni kerja makan gaji dan tiada pengalaman berniaga. Bila ada duit, dia rasa nak ada 1 bisnes yang boleh dia buat sesuatu dan menghabiskan hari tua dengan gandakan duit yang ada
Ada juga yang tanya anak, nak buat bisnes apa. Anak pun cadang buka kedai makan paling senang. Anak yang tiada pengalaman berniaga kata dia boleh uruskan
Apa yang berlaku, mereka mula cari kedai dan habiskan duit dekat renovate kedai bagi cantik. Ada juga dia punya syoq nak renovate kedai, dari jauh ingat butik pengantin, rupanya restoran
Meja kerusi tak nak mengalah. Macam kerusi sultan brunei. daun-daun atas siling terjuntai dah macam hutan amazon
Duit tengah ada kan.. Puas lihat kedai nampak gah. Lepas tu buat 5-10 menu makanan. Ambil pekerja ramai. Launching kedai pun orang tak perasan kedai wujud sebab tak ada ilmu launching
Mula post di dalam group kawasan setempat. Ada yang datang tapi tak ramai sebab nampak kedai macam mewah. Orang ingat harga mahal. Sales tak banyak, mula rasa penat dan stress
Lepas 6 bulan berniaga mula pening kepala sebab sales tak seperti yang diharapkan. Sewa kedai beribu kena bayar. Pekerja ramai kena bayar. Akhirnya tutup
Mula lah bergaduh laki bini di umur yang senja. Hubungan dengan anak-anak mula tak elok. Dari bahagia dah jadi macam kat neraka
Ini yang kita tak mau dan berlaku
Saya memang tak galakkan orang pencen yang tak ada pengalaman berniaga ni, untuk buka bisnes restoran kecuali dia memang ada sedikit pengalaman sebelum ni dan ada anak yang memang berniaga dengan cemerlang
Kalau teringin sangat-sangat dah nak berniaga makanan, mula dengan buka gerai atau payung tepi jalan. Test jual 1-2 makanan dahulu. Paling mudah berniaga pagi macam nasi lemak
Kalau ramai beli, hasil memuaskan dalam tempoh 6 bulan, baru lah fikir nak ke next level. Duit simpanan tak rugi, kepala pun tak stress tapi tetap penat juga atas faktor umur
Di usia tua dan dah pencen ni, pada pendapat saya, elok duit yang ada ratus ribu tu buat beli tanah dan bina rumah pintu atau bina rumah buat homestay. Buat sikit-sikit dulu. Jangan la p buat 5-10 biji sekali gus. lagi satu, jangan salah pilih kontraktor pulak
Nak buat pula jangan jauh sangat dari tempat kediaman. Mudah nak uruskan dan pantau
Sekurang-kurangnya tanah dan rumah adalah hak kita. Tak la rasa rugi sangat dan nampak depan mata. Tak hilang
Sebulan dapat RM1500-RM3000 (bergantung kepada berapa unit rumah pintu atau berapa ramai sewa homestay) sebulan bagi orang pencen kira ok dah tu dari tak dapat langsung duit sampingan
Hidup di usia tua dengan kesihatan yang makin menurun, tak perlulah habiskan duit yang diterima ratus ribu tu dengan buka restoran
Ramai dah dok tengok bisnes lingkup sebab tak ada pengalaman tapi ada duit demi memenuhi impian sendiri atau impian anak
Jadi, hargai dan gunalah duit pencen yang anda terima segedebuk tu di tempat yang betul. Jadi ejen MLM ka, ejen insurans ka, forex pun jangan join sebab tenaga dah tak sekuat dulu
Tua-tua ni nak tenang je
Kredit: Hafiz Mansorwww.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/02/orang-baru-lepas-pencen-jangan-buka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buka Puasa 2024 Set Talam Ramadan Feast Of Meat And Sea Di Restoran Meet Dine

Buka Puasa 2024 Set Talam Ramadan Feast Of Meat And Sea Di Restoran Meet Dine

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 152 hits
Hai pembaca kesayangan Tak lama lagi Ramadan bakal menjelma Bagi meraikan kedatangan bulan mulia ini restoran Meet Dine memperkenalkan 2 set talam sempena promosi Ramadan Feast of Meat and Sea Berbeza dengan buka puasa secara bufet set buka...
Hiburan Ini Adalah Diri Saya Yang Baru Mawar Rashid Sedia Buka Lembaran Baru Kesihatan Mental Semakin Pulih

Hiburan Ini Adalah Diri Saya Yang Baru Mawar Rashid Sedia Buka Lembaran Baru Kesihatan Mental Semakin Pulih

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 92 hits
Aktres terkenal Mawar Rashid menganggap perceraian telah membuka satu fasa baru dalam kehidupan dirinya dan anak anak Dirinya juga akan cuba untuk memulakan kehidupan baru yang lebih baik untuknya Seperti gelas kosong Menurut Mawar fasa bar...
Satira Berunsur Politik Jangan Sampai Hina Bangsa Dan Agama

Satira Berunsur Politik Jangan Sampai Hina Bangsa Dan Agama

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 113 hits
Zulkarnain Zakaria Beberapa tahun lalu saya ada buat satu cerita satira kemudian saya pos di sini Tapi 10 minit kemudian saya padam posting tersebut Padam dengan rasa bersalah yang amat sangat Walaupun posting sinikal dan satira lucu itu te...
Isu Guru Enggan Divaksin Kpm Jangan Terbawa Bawa Agenda Konglomerat Farmaseutikal Ppim Malaysia Tribune 15 02 2024

Isu Guru Enggan Divaksin Kpm Jangan Terbawa Bawa Agenda Konglomerat Farmaseutikal Ppim Malaysia Tribune 15 02 2024

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 198 hits
CYBERJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa Kementerian Pendidikan supaya bertindak dengan bijak dan tidak terbawa bawa dengan agenda konglomerat farmaseutikel yang didokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang tidak memberikan apa ap...
Moeldoko Minta Kesehatan Petugas Pemilu Dijaga Jangan Karena Keteledoran Muncul Korban Besar

Moeldoko Minta Kesehatan Petugas Pemilu Dijaga Jangan Karena Keteledoran Muncul Korban Besar

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 92 hits
Moeldoko mewanti jangan sampai ada keteledoran dalam memberikan layanan kesehatan bagi petugas Pemilihan Umum 2024
Tak Ada Salah Jangan Takut Sprm

Tak Ada Salah Jangan Takut Sprm

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 59 hits
Betul ke bertindak atas arahan PMX Betul ke dakwaan SPRM hanya untuk menjatuhkan musuh PMX Senang macam ni la Ingat tak sebelum PRU dulu ada konflik besar antara dan hinggakan pejabat Tapi apa dakwaan yang dikenakan ke atas Rafizi Tak ada k...
Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb

14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami

Japan Crowned Champions In Sultan Azlan Shah Cup For First Time

Viral Mengajak Youtuber Cantik Korea Selatan Ke Hotel Pegawai Kanan Kementerian Digantung Tugas

Hari Ibu 2024 Contoh Ucapan Hari Ibu Hadis Berkenaan Ibu

Asyraf Claims Ph Victory In Kuala Kubu Baharu



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Union Bistrot Pamer Gabungan Seni Kulinari Tradisional Dan Moden

Sertifikasi Kompetensi Barista Membaca Tren Kebutuhan Sdm Di Kalimantan Barat Saat Ini

Doa Majlis Perkahwinan Doa Untuk Pengantin Dalam Rumi Dan Maksud

Sofea Says Abun Uwee

Family Fun Starts Here Unleash The Power Of Nerf Blasters

Tikam Rakan 28 Kali Kerana Dendam Sering Dibuli