Orang Awam Gusar Aspek Patuh Syariah Teksi Motosikal


Anne Muhammad  
   
TINJAUAN | Cadangan kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan teksi motosikal di negara ini mengundang rasa kurang senang orang awam yang bimbang sekiranya ia tidak mematuhi syariah.

Rata-rata orang awam yang ditemui Malaysiakini menyuarakan kebimbangan sama dan menggesa kerajaan untuk membuat kajian mendalam sebelum ia dilaksanakan.

Bagi penghantar barang, Nur Arifin Mahmud, 33, selain membuat kajian berkaitan keselamatan, kerajaan juga perlu meneliti hukum agama.


“Jika nak buat juga ikutlah undang-undang Islam kita iaitu jika penunggang lelaki hanya boleh mengambi pelanggan lelaki dan begitu juga sebaliknya.

“Kerajaan kena bincang secara rasional, kita mampu nak buat atau tidak, kena selidik betul-betul, bincang elok-elok dan ketepikan politik,” katanya kepada Malaysiakini.
Nur Arifin MahmudNur Arifin yang setiap hari menggunakan laluan motor bagi menjalankan tugas turut menyuarakan keadaan laluan motosikal yang kurang selamat digunakan.

Jelasnya, akibat perkara itu dia terpaksa melencong ke laluan utama kerana bimbang menggunakan laluan motosikal.

“Kadang-kadang laluan motosikal ada lubang, saya risau bila air naik sehingga saya terpaksa ikut jalan besar walaupun berisiko tinggi.

“Saya lebih sanggup kena saman dari berlaku kemalabgan, terpaksaah, ikut situasi,” katanya yang ditemui di Lebuhraya KESAS.

Pada 22 Ogos lalu, Mufti Selangor, Mohd Tamyes Abd Wahid menyifatkan perkhidmatan teksi motor yang diluluskan kabinet sebagai tidak Islamik.

Menurutnya, adalah lebih elok ditiadakan perkhidmatan tersebut bagi mengelakkan fitnah.

Untuk rekod, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya melibatkan pengguna motosikal amat membimbangkan lebih-lebih lagi golongan itu penyumbang terbesar dalam statistik kematian Kementerian Pengangkutan.

Statistik merekodkan, purata kematian disebabkan kemalangan adalah seramai 18 orang setiap hari sepanjang 2018 berbanding 19 (kematian) bagi tempoh sama pada tahun 2017.

Statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2018 menunjukkan hampir 550,000 kemalangan direkodkan dan daripada jumlah itu sebanyak 6,824 kes melibatkan kematian.

Daripada angka itu, 65 peratus jumlah kematian melibatkan penunggang motosikal dan pembonceng.

Melibatkan soal keselamatan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini berkata cadangannya untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal mendapat lampu hijau daripada kabinet.

Kata Syed Saddiq, perkhidmatan itu bukan sahaja mengelakkan golongan muda terdedah kepada aktiviti lumba haram tetapi secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan terbabit.

Cadangan itu mendapat kritikan banyak pihak namun Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa mana-mana pihak tidak menggunakan perkhidmatan itu jika rasa tidak selamat.


Sementara itu, bagi seorang lagi responden, Mohd Fauzi Abdul Latif, perkhidmatan teksi motosikal banyak mendatangkan bahaya berbanding kebaikan kerana ia melibatkan soal keselamatan.
Mohd Fauzi Abdul LatifMenurutnya, keadaan laluan motosikal yang tidak dijaga dengan baik dibimbangi akan menambah jumlah statistik kematian melibatkan penunggang motosikal.

“Masih banyak kawasan tak berapa selamat seperti jalan berlubang dan di kawasan terowong agak gelap kerana lampu kurang, ia mengundang bahaya.

“Saya tak nampak lagi kebaikan teksi motosikal, banyak bahaya dari kebaikan. Faham-faham lah, yang bawa lelaki, belakang perempuan, dari sudut Islam memang gagal,” katanya ketika ditemui di Lebuhraya Persekutuan.

Mohd Fauzi juga melihat kaum wanita tidak sesuai bekerja sebagai penunggang teksi motosikal.
“Kalau saya sebagai pelanggan, saya mahu penunggang itu lelaki, baru saya naik. Saya cadang tak payah buat,” katanya.

Manakala bagi Farhan Che Hassan, 31, yang menetap di Port Dickson pula berpendapat perkhidmatan itu hanya sesuai dibuat di kawasan bandar yang sibuk.
Farhan Che Hassan.Baginya, walaupun dia tinggal pusat tumpuan pelancong namun rata-rata golongan itu lebih memerlukan perkhidmatan yang lebih selesa seperti bas.

“Di Malaysia ni motosikal bukan pengangkutan utama seperti di Vietnam dan Indonesia dan orang masih pilih keselesaan berbanding motosikal.

“Kerajaan perlu tambah lagi bas sebab benda pun keselamatan dan keselesaan yang perlu diambil kira. Macam di Port Dickson ke Seremban pun bas yang ada boleh kira. Tak salah saya bas terakhir jam 8 malam,” katanya.


Farhan bagaimanapun tidak menolak cadangan pelaksanaan perkhidmatan itu, namun menggesa kerajaan mengumpul maklumat lengkap penunggang motosikal bagi mengelakkan berlakunya jenayah.

Tak sesuai untuk orang Islam Bagi agen insuran Md Nabil Husain, 37 pula, dia mengakui pernah mengalami kemalangan jalan raya ketika menggunakan laluan motosikal kerana jalan yang tidak diselenggara dengan baik.

Selain itu katanya, aplikasi perkhidmatan teksi motosikal perlu lengkap dengan data penunggang agar pelanggan boleh memilih perkhidmatan mereka.
Md Nabil Husain.Katanya lagi, perkhidmatan itu perlu sesuai kepada pelanggan beragama Islam.

“Kalau tanya saya, dari sudut teksi motosikal, bagi saya sebagai orang Islam, kita perlu tahu kaedah yang nak digunakan, agak susah nak tahu siapa yang datang (ambil pelanggan).

“Contoh saya pesan, yang datang tu perempuan, macam mana? Mungkin di situ ada banyak saya nampak mudarat dari segi kita orang Islam, susah nak kawal dan laksana.

“Budaya orang Islam mana boleh naik lelaki perempuan, kemudian nak buat sekalipun kena ada kaedah iaitu memaklumkan jantina dulu.

“Perhalusi penggunaan aplikasi, penumpang kena tahu siapa bawa kita. Boleh juga jadi isu ambil kesempatan terhadap perempuan,” katanya yang ditemui di Lebuhraya Persekutuan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/orang-awam-gusar-aspek-patuh-syariah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Sebab Teksi Motosikal Gojek Tidak Sesuai Dilaksanakan Di Malaysia

5 Sebab Teksi Motosikal Gojek Tidak Sesuai Dilaksanakan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 281 hits
Idea perkhidmatan teksi motosikal dibangkitkan susulan satu mesyuarat antara Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pengasas GoJek Nadiem Makarim dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Gojek adalah syarikat rangka...
Teksi Motosikal Syarikat Tempatan Boleh Berkecimpung

Teksi Motosikal Syarikat Tempatan Boleh Berkecimpung

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 218 hits
Anthony Loke Siew Fok bersama Lam Ching Foo ketika majlis pelancaran Opening of My Journey By Bus Exhibition di RexKL Kuala Lumpur di sini hari ini UTUSAN ONLINE FAUZI BAHARUDIN03 September 2019 4 25 PM31KUALA LUMPUR 3 Sept Kementerian Peng...
Dego Ride Kembali Beroperasi Dalam Fasa Ujian Menawarkan Perkhidmatan Teksi Motosikal Untuk Diuji Secara Percuma

Dego Ride Kembali Beroperasi Dalam Fasa Ujian Menawarkan Perkhidmatan Teksi Motosikal Untuk Diuji Secara Percuma

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 284 hits
Dego Ride merupakan salah satu perkhidmatan teksi motosikal yang telah beroperasi sekitar 2017 yang lepas namun menghadapi halangan daripada kerajaan ketika itu Kini dengan kerajaan melihat kembali ke arena teksi motosikal pihak Dego Ride k...
Teksi Motosikal Perlu Panduan Ketat Masalah Lelaki Wanita S Zailah

Teksi Motosikal Perlu Panduan Ketat Masalah Lelaki Wanita S Zailah

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 350 hits
Siti Zailah Mohd Yusof menziarahi penduduk di Rantau Panjang KOTA BHARU Kerajaan perlu menetapkan satu garis panduan yang ketat sebelum perkhidmatan teksi motosikal atau Gojek DegoRide dilaksanakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan Siti Zai...
Cadangan Memperkenalkan Teksi Motosikal Akan Dibentangkan Di Kabinet

Cadangan Memperkenalkan Teksi Motosikal Akan Dibentangkan Di Kabinet

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 226 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Terengganu Tarik Diri Jika Pakaian Sukan Tak Patuh Syariah

Terengganu Tarik Diri Jika Pakaian Sukan Tak Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 229 hits
BANGI 3 Muharram 1441H Selasa Kerajaan Negeri Terengganu bersedia menarik diri daripada menyertai sukan tertentu sekiranya berdepan halangan dalam etika berpakaian yang bercanggah dengan garis panduan ditetapkan Pengerusi Jawatankuasa Pemba...
Pakaian Atlet Mfg Tak Campur Isu Patuh Syariah

Pakaian Atlet Mfg Tak Campur Isu Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 271 hits
STEVEN SIM CHEE KEONG menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian di antara Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia Rachel Lau bersama Ketua Pegawai Eksekutif Cosway Sdn Bhd Dr Alice Lee di Kuala Lumpur hari ini BERNAMASUKANKL 8 Sept Perse...
Ulasan Seputar Produk Dan Jasa Bank Syariah Bukopin

Ulasan Seputar Produk Dan Jasa Bank Syariah Bukopin

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 300 hits
Bank Syariah Bukopin merupakan salah satu pilihan bank yang menggunakan prinsip syariah di Indonesia Bank ini menggunakan prinsip hukum islam yang melakukan pembiayaan kegiatan usaha penyimpanan dana dan lainnya menggunakan aturan secara sy...
Pj Mp Facing Contempt Proceedings From Naza Boss For Panning Syariah Ruling

Pj Mp Facing Contempt Proceedings From Naza Boss For Panning Syariah Ruling

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 344 hits
A lawyer representing Naza Group chairman SM Faisal SM Nasimuddin said he has been instructed to initiate contempt proceedings against Petaling Jaya MP Maria Chin Abdullah after she criticised the syariah court for giving his ex wife a seve...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi