Optimisme Seni Fikry Ibrahim






Bermula sebagai pelawak apabila diangkat sebagai pemenang tempat ketiga program 'Lawak Solo' pada tahun 2016, rezeki jejaka bernama Fikry Ibrahim mekar mengharum tanpa terduga apabila terbentang peluang bukan sahaja dipilih sebagai penghias banyak drama televisyen, pesona juga laris bidang pengacaraan.

Berbekalkan paras tampan serta seni komunikasi yang baik, Fikry atau nama sebenarnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 25, laju memikat peminat dengan drama seperti Hero Seorang Cinderella dan Cik Reen & Encik Ngok Ngek. Sebagai pengacara, selama dua musim dia diberi kepercayaan mengendalikan program Gema Gegar Vaganza.

Laluannya yang berpangkal dari dunia komedi, ternyata melencong ke destinasi yang lebih jauh.

“Biarpun banyak terlibat dengan projek lakonan, saya tidak pernah lupa titik permulaan saya iaitu melalui komedi.

“Sebenarnya, saya ingin turut serta dalam Muzikal Lawak Superstar namun terikat dengan penggambaran projek drama,” katanya usai pelancaran kedai gunting rambut miliknya, Hair Feeks di Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ditanya adakah disebabkan pakej kacak yang dimiliki menjadi penghalang untuknya menonjol di landasan komedi, jawab graduan Diploma Komunikasi Massa (Pengiklanan) Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu: “Entah, saya pun tidak tahu. Tetapi saya tidak nafikan, orang ramai kurang mengenali saya sebagai seorang pelawak.

“Namun, saya tidak pernah berhenti mengasah bakat sebagai pelawak, malah dalam drama lakonan dan kerja pengacaraan pun, saya tetap selitkan sisi humor.

“Saya ada juga melakukan persembahan komedi berdiri di pentas kecil yang penontonnya kurang daripada 100 orang kalau ada waktu terluang. Bikin orang ketawa bukan satu kerja yang mudah terutama apabila dilakukan secara solo atau berseorangan.”



Elak kontroversi

Selain berlakon dan mengacara, Fikri juga pernah ditawarkan untuk merakamkan lagu sendiri. Dia bagaimanapun menolak tawaran tersebut kerana menyedari tidak memiliki bakat dalam seni suara.

“Kalau menyanyi suka-suka mungkin okey, tetapi tawaran yang diterima itu mahukan saya merakamkan lagu yang serius.

“Jujur saya katakan, saya memang tiada bakat menyanyi. Namun, saya memang hebat ‘melalak’ seorang diri. Lebih baik, saya fokus melakukan perkara yang saya mampu sahaja sekarang,” kongsinya.

Memasuki usia tiga tahun untuk berlari di pentas seni hiburan tanah air, Fikry menyifatkan kayuhan langkahnya masih perlahan namun stabil.

“Saya rasa setakat ini, perlahan dan stabil. Saya okey dengan pergerakan karier yang sebegitu.

“Tidak mahu terkejar-kejar namun kalau yakin sesuatu perkara itu boleh dilakukan, saya akan berusaha untuk melakukannya. Saya percayakan kerja yang berkualiti,” katanya bernada optimis.

Jarang terpalit kontroversi atau gosip murahan, Fikri tidak percaya kebergantungan terhadap perkara sedemikian mampu membuatkan seseorang anak seni kekal dalam industri dalam tempoh yang panjang.

“Saya tidak mahu orang kenal saya dengan lambakan kontroversi. Malu kepada anak dan cucu-cicit nanti. Mungkin untuk jangka masa pendek, memberi kepuasan apabila orang semua sibuk bercakap tentang kita namun untuk tempoh waktu panjang, saya tidak rasa perkara itu membantu.

“Saya bukan mahu bekerja dalam bidang ini hanya dua tiga tahun. Ini sumber rezeki saya sekarang dan kalau boleh, tidak mahu ia dikotorkan dengan perkara yang tidak sewajarnya,” ungkapnya.

Dalam masa sama, Fikri menjadikan pelawak, pelakon dan pengacara, Nabil Ahmad sebagai inspirasinya terus bekerja keras.

Kau Yang Pertama

Bercerita tentang projek lakonan terbaharu, Fikry bakal muncul menerusi drama Kau Yang Pertama. Sekali lagi, dia digandingkan dengan Farah Nabilah.

Selepas impak gandingan bersama Farah menerusi drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek, Fikry mengakui seronok untuk sekali lagi digandingkan dengan pelakon wanita jelita itu.

“Saya suka bekerja dengan Farah. Dia profesional dan kami selesa digandingkan bersama. Timbul juga perasaan khuatir orang akan muak apabila kami asyik bersama, namun apa yang boleh saya janjikan, Kau Yang Pertama berbeza pengisiannya berbanding drama terdahulu.

“Drama ini lebih berat. Ada usik-mengusik atau komedi ringan namun pada awal perjalanan cerita sahaja,” dedahnya.

Kau Yang Pertama arahan pengarah Hadith Omar akan mula ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 bermula 12 Ogos ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam.

Sebelum menutup pertemuan, sengaja lelaki berkulit sawo matang itu diusik persoalan tentang jodoh. Seperti biasa, dia mengulangi statusnya masih solo dan tidak mempunyai hubungan cinta dengan mana-mana wanita.

“Sampai sekarang masih tiada (ketawa). Insya-Allah, saya akan mula mencari teman wanita apabila berusia 27 tahun.

“Ibu pun selalu bertanya. Dia kata kalau sudah ada, lagi bagus. Kalau tanya saya wanita yang bagaimana, saya elakkan cari isteri yang bekerja satu bidang,” ulas anak kelahiran Jitra, Kedah itu menamatkan perbualan.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/08/optimisme-seni-fikry-ibrahim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fikry Ibrahim Mungkar Janji Sebab Bersentuhan Dengan Perempuan Biar Betul

Fikry Ibrahim Mungkar Janji Sebab Bersentuhan Dengan Perempuan Biar Betul

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 449 hits
Korang ingat lagi tak dulu Fikry Ibrahim pernah janji yang dia tak nak ada babak bersentuhan dengan perempuan kalau dia berlakon Haa baru baru ni ada netizen yang rasa kecewa dengannya sebab dia dah mungkir janji Uish sis tengok pun macam t...
Lelaki Budiman Tolong Tutup Aurat Farah Nabilah Peminat Puji Sikap Fikry Ibrahim

Lelaki Budiman Tolong Tutup Aurat Farah Nabilah Peminat Puji Sikap Fikry Ibrahim

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 842 hits
Baru baru ini tular sekeping gambar yang memaparkan pelakon Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah yang menonton pelawanan akhir bola sepak Piala FA 2019 bersama di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu Lelaki budiman Tolong Tutup Aurat Farah Na...
Biodata Profil Fikry Ibrahim Lawak Solo

Biodata Profil Fikry Ibrahim Lawak Solo

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 602 hits
Biodata Profil Fikry Ibrahim Lawak Solo Memang nama Fikry Ibrahim mula dikenali melalui program realiti Lawak Solo beberapa tahun dulu Namun ketika ini nama Fikry Ibrahim bukan dikenali sebagai seorang pelawak tetapi sebagai seorang pelakon...
Sinopsis Drama Kau Yang Pertama Lakonan Fikry Ibrahim Dan Farah Nabilah

Sinopsis Drama Kau Yang Pertama Lakonan Fikry Ibrahim Dan Farah Nabilah

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 989 hits
JUDUL KAU YANG PERTAMAEPISOD 28 episodTARIKH TAYANGAN 12 Ogos 2019WAKTU SIARAN Isnin Jumaat 7 00 malamSIARAN TV Slot Akasia TV3PENULIS SKRIP Shahremy Ikmal Eja LorenaPENGARAH Hadith OmarPRODUKSI Sha s Media Sdn BhdPELAKON Fikry Ibrahim Fara...
Kata Tak Nak Sentuh Pelakon Wanita Fikry Ibrahim Mungkir Janji

Kata Tak Nak Sentuh Pelakon Wanita Fikry Ibrahim Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 480 hits
Pasangan pelakon Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah kembali menjadi perhatian menerusi drama Kau Yang Pertama setelah bergandingan dalam drama Cik Reen dan Mr Ngok Ngek sebelum ini Walau bagaimanapun terdapat segelintir penonton meluahkan rasa...
Chalet Ibrahim Kg Baru Chalet Mengadap Laut Lubuk Siakap Merah

Chalet Ibrahim Kg Baru Chalet Mengadap Laut Lubuk Siakap Merah

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 2160 hits
Siapa sini kaki pancing Tahukah anda di Lumut dan sekitar Manjung dan Setiawan ada banyak lubuk memancing tepi laut samada di pantai berbatu pantai berpasir muara sungai dan juga di bawah jambatan Anda tidak perlu menaiki bot ke tengah laut...
Anwar Ibrahim Condemns Zakir Naik For Not Being Grateful

Anwar Ibrahim Condemns Zakir Naik For Not Being Grateful

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 385 hits
PKR president Anwar Ibrahim said Dr Zakir Naik should be grateful to Dr Mahathir Mohamad for maintaining his permanent resident status instead of making controversial statements and urged him to apologise to the prime minister Anwar said th...
Kita Pun Sayang Anwar Ibrahim Tetapi Kita Benci

Kita Pun Sayang Anwar Ibrahim Tetapi Kita Benci

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 268 hits
What he deeds Lobakman yang dulunya keluar PKR dan benci Anwar kini sayang semula Anwar Ditugas musnahkan Azmin by hook or by crook Semburit nak tangkap semburit kita tak campur
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti